JDT Ubati Kesedihan Hector Bidoglio

Jurulatih Johor Darul Ta’zim (JDT), Hector Bidoglio menganggap kemenangan besar 5-0 mengatasi Perak FC dalam saingan Liga Super tempoh hari sebagai hadiah buat dirinya yang kini di dalam kesedihan. Sebagai info, Bidoglio baru sahaja kehilangan ibu tersayang pada Ahad susulan penyakit kanser yang dihidapi ibunya itu. Pengendali dari Argentina itu juga sempat menitipkan ucapan penuh […]

Neymar Seronok Jika Sertai Bekas Kelab Bergson

Bintang Al-Hilal, Neymar mengakui akan menjadi keseronokan untuk kembali ke Brazil dan menyertai kelab yang pernah disertai penyerang Johor Darul Ta’zim (JDT), Bergson iaitu kelab Fortaleza. Sebelum ini, MakanBola melaporkan Neymar terpaksa pulang ke Brazil untuk tujuan perubatan selepas mengalami kecederaan peha yang memaksa pemain berusia 32 tahun itu berehat sehingga tamat tahun 2024 ini. […]

FAM Pertimbang Ambil Tindakan Insiden Arif Aiman & Tommy Mawat

Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM) bersedia mengambil tindakan ke atas Arif Aiman Hanapi dan Tommy Mawat Bada berhubung insiden perbalahan yang berlaku pada 10 November lalu. Aksi Liga Super membabitkan Perak FC dan Johor Darul Ta’zim (JDT) panas apabila kedua-dua pemain tersebut berbalah pada minit ke-82. Gelagat Arif yang dikesan menumbuk Tommy menjadi bualan hangat […]

Keselamatan Penyokong Perak & JDT Di Stadium Sultan Ibrahim Dikawal Baik

Kawalan keselamatan untuk aksi Liga Super antara Perak dan Johor Darul Ta’zim (JDT) di Stadium Sultan Ibrahim (SSI) mendapat pujian penyokong. Aksi Perak dan JDT diadakan di SSI sebagai venue alternatif untuk mengelak perlawanan antara kedua-dua pasukan itu tertangguh buat kali ketiga. Sebelum ini, usaha mengadakan perlawanan pada 17 Ogos dan 5 Oktober di Stadium […]

“Bukan Mudah Jaringkan Gol Di Stadium Sultan Ibrahim” – Yusri Che Lah

Pengendali Perak FC, Yusri Che Lah mengakui bukan mudah untuk menjaringkan gol di Stadium Sultan Ibrahim (SSI). Aksi tertangguh membabitkan Perak dan Johor Darul Ta’zim (JDT) akhirnya dilangsungkan di SSI pada 10 November lalu. Hatrik Bergson da Silva dan dua gol Romel Morales memastikan kemenangan 5-0 JDT. Perak berpeluang merekodkan jaringan apabila bek tengah Harimau […]

Aksi Pergaduhan Arif Aiman & Tommy Mawat

Pemain sayap Johor Darul Ta’zim (JDT), Arif Aiman Hanapi dan pemain Perak FC, Tommy Mawat Bada dikesan telah hilang sabar dan bertelingkah pada aksi Liga Super kedua-dua pasukan pada Ahad. Insiden yang berlaku pada minit ke-84 itu terjadi apabila Tommy cuba menghalang larian daripada Arif namun kedua-dua pemain tidak dapat mengawal kesabaran sebelum Arif dikesan […]

Liga Super: Hatrik Bergson Bantu JDT Menang Besar Atasi Perak

Perak FC terpaksa akur tewas besar kepada Johor Darul Ta’zim (JDT) dalam aksi Liga Super yang dilangsungkan di Stadium Sultan Ibrahim sebentar tadi. Perlawanan tertunda ini menyaksikan JDT di bawah kendalian Hector Bidoglio menggandingkan Bergson dan Romel Morales di bahagian hadapan manakala Perak pula menurunkan Clayton da Silva selaku penyerang tunggal. Perlawanan dimulakan pada minit […]

Piala MFL: JDT Belasah Sri Pahang 4-1

Johor Darul Ta’zim (JDT) II terus memperkukuh cengkaman ke atas takhta pendahulu Piala MFL 2024/25 dengan membelasah Sri Pahang FC di Temerloh. JDT II mahu meneruskan rentak kemenangan selepas menewaskan Sabah FC II pada 6 November lalu. Manakala Sri Pahang pula mahu bangkit mendapatkan kemenangan selepas diikat 3-3 dengan Kelantan Darul Naim FC (KDN FC) […]

Piala Belia: JDT & Terengganu Berentap Di Final

Johor Darul Ta’zim (JDT) IV dan Terengganu FC IV mengesahkan kemaraan ke pentas final Piala Belia 2024. Ini selepas kedua-dua pasukan mara dengan menewaskan lawan masing-masing dengan keputusan agregat dalam separuh akhir kedua. JDT IV mara dengan mengalahkan Akademi Mokhtar Dahari (AMD) Bawah 16 Tahun (B-16). Anak buah Pedro Collada Celda meraih kemenangan 5-2 dari […]

Tunku Ismail Seorang Ketua Yang Baik & Prihatin

Pemilik Kelab Bolasepak Johor Darul Ta’zim (JDT), Tunku Ismail Idris Sultan Ibrahim, Pemangku Sultan Johor dikatakan sebagai seorang ketua yang baik dan prihatin. Perkara tersebut dikongsikan oleh penyerang JDT yang kini dipinjamkan ke Kedah Darul Aman FC (KDA FC), Syafiq Ahmad. Umum mengetahui Syafiq dan keluarga telah melalui detik hitam pada Disember 2020 apabila ditimpa […]

Sebahagian Penyokong Perak Mahu Boikot Perlawanan Perak Menentang JDT

Segelintir penyokong Perak FC berhasrat untuk memboikot aksi pasukan berkenaan dengan Johor Darul Ta’zim (JDT) di Stadium Sultan Ibrahim (SSI) pada 10 November ini. Sebelum ini, aksi liga kedua-dua pasukan itu sepatutnya diadakan pada 17 Ogos lalu. Aksi tersebut kemudiannya terpaksa ditangguhkan akibat hujan lebat dan padang Stadium Perak yang digenangi air. Aksi Perak dan […]

Piala MFL: Gabriel Nistelrooy Jadi Wira JDT Atasi Sabah

Johor Darul Ta’zim II (JDTII) semakin unggul di puncak carta Piala MFL selepas membenam pasukan di tangga tercorot, Sabah FC II di Stadium Majlis Perbandaran Pasir Gudang pada Rabu. JDT II yang dibimbing Juan Miguel Munoz Rodriguez membariskan pemain-pemain muda berkualiti seperti G. Pavithran, Alif Mutalib dan Ziad El Basheer di kesebelasan utama manakala Gabriel […]

Piala Presiden: JDT Selangkah Julang Piala, Tewaskan Selangor

Skuad muda Johor Darul Ta’zim (JDT III) selangkah menjulang Piala selepas berjaya menumbangkan Selangor bagi aksi perlawanan akhir pertama dalam saingan Piala Presiden 2024.  JDT III turun dengan misi mahu menjulang piala buat kali ketiga berturut-turut sementara Selangor mahu menjulang trofi kejuaraan yang keenam kelab. Skuad kendalian Sanz Zaballlos Gonzalo (JDT III) berjaya membuka jaringan […]

Live: Siaran Langsung Selangor vs JDT, Kesebelasan Utama & Siaran TV Piala Presiden

Aksi final pertama Piala Presiden 2024 bakal menemukan Johor Darul Ta’zim (JDT) III dan Selangor FC. Kedua-dua pasukan layak ke final selepas berjaya menewaskan lawan masing-masing di peringkat separuh akhir. Selangor mengatasi cabaran Akademi Mokhtar Dahari (AMD) Bawah 17 Tahun (B-17). Manakala anak buah Gonzalo Sanz Zaballos pula mengatasi cabaran wakil Terengganu FC dalam satu […]

Kelibat Tan Cheng Hoe Raikan Kemenangan Bersama Pemain JDT Curi Perhatian

Kelibat bekas pengendali skuad kebangsaan, Tan Cheng Hoe yang meraikan kemenangan Johor Darul Ta’zim (JDT) pada Selasa telah mencuri perhatian para peminat. Tan Cheng Hoe mula membimbing skuad kebangsaan pada penghujung 2017 dan berjaya membantu Malaysia muncul naib juara Piala AFF Suzuki pada tahun 2018 setelah tewas di tangan Vietnam. Pada awal tahun 2022, Cheng […]

“Di JDT Tiada Istilah Pemain Gantian” – Hector Bidoglio

Jurulatih Johor Darul Ta’zim (JDT), Hector Bidoglio menegaskan bahawa di dalam pasukan kendaliannya tiada istilah pemain gantian. Pengendali dari Argentina itu menyatakan sedemikian selepas memberikan komen mengenai pertukaran pemain yang dilakukan apabila mengeluarkan Jorge Obregon dan membawa masuk Bergson da Silva pada aksi AFC Champions League Elite (ACLE) menentang Ulsan HD pada Selasa. Bidoglio menganggap […]