Penyokong Kedah Terkesima Dengan Layanan JDT Ketika Keluar SSI

Biarpun menelan kepahitan apabila melihat pasukan Kedah Darul Aman FC (KDA FC) tewas besar kepada Johor Darul Ta’zim (JDT), seorang penyokong Kedah terkesima dengan layanan JDT ketika keluar dari Stadium Sultan Ibrahim (SSI). Pemilik akaun Tiktok dan salah seorang penyokong Kedah, Haikal Amsyar telah memuatnaik video beliau dan penyokong-penyokong Kedah yang lain ketika sedang berjalan […]

Endrick Dos Santos Berkelana Ke Vietnam

Tonggak tengah Johor Darul Ta’zim (JDT), Endrick Dos Santos membawa haluan baharu ke Vietnam. Berita ini diumumkan oleh Ketua Pegawai Eksekutif, Alistair Edwards menerusi satu hantaran di media sosial Johor Southern Tigers. Edwards mengucapkan selamat maju jaya buat Endrick yang bakal menyarung jersi Ho Chi Minh City dan seorang lagi pemain JDT, Fergus Tierney yang […]

Pemain Ke-4, Eddy Israfilov Perkuat JDT

Juara Liga Super, Johor Darul Ta’zim (JDT) mengumumkan ketibaan pemain import baharu, Eddy Israfilov. Tonggak kebangsaan Azerbaijan ini diperkenalkan sebagai pemain baharu JDT menerusi satu hantaran video di media sosial Johor Southern Tigers. Beraksi di posisi tengah, Israfilov menyertai skuad Harimau Selatan sebagai ejen bebas setelah kontraknya bersama kelab lamanya, Neftchi Baku telah tamat. Pemain […]

Hector Bidoglio Gembira Dengan Impak Dua Bintang JDT

Ketua Jurulatih Johor Darul Ta’zim (JDT), Hector Bidoglio gembira dengan impak yang diberikan oleh dua bintang JDT iaitu Bergson da Silva dan juga Arif Aiman pada aksi Liga Super bertemu Kedah Darul Aman FC (KDA FC) pada Jumaat. Bidoglio melihat biarpun Bergson menjaringkan hatrik dalam perlawanan tersebut, namun Bergson membuktikan bahawa beliau beraksi secara berpasukan. […]

Kalamullah Terduduk, Warganet Beri Kata Semangat

Penjaga gol Kedah Darul Aman FC (KDA FC), Kalamullah Al-Hafiz dilihat terduduk selepas pasukannya tewas 0-6 kepada Johor Darul Ta’zim (JDT) pada aksi Liga Super di antara kedua-dua pasukan pada Jumaat. Ternyata bukanlah satu tugas yang mudah buat Kalamullah untuk menahan setiap serangan daripada barisan pemain bintang JDT dan ianya terbukti apabila enam jaringan membolosi […]

Liga Super: Senarai Perlawanan Minggu 8, Waktu, Lokasi & Siaran TV

Selepas aksi separuh akhir Piala FA berakhir, saingan Liga Super kembali bersambung untuk hari perlawanan minggu kelapan. Aksi perlawanan minggu ketiga menyaksikan Terengganu FC, Kuching City, KL City FC dan Penang FC masing-masing mencatatkan kemenangan. Sementara Johor Darul Ta’zim dan PDRM FC pula terpaksa berpuas hati dengan satu mata selepas terikat 1-1 pada 31 Julai […]

Hector Bidoglio Puji Aksi Kalamullah

Jurulatih Johor Darul Ta’zim FC (JDT FC), Hector Bidoglio mengakui penjaga gol Kedah Darul Aman FC (KDA FC), Kalamullah Al-Hafiz Mat Rowi bakal memberi kesukaran kepada pasukannya. Kehebatan Kalamullah sebagai penjaga gol terserlah apabila Kedah berentap dengan JDT dalam aksi separuh akhir kedua Piala FA 2024 pada Separuh masa pertama menyaksikan jentera serangan Harimau Selatan […]

Pasukan Muda Kedah Akur Tewas Besar Kepada JDT

Saingan Piala MFL diteruskan lagi dengan perlawanan tumpuan di antara Johor Darul Ta’zim II (JDT II) dan Kedah Darul Aman FC B (KDA FC B) di Stadium Majlis Perbandaran Pasir Gudang. Kedua-dua pasukan menurunkan skuad terkuat mereka dengan JDT II turut menyenaraikan Ramadhan Saifullah dan Gabriel Nistelrooy manakala KDA FC B telah memanggil empat pemain […]

