Japan Masters: Leong Jun Hao Raih Tempat Kedua, Tewas Kepada Li Shi Feng

Perlawanan akhir Japan Masters 2024 menyaksikan pemain perseorangan negara, Leong Jun Hao terpaksa akur tumpas di tangan Li Shi Feng. Setelah melakar kejutan ke atas pemain ke-6 dunia, Jonatan Christie di separuh akhir, Jun Hao mara ke pentas final dan perlu berdepan tentangan sengit pemain China, Li Shi Feng. Berdasarkan rekod pertemuan, kelebihan jelas memihak […]

Japan Masters: Leong Jun Hao Singkirkan Pemain No. 1 Indonesia, Tempah Tiket Final

Jaguh perseorangan lelaki Malaysia, Leong Jun Hao memberi tentangan sengit kepada Jonatan Christie sebelum mara ke final Japan Masters 2024. Selepas Lee Zii Jia tersingkir di peringkat suku akhir, Jun Hao menjadi wakil tunggal Malaysia dalam acara perseorangan lelaki. Pemain berusia 25 tahun itu mara ke separuh akhir selepas menewaskan jaguh tuan rumah, Kodai Naraoka […]

Japan Masters: Lee Zii Jia Ke Suku Akhir, Tundukkan Pemain Ke-34 Dunia

Jaguh perseorangan lelaki negara, Lee Zii Jia bekerja keras sebelum mara ke peringkat suku akhir Japan Masters 2024. Ini selepas pemenang pingat gangsa Sukan Olimpik 2024 itu menewaskan pemain Chinese Taipei, Su Li Yang dalam aksi pusingan kedua kejohanan itu. Selepas mengatasi cabaran rakan senegara, Justin Hoh di pusingan pertama, Zii Jia semakin bersemangat untuk […]

Japan Masters: Hajat Ong Yew Sin & Ee Yi Ke Final Tersekat

Hasrat regu lelaki profesional negara, Ong Yew Sin dan Teo Ee Yi ke separuh akhir Japan Masters 2023 tidak kesampaian hari ini. Ini selepas mereka tewas kepada regu nombor lapan dunia dari China, Liu Yuchen dan Ou Xuanyi hari ini. Dari segi rekod pertemuan, kelebihan memihak kepada Yuchen-Xuanyi kerana memenangi tiga daripada empat pertemuan sebelum […]

Japan Masters: Ong Yew Sin & Ee Yi Ke Separuh Akhir, Tewaskan Regu Taiwan

Beregu lelaki profesional Ong Yew Sin dan Teo Ee Yi menjadi satu-satunya wakil Malaysia di pentas separuh akhir Japan Masters 2023 yang berlangsung esok. Ini selepas regu nombor 12 dunia itu berjaya menewaskan wakil Taiwan, Lee Fang-Chih dan Lee Fang-Jen dalam aksi suku akhir yang berlangsung pada hari ini. Yew Sin-Ee Yi memiliki kelebihan dalam […]

Japan Masters: Regu Jepun Tamatkan Cabaran Pearly Tan & M. Thinaah

Cabaran regu wanita negara, Pearly Tan dan M. Thinaah dalam Japan Masters 2023 berakhir hari ini. Ini selepas cabaran mereka ditamatkan oleh regu tuan rumah, Rena Miyaura dan Ayako Sakuramoto di pentas suku akhir. Dari segi rekod pertemuan, Pearly-Thinaah memiliki kelebihan kerana pernah menang ke atas regu nombor 14 dunia itu. Bagaimanapun, set pertama menyaksikan […]

Japan Masters: Aaron Chia & Wooi Yik Ditunjuk Jalan Keluar

Juara Terbuka Denmark 2023, Aaron Chia dan Soh Wooi Yik hampa apabila tersingkir dari pusingan kedua Japan Masters 2023. Aaron-Wooi Yik dikecewakan oleh regu Jepun, Akira Koga dan Taichi Saito berstatus regu nombor 16 dunia. Dari segi rekod pertemuan, Koga-Saito memiliki sedikit kelebihan dengan empat kemenangan daripada tujuh pertemuan sebelumnya. Set pertama menyaksikan kedua-dua regu […]

Japan Masters: Viktor Axelsen Hantar Pulang Ng Tze Yong

Hasrat Ng Tze Yong mencipta kejutan ke atas jaguh nombor satu dunia, Viktor Axelsen dalam pusingan kedua Japan Masters 2023 tidak kesampaian hari ini. Ini selepas jaguh Denmark itu terpaksa bekerja keras sebelum menyingkirkan pemain nombor 15 dunia itu dalam pusingan kedua kejohanan. Set pertama menyaksikan Axelsen mendahului seketika Tze Yong pada kedudukan 11-10. Bagaimanapun, […]

Japan Masters: Pearly Tan & M. Thinaah Ke Suku Akhir, Ketepikan Cabaran Regu Jepun

Beregu wanita utama Malaysia, Pearly Tan dan M. Thinaah mudah lepasi pusingan kedua Japan Masters 2023 dan mara ke suku akhir. Pearly-Thinaah berjaya mara selepas mengatasi regu yang menduduki ranking ke-28 dunia, Rui Hirokami dan Yuna Kato dari Jepun. Biarpun berehat selama sebulan selepas Sukan Asia 2023, kehandalan regu negara yang menduduki ranking ke-13 dunia […]

Japan Masters: Aaron Chia & Wooi Yik Mudah Benam Cabaran Regu Taiwan

Beregu lelaki utama negara, Aaron Chia dan Soh Wooi Yik mudah melangkah ke pusingan kedua Japan Masters 2023 hari ini. Ini selepas mereka mengatasi cabaran regu Taiwan, Lee Yang dan Wang Chi-Lin dalam pusingan pertama kejohanan itu. Dari segi rekod pertemuan, kedua-dua regu dilihat seimbang kerana masing-masing memiliki tiga kemenangan daripada enam pertemuan sebelum ini. […]

Japan Masters: Lee Zii Jia Disingkirkan Anders Antonsen

Selepas memilih untuk tidak menyertai program Road To Gold (RTG) semalam, Lee Zii Jia kembali menjadi tumpuan apabila tersingkir daripada pusingan pertama Japan Masters 2023. Juara Terbuka Artik 2023 itu terpaksa akur dengan kehandalan pemain perseorangan Denmark, Anders Antonsen. Dari segi rekod pertemuan, Antonsen memiliki rekod baik dengan empat kemenangan daripada enam pertemuan sebelumnya. Set […]

Japan Masters: Pearly Tan & M. Thinaah Berjuang Lepasi Pusingan Pertama

Regu wanita utama Malaysia, Pearly Tan dan M. Thinaah terpaksa bekerja keras sebelum mara ke pusingan kedua Japan Masters 2023 petang tadi. Ini merupakan penampilan pertama regu yang menduduki ranking ke-13 dunia itu dalam tempoh sebulan selepas kempen Sukan Asia 2023 di Hangzhou, China. Turun menentang regu Korea Selatan, Lee Yu-lim dan Shin Seung-chan, Pearly-Thinaah […]

Japan Masters: Ong Yew Sin & Ee Yi Lepasi Halangan Pertama

Beregu lelaki profesional negara, Ong Yew Sin dan Teo Ee Yi berjaya melepasi pusingan pertama Japan Masters 2023 hari ini. Ini selepas regu yang berstatus pilihan kelapan kejohanan itu berjaya mengatasi cabaran rakan senegara, Man Wei Chung dan Tee Kai Wun. Dari segi rekod pertemuan, kedua-dua regu dianggap seimbang kerana menang sekali daripada dua pertemuan […]