Pearly Tan-Thinaah Kumpul RM240 Ribu Kurang 28 Hari

Beregu wanita negara, Pearly Tan-M. Thinaah berjaya meraih habuan sekitar RM240 ribu dalam masa kurang 28 hari. Setelah berjaya melakar sejarah mara ke peringkat separuh akhir di Olimpik Paris lalu, Pearly-Thinaah turun dalam misi meneruskan rentak cemerlang dalam siri Jelajah Dunia BWF. Pasca Olimpik, para pemain badminton dunia mengalihkan tumpuan ke kejohanan Japan Open termasuklah […]

Japan Open: Sze Fei-Izzuddin Bawa Pulang RM275,000

Beregu lelaki Malaysia, Goh Sze Fei dan Nur Izzuddin Rumsani ceria apabila meraih gelaran juara Japan Open 2024. Kejayaan itu digapai beregu nombor 12 dunia itu dengan menewaskan juara dunia dari Korea Selatan, Kang Min-hyuk dan Seo Seung-jae. Dari segi rekod pertemuan, kelebihan memihak kepada Min-hyuk dan Seung-jae. Ini kerana juara India Open 2024 itu […]

Japan Open: Regu No. 3 Dunia Sekat Kecemerlangan Pearly Tan-M. Thinaah

Hajat beregu wanita utama negara, Pearly Tan dan M. Thinaah untuk mara ke separuh akhir Japan Open 2024 tidak kesampaian. Ini selepas Pearly-Thinaah terpaksa akur dengan kehandalan pemenang pingat perak Sukan Olimpik 2024 dari China, Liu Sheng Shu dan Tan Ning. Selepas berjaya mara ke peringkat separuh akhir Sukan Olimpik 2024 di Paris, Perancis, pencapaian […]

Lee Zii Jia: Badan Saya Tak Mengizinkan

Jaguh perseorangan lelaki negara, Lee Zii Jia mengakui faktor fizikal yang tidak mengizinkan menjadi salah satu sebab tersingkir di Japan Open 2024. Zii Jia turun ke gelanggang buat kali pertama setelah mencipta sensasi dengan merangkul pingat gangsa di Olimpik Paris beberapa minggu lalu. Walau bagaimanapun, rentak positif jaguh berusia 26 tahun itu disekat oleh Alex […]

Japan Open: Pemain No. 29 Dunia Singkirkan Lee Zii Jia

Pemenang pingat gangsa Sukan Olimpik 2024, Lee Zii Jia tersingkir daripada saingan Japan Open 2024 apabila tewas mengejut kepada wakil Perancis, Alex Lanier di pusingan pertama. Kejayaan meraih pingat gangsa acara perseorangan lelaki di Paris diharap dapat dimanfaatkan anak jati Alor Setar, Kedah itu untuk tampil lebih cemerlang untuk baki musim 2024. Tampil menentang Lanier […]

Siaran Langsung Japan Open: Lee Zii Jia vs Alex Lanier (Live Streaming)

Aksi pusingan pertama Japan Open 2024 menyaksikan jaguh perseorangan lelaki negara, Lee Zii Jia dijadualkan menentang pemain muda Perancis, Alex Lanier. Setelah berjaya menyumbang pingat gangsa di Olimpik Paris lalu, Zii Jia akan kembali turun ke gelanggang dengan misi dan semangat baharu untuk memburu lebih banyak kejuaraan. Undian awal sebelum ini menyaksikan Zii Jia akan […]

Aaron Chia-Wooi Yik Terpaksa Lupakan Japan Open

Beregu lelaki nombor satu negara, Aaron Chia-Wooi Yik terpaksa melupakan hasrat untuk menyertai Japan Open minggu hadapan. Soh Wooi Yik yang bergandingan bersama Aaron Chia menghadiahkan pingat gangsa buat kontinjen negara di Olimpik Paris sekaligus mengulangi pencapaian edisi lalu. Gandingan negara ini dipaksa bekerja keras sebelum berjaya menumbangkan pasangan nombor dua dunia dari Denmark, Kim […]