Jurulatih Oman Letak Jawatan Selepas 7 Bulan

Jurulatih Oman, Jaroslav Silhavy mencipta kejutan dengan memilih meletak jawatan meskipun baru menggalas peranan tersebut sejak Februari lalu. Keputusan ini diumumkan Persatuan Bola Sepak Oman (OFA) baru-baru ini. Kedua-dua pihak telah mencapai persetujuan untuk menamatkan kontrak sekaligus membenarkan OFA segera mencari pengganti Silhavy. “Persatuan Bola Sepak Oman telah mencapai persetujuan dengan jurulatih Republik Czech, Jaroslav […]
Tempoh Singkat Di Malaysia Tak Jejas Rentak Kemenangan Oman

Ketua jurulatih Oman, Jaroslav Silhavy lega pasukannya berjaya meraih tiga mata penuh meskipun persiapan di Malaysia agak singkat. Jurulatih berusia 62 tahun ini berpendapat kedua-dua buah pasukan mengalami kesukaran bermain dengan keadaan padang yang agak kurang memuaskan. “Seperti kamu tahu kami tidak lama di sini tetapi masih berikan yg terbaik. Bola sepak adalah kerja pasukan, […]
Jurulatih Oman Kongsi Keadaan Terkini Padang SNBJ

Keadaan terkini padang Stadium Nasional Bukit Jalil (SNBJ) yang kurang baik mengundang keresahan jurulatih Oman, Jaroslav Silhavy. Jurulatih dari Republik Czech itu berhasrat ingin mencuba padang SNBJ semalam bagi membantu anak buahnya beradaptasi menjelang perlawanan menentang Malaysia. Malangnya, perkara tersebut tidak dapat direalisasikan. Ini selepas Silhavy dimaklumkan keadaan padang SNBJ belum berada pada tahap terbaik. […]
Jaroslav Silhavy: Kami Sudah Kaji Taktikal Malaysia Di Bukit Jalil

Jurulatih Oman, Jaroslav Silhavy mengakui persiapan pasukan kendaliannya dalam keadaan baik menjelang aksi Kelayakan Piala Dunia 2026 berdepan Malaysia di Stadium Nasional Bukit Jalil pada Selasa. Beliau yang ditemui ketika sidang media pra perlawanan menegaskan bahawa mental dan fizikal anak-anak buahnya kini di tahap terbaik bagi mengulangi kemenangan di Muscat minggu lalu pada pertemuan di […]
Taktik Mudah Oman Berkesan Lawan Malaysia

Jurulatih Oman, Jaroslv Silhavy percaya taktik mudah yang diberikan kepada anak buahnya untuk menewaskan pasukan Malaysia berkesan. Keyakinan itu disuarakan jurulatih Repbulik Czech menerusi sidang media selepas perlawanan yang diadakan di Muscat, Oman pagi tadi. Silhavy menjelaskan perancangan yang dibuat sebelum ini adalah menggunakan corak permainan yang sesuai berdepan dengan pihak lawan. Meskipun mendahului dengan […]
Oman Yakin Raih Kemenangan Ke Atas Malaysia

Jurulatih Oman, Jaroslav Silhavy percaya barisan pemainnya mampu melakar kemenangan ke atas Malaysia pada awal pagi esok. Keyakinan itu dilaungkan jurulatih Republik Czech itu dalam sidang media pra-perlawanan yang diadakan di Muscat, Oman semalam. Silhavy percaya dengan persiapan rapi yang diatur sejak lapan hari lalu, Oman mampu menewaskan Malaysia dan merampas tampuk pendahulu Kumpulan D. […]
Oman Umum Barisan 26 Pemain Ampuh Berdepan Malaysia

Menjelang aksi kelayakan Piala Dunia 2026 menentang Malaysia pada 21 Mac dan 26 Mac ini, Oman mengumumkan barisan 26 pemain mereka. Pengumuman ini disiarkan menerusi satu hantaran di platform media sosial rasmi Persatuan Bola Sepak Oman (OFA) hari ini. Oman yang mendapat sentuhan jurulatih baru dari Republik Czech, Jaroslav Silhavy memilih mengekalkan majoriti pemain yang […]
Oman Lantik Bekas Jurulatih Pasukan Ke-39 Dunia Sebelum Lawan Malaysia

Desas-desus mengenai calon jurulatih baharu pasukan Oman terjawab apabila mengumumkan pelantikan jurulatih kelahiran Republik Czech menjelang pertemuan menentang Malaysia. Individu yang dimaksudkan itu ialah Jaroslav Silhavy yang secara rasminya memulakan tugas bersama Oman bermula 1 Februari 2024 sebagai persiapan perjalanan Kelayakan Piala Dunia 2026. Pasukan ke-74 dunia itu mengharungi tempoh sukar di Piala Asia AFC […]