Liga Super: JDT Gah Atasi Cabaran Hebat Kuching City

JDT terus gah mengungguli carta pertama Liga Super apabila mencatatkan kemenangan 2-1 ke atas pasukan Kuching City. Aksi yang berlangsung di Stadium Sultan Ibrahim menyaksikan JDT kini mengekalkan rekod tanpa kalah dalam 11 perlawanan liga berturut-turut. Hector Bidoglio menurunkan barisan pertahanan ampuh yang dibarisi Oscