MPFL: Selangor Tamatkan Rentetan Kemenangan JDT

Selangor mempamerkan persembahan menakjubkan di saat akhir bagi menghalang JDT pulang dengan mata dalam aksi saingan Liga Futsal Perdana Malaysia (MPFL) pada Ahad. JDT hadir ke Shah Alam dengan membawa momentum positif setelah merakamkan kemenangan bersih dalam kesemua sembilan perlawanan, begitu juga dengan The Red Giants yang kini sedang mendaki carta liga. Kedua-dua pasukan menampilkan […]
Skuad Muda JDT Muncul Juara La Liga Youth Tournament

Skuad muda Johor Darul Ta’zim FC (JDT FC) menepati ramalan apabila muncul juara La Liga Youth Tournament 2024 untuk kategori Bawah 12 Tahun (B-12) dan Bawah 15 Tahun (B-15). La Liga Youth Tournament merupakan kejohanan bola sepak remaja pertama dunia yang dilesenkan oleh La Liga. Kejohanan ini bertujuan mencari bakat-bakat baru yang boleh diketengahkan dari Asia terutama […]
Corak Hantaran Jauh Sabah Sukarkan JDT

Pengendali Johor Darul Ta’zim FC (JDT FC), Hector Bidoglio mengakui corak hantaran jauh menyukarkan pasukan itu bila berdepan Sabah FC pada 13 Julai lalu. Aksi terbaru Liga Super menyaksikan JDT bertandang ke Stadium Likas untuk memburu kemenangan kelima dalam liga. Selepas mendahului menerusi dua gol Romel Morales, Sabah mendapat talian hayat menerusi penalti Gabriel Peres. […]
Bekas Tonggak JDT, Helio Neto Sertai Kelab Brazil

Selepas memilih meninggalkan skuad futsal Johor Darul Ta’zim FC (JDT FC), Helio Neto sudah mempunyai destinasi baru. Ini selepas kelab Brazil, Cruzeiro mengumumkan Neto sebagai pemain terbaru pasukan futsal kelab berkenaan. Pengumuman ini sekaligus menafikan laporan sebelumnya yang menyatakan beliau akan berkelana ke Thailand selepas meninggalkan Harimau Selatan. “Satu lagi perangsang kepada pasukan terbesar! Selamat […]
Siaran Langsung MPFL: Selangor vs JDT (Live Streaming)

Aksi menarik bagi minggu ke-10 dalam saingan Liga Futsal Perdana Malaysia bakal menemukan pendahulu liga, JDT dan juara musim 2022, Selangor di Shah Alam pada Ahad. JDT yang dibimbing Juan Antonio Miguel Garcia berada di prestasi terbaik setelah mencatatkan kemenangan bersih dalam keseluruhan sembilan perlawanan dalam saingan MPFL musim kali ini. Tidak ketinggalan, Selangor turut […]
Skuad Muda JDT Mudah Atasi Wakil Indonesia & Filipina

Skuad muda Johor Darul Ta’zim FC (JDT FC) terus menunjukkan prestasi baik dalam saingan La Liga Youth Tournament 2024. La Liga Youth Tournament merupakan kejohanan bola sepak remaja pertama dunia yang dilesenkan oleh La Liga. Kejohanan ini bertujuan mencari bakat-bakat baru yang boleh diketengahkan dari Asia terutama di Asia Tenggara. Pasukan yang bertanding bukan saja […]
Saddil Ramdani Kerja Lebih Keras, Motivasi Bertambah Lawan JDT

Pemain sayap Sabah FC, Saddil Ramdani mengakui lebih bermotivasi apabila beraksi menentang Johor Darul Ta’zim FC (JDT FC). Sejak mula beraksi dalam saingan Liga Malaysia (Liga M) pada 2019 bersama Sri Pahang FC, pemain sayap berusia 25 tahun itu merasai pengalaman pertama menentang pasukan gergasi selatan tanah air itu. Dan selepas kembali berkelana ke Malaysia […]
Hafizh Syahrin Sertai Kejohanan Dunia Dengan Pasukan Berbeza

Pelumba JDT Racing Team, Hafizh Syahrin bakal menyertai kejohanan dunia bersama salah satu pasukan yang terkemuka pada penghujung Julai nanti di Jepun. Perkara ini diumumkan oleh JDT Racing Team di laman sosial rasmi berkenaan penyertaan Hafizh bersama Ducati Team Kagayama di kejohanan dunia yang bakal dijalankan di Litar Suzuka, Mie Prefecture, Jepun. “Hafizh Syahrin Abdullah […]
Tindakan Murni Bergson Raih Pujian Warganet

