Hafizh Syahrin ‘Asah Taring’ Di Fasiliti JDT

Pelumba JDT Racing Team, Hafizh Syahrin Abdullah terus membuat persiapan menjelang pusingan terakhir Asia Road Racing Championship (ARRC) 2024. Ini berdasarkan beberapa gambar Hafizh yang dimuat naik di platform media sosial rasmi Johor Darul Ta’zim (JDT), Johor Southern Tigers baru-baru ini. Pelumba yang berlumba dalam kategori Asian Superbike 1000 (ASB1000) itu dilihat memanfaatkan kemudahan gimnasium […]
Hafizh Syahrin Sambar Tempat Ketiga Di Sepang

Pelumba JDT Racing Team, Hafizh Syahrin Abdullah bangkit daripada kekecewaan perlumbaan satu Asia Superbike 1000 (ASB1000) dengan meraih kedudukan ketiga dalam perlumbaan kedua kategori sama. Selepas menamatkan perlumbaan di tempat kelima pada 14 September lalu, Hafizh berazam untuk bangkit di Litar Antarabangsa Sepang (SIC). Seperti perlumbaan satu ASB1000, kesemua pelumba akan bermula dari kedudukan yang […]
Siaran Langsung Asia Road Racing Championship: Hafizh Syahrin (Live Streaming)

Perlumbaan kedua saingan Asia Road Racing Championship (ARRC) di Litar Antarabangsa Sepang pada Ahad bakal menyaksikan beberapa pelumba tumpuan negara seperti Hafizh Syahrin dan Azlan Shah. Pada perlumbaan pertama pada Sabtu, Hafizh turun ke litar dengan harapan untuk mengekalkan momentum cemerlang setelah meraih tempat kedudukan podium di pusingan ke-4 di Indonesia lalu. Walau bagaimanapun, hasrat […]
Hafizh Syahrin Terlepas Podium Di Sepang

Pelumba JDT Racing Team, Hafizh Syahrin Abdullah terlepas peluang menambah podium perlumbaan satu Asian Superbike 1000 (ASB1000) Asia Road Racing Championship (ARRC) 2024. Ini selepas pelumba berusia 30 tahun itu sekadar menamatkan perlumbaan yang berlangsung di Litar Antarabangsa Sepang (SIC) di tempat kelima. Selepas meraih kedudukan podium dalam perlumbaan kedua di Mandalika, Indonesia pada Julai […]
Hafizh Syahrin Kembali Cemerlang Di Indonesia

Pelumba JDT Racing Team, Hafizh Syahrin Abdullah kembali bangkit dengan meraih podium dalam perlumbaan kedua Asia Road Racing Championship (ARRC) 2024 di Mandalika, Indonesia. Selepas kecewa hanya meraih tempat ketujuh dalam perlumbaan pertama Asian Superbike 1000 (ASB1000) pada 27 Julai lalu, pelumba negara itu berazam untuk bangkit. Antara perubahan yang dilakukan JDT Racing Team untuk […]
Hajat Podium Hafizh Syahrin Tersekat Di Mandalika

Pelumba JDT Racing Team, Hafizh Syahrin Abdullah hampa apbila terlepas peluang meraih podium dalam perlumbaan terbaru Asia Road Racing Championship (ARRC) 2024 di Mandalika, Indonesia. Selepas berjaya meraih tempat keempat dalam perlumbaan Suzuka 8 Hours di Jepun baru-baru ini, pelumba negara itu berusaha mengekalkan momentum dalam ARRC 2024 untuk kategori Asian Superbike 1000 (ASB1000). Hafizh […]
Hafizh Syarin Gembira Walau Dihimpit Tragedi Ketika Latihan

Pelumba negara, Hafizh Syahrin Abdullah tetap gembira meskipun ditimpa kemalangan semasa menjalani sesi latihan bebas di Mandalika, Indonesia. Pendahulu kategori Asian Superbike 1000 (ASB1000) Asia Road Racing Championship (ARRC) 2024 itu berjaya merekodkan catatan masa 1 minit 36.482 saat (s) untuk catatan ketiga terpantas sesi ketiga latihan bebas. Semasa sesi pertama latihan bebas, Hafizh yang […]
Hafizh Syahrin Sertai Kejohanan Dunia Dengan Pasukan Berbeza

Pelumba JDT Racing Team, Hafizh Syahrin bakal menyertai kejohanan dunia bersama salah satu pasukan yang terkemuka pada penghujung Julai nanti di Jepun. Perkara ini diumumkan oleh JDT Racing Team di laman sosial rasmi berkenaan penyertaan Hafizh bersama Ducati Team Kagayama di kejohanan dunia yang bakal dijalankan di Litar Suzuka, Mie Prefecture, Jepun. “Hafizh Syahrin Abdullah […]
JDT Racing Team Lakar Sejarah Bersaing Di WSBK

Meskipun berstatus pendatang baru dalam dunia perlumbaan motorsikal, JDT Racing Team menunjukkan pencapaian cemerlang dalam saingan Asia Road Racing Championship (ARRC) 2024. Dan terbaru, JDT Racing Team mencipta sejarah apabila mendapat tiket wild card untuk menyertai Superbike World Championship (WSBK) di Litar Portimao, Portugal pada bulan hadapan. Perkara ini diumumkan sendiri pasukan itu menerusi satu […]
Fokus Hafizh Syahrin Bawa Nama JDT Racing Team 100%, Elak Kesilapan Berulang

Pelumba JDT Racing Team, Hafizh Syahrin Abdullah mahu memberikan tumpuan yang penuh kepada pasukannya bagi mengelakkan sebarang kesilapan sama berulang menjelang perlumbaaan yang akan datang. Hafizh yang masih segar dengan kejayaan muncul naib juara perlumbaaan kedua di Motegi Ahad lalu menganggap semua pelumba merupakan pesaing hebat namun itu bukan penghalang baginya untuk tampil lebih cemerlang. […]
Hafizh Syarin Muncul Naib Juara, TKKR Racing Ke-4 Di Jepun

Pelumba JDT Racing Team, Hafizh Syahrin Abdullah kekal konsisten dalam saingan Asia Road Racing Championship (ARRC) 2024 dengan meraih tempat kedua di Motegi, Jepun. Sementara TKKR Racing Team yang diwakili Azlan Shah Kamaruzaman pula meraih kedudukan keempat perlumbaan. Selepas cemerlang bergelar juara di negara kelahirannya, Jepun buat kali pertama dalam kategori Asian Superbike 1000 (ASB1000), […]
Hafizh Syahrin Raih Tempat Ketiga Di Jepun

Pelumba motosikal negara, Hafizh Syahrin Abdullah meneruskan kecemerlangan dalam saingan Asia Road Racing Championship (ARRC) 2024 apabila meraih tempat ketiga di Motegi, Jepun. Selepas bergelar juara buat kali pertama dalam kategori Asian Superbike 1000 (ASB1000) di Zhuhai, China pada April lalu, beliau mahu terus cemerlang di litar kegemarannya, Motegi. Meskipun perlu bersaing dengan pelumba-pelumba tuan […]
Hafizh Syarin Bakal Ada Pesaing Baru Di JDT Racing?

Pelumba motosikal Malaysia, Hafizh Syahrin Abdullah berpotensi mendapat rakan sepasukan baru dalam pasukan JDT Racing Team. Ini selepas nama pelumba Yamaha Tekhne Racing Team Asia, Kasma Daniel Kasmayudin dikhabarkan bakal menyertai pasukan itu. Nama Kasma bukan asing dalam kalangan peminat sukan permotoran negara. Ini kerana pelumba berusia 23 tahun itu pernah bersaing dalam saingan Moto3 […]
Aksi Perlumbaan Tunku Ismail & Hafizh Syahrin Buat Peminat Terhibur

Sebuah video yang memaparkan DYAM Tunku Mahkota Ismail, Pemangku Sultan Johor berlumba bersama Hafizh Syahrin menjadi tular di media sosial sejak beberapa hari lalu. DYAM Tunku Mahkota Ismail, Pemangku Sultan Johor yang berada di Sepanyol sejak beberapa hari lalu bersama kelab bola sepak JDT dilihat sempat meluangkan masa bersama Hafizh yang turut berada di sana. […]
Hafizh Syahrin: Saya Seperti Tunggang Kuda

Pelumba JDT Racing Team, Hafizh Syahrin mengakui kejayaan muncul juara perlumbaan pertama pusingan kedua Asian Road Racing Championship (ARRC) 2024 di Litar Antarabangsa Zhuhai bukanlah sesuatu yang mudah. Menurut Hafizh, terdapat sedikit masalah pada jentera miliknya ketika menuju penghujung perlumbaan yang mana menyukarkan beliau untuk mengawal dan dalam masa yang sama mengejar tempat ke garisan […]
Hafizh Syahrin Muncul Juara Di China

Pelumba JDT Racing Team, Hafizh Syahrin Abdullah pamer kecemerlangan dengan mengungguli perlumbaan satu kategori Asian Superbike 1000cc (ASB1000) hari ini. Kejayaan ini dicapai dalam pusingan kedua Asia Road Racing Championship (ARRC) 2024 yang berlangsung di Zhuhai, China. Selepas berjaya meraih tempat kedua dalam perlumbaan kedua kategori ASB1000 di Buriram, Thailand bulan lalu, Hafizh semakin bersemangat memburu […]