Giliran Pemain Muda Kedah ‘Cabar’ JDT

Selepas dua kali tewas dalam saingan Piala FA, Kedah Darul Aman FC (KDA FC) akan berentap sekali lagi menentang Johor Darul Ta’zim (JDT) dalam saingan yang berbeza. Skuad muda Kedah iaitu Kedah Darul Aman FC B (KDA FC B) akan bertemu Johor Darul Ta’zim II (JDT II) dalam saingan Piala MFL yang dijadualkan berlangsung pada […]

Gelanggang Hoki Ais Dibuka Di Stadium Sultan Ibrahim

Lebih banyak kemudahan dinikmati penyokong Johor Darul Ta’zim FC (JDT FC) bila bertandang ke Stadium Sultan Ibrahim (SSI). Ini selepas pengurusan Harimau Selatan mengumumkan pembukaan gelanggang hoki ais untuk kegunaan orang ramai bermula pada 6 Ogos. “Tarikan tambahan untuk para pengunjung Stadium Sultan Ibrahim milik Kelab Bolasepak Johor Darul Ta’zim (JDT) apabila JDT X-Skate, Ice […]

MFL Umum Harga Tiket Final Piala FA

Malaysian Football League (MFL) telah mengumumkan harga tiket final Piala FA di antara Johor Darul Ta’zim (JDT) dan Selangor FC yang dijadualkan berlangsung pada 24 Ogos depan di Stadium Nasional Bukit Jalil. Dengan harga serendah RM50, penyokong sudah boleh menikmati secara langsung pertembungan hebat kedua-dua pasukan gergasi tanah air ini. “MFL menyediakan empat kategori tiket […]

“Visi Tunku Ismail Di JDT Sangat Hebat” – Nicolao Cardoso

Pemain import Johor Darul Ta’zim FC (JDT FC), Nicolao Cardoso mengakui kagum dengan visi yang dimiliki DYAM Tunku Mahkota Ismail, Pemangku Sultan Johor. Cardoso menyertai Harimau Selatan dalam tetingkap pertama perpindahan Liga Malaysia (Liga M) sebagai ejen bebas selepas meninggalkan Buriram United. Selepas tidak merekodkan sebarang penampilan dalam Liga M termasuk Liga Super, Cardoso kemudiannya […]

Gol Dramatik Terengganu Sekat Skuad Muda JDT

Skuad Johor Darul Ta’zim FC (JDT FC) IV terus unggul menerajui Kumpulan B Piala Belia 2024 meskipun diikat 1-1 dengan Terengganu FC IV pada 5 Ogos lalu. JDT IV mahu terus melebarkan kemenangan untuk kekal menerajui Kumpulan B. Sementara Terengganu IV pula perlu menang untuk mengelak dipintas pencabar terdekat, Akademi Mokhtar Dahari (AMD) Bawah 16 […]

Liridon Krasniqi Sedia Beraksi Percuma Demi Kedah

Pemain naturalisasi negara, Liridon Krasniqi sudah tidak sabar untuk kembali ke Kedah bagi membantu pasukan kesayangannya itu lebih-lebih lagi selepas melihat Kedah Darul Aman FC (KDA FC) tewas kepada Johor Darul Ta’zim (JDT) di Piala FA. Hasrat tersebut dinyatakan sendiri oleh Liridon dalam ruangan komen Instagram KDA FC. Dalam komen tersebut, Liridon masih menunggu panggilan […]

Perak ‘Tunggu’ JDT

Perak FC akan meneruskan aksi Liga Super dengan bakal menunggu kehadiran pendahulu liga, Johor Darul Ta’zim (JDT) pada 17 Ogos depan. Dalam satu kenyataan rasmi daripada Pengerusi Perak FC, Datuk Seri Abdul Azim Mohd Zabidi berharap penyokong Perak akan dapat terus menyokong pasukan bagi aksi seterusnya menentang JDT di halaman sendiri. “Kami memulakan musim Liga […]

Piala FA: Kedah Berdepan Misi Sukar Lawan JDT

Pengendali Kedah Darul Aman FC (KDA FC), Nafuzi Zain mengakui pasukannya perlu menewaskan Johor Darul Ta’zim FC (JDT FC) jika inginkan tiket final Piala FA 2024. JDT memiliki kelebihan agregat 2-1 ke atas Kedah selepas meraih kemenangan di Stadium Darul Aman pada 19 Julai lalu. Oscar Arribas dan Romel Morales mencipta nama sebagai penjaring Harimau […]