Tindakan murni penyerang Johor Darul Ta’zim (JDT), Bergson da Silva ketika aksi suku akhir kedua Piala FA menentang Malaysian University FT tempoh hari dipuji warganet. Dalam aksi di Stadium Sultan Ibrahim itu, Bergson dan penjaga gol Malaysian University, Irfan Syafiq telah berlanggar sesama sendiri ketika penyerang dari Brazil itu mahu menyambar hantaran lintang rakan sepasukan. […]
MPFL: JDT Tinggal Jauh Kedudukan Selangor

Kedudukan terkini Liga Futsal Perdana Malaysia (MPFL) menyaksikan skuad Johor Darul Ta’zim (JDT) jauh meninggalkan pesaing yang lain termasuklah pasukan Selangor. JDT yang dipaksa bekerja keras sebelum menewaskan Shah Alam City pada Ahad lalu berjaya merakamkan kemenangan kesembilan berturut-turut dalam saingan liga untuk berada di tangga pertama. Dalam aksi yang berlangsung di Stadium Tertutup Pasir […]
MPFL: Bergson Hadir Beri Sokongan Kepada JDT

Kelibat tonggak-tonggak import Liga Super diketuai Bergson da Silva memberi sokongan kepada skuad futsal Johor Darul Ta’zim FC (JDT FC) mencuri tumpuan penyokong. Aksi terbaru Divisyen 1 Liga Premier Futsal Malaysia (MPFL) menyaksikan JDT turun menentang Shah Alam City di Stadium Bandaraya Pasir Gudang. JDT yang dibimbing Juan Antonio Miguel Garcia memburu kemenangan bagi melebarkan […]
Juan Torres Harap Lebih Banyak Kelab Bangunkan Akademi Bantu Bola Sepak Malaysia

Pengendali skuad Malaysia Bawah 19 Tahun (B-19), Juan Torres Garrido berharap lebih banyak kelab memiliki akademi bola sepak mereka sendiri. Pengumuman skuad negara B-19 baru-baru ini menyaksikan Johor Darul Ta’zim FC (JDT FC) dan Selangor membentuk majoriti pemain. JDT memiliki 12 wakil diketuai penjaga gol, Haziq Aiman Mohd Esa. Sementara kontinjen Selangor pula diketuai bintang […]
Juan Torres Hargai Tunku Ismail & JDT Beri 3 Pemain Penting Buat Malaysia B-19

Pengendali skuad Malaysia B-19 tahun, Juan Torres Garrido mengucapkan terima kasih buat Pemilik Kelab Johor Darul Ta’zim (JDT), DYAM Tunku Ismail Sultan Ibrahim atas kesudian meminjamkan 3 pemain untuk bersama skuadnya. Beliau yang ditemui ketika hari pertama sesi latihan skuad bawah 19 tahun kebangsaan berkata, barisan pemain yang dipanggil kali ini adalah yang terbaik dan […]
JDT Bakal Hadapi 4 Aksi Hebat Dalam Tempoh Sebulan

Johor Darul Ta’zim (JDT) bakal menghadapi empat aksi hebat dalam tempoh sebulan selepas mengekalkan rekod tanpa kalah dalam Liga Super dan Piala FA setakat ini. JDT dijadualkan berdepan kelab yang menduduki tangga ketiga Liga Super musim lalu iaitu Sabah FC pada 13 Julai ini di Stadium Likas. Aksi tersebut sudah pasti menjadi tumpuan ramai apabila […]
MPFL: JDT Cemas Sebelum Tundukkan Shah Alam City

JDT melebarkan rekod kemenangan dalam saingan Liga Futsal Perdana Malaysia (MPFL) 2024 setelah dipaksa bekerja keras untuk menumpaskan Shah Alam City di Pasir Gudang pada Ahad. Masih segar dengan kejayaan menewaskan Terengganu 7-1 Rabu lalu, skuad Harimau Selatan turun berdepan Shah Alam City dengan misi untuk menjarakkan mata dengan pesaing terdekat iaitu Pahang Rangers yang […]
Hector Bidoglio Beri Sebab JDT Buat Penggiliran Pemain

Ketua jurulatih Johor Darul Ta’zim, Hector Bidoglio bangga dengan persembahan yang dipamerkan anak buahnya dalam aksi suku akhir Piala FA 2024 menentang Malaysian University pada semalam. Meskipun sudah mendahului 5-0 bagi aksi suku akhir pertama, pemain-pemain JDT enggan memandang rendah kemampuan pasukan lawan. Sebaik sahaja permainan bermula, Harimau Selatan terus menerus membuat asakan ke kubu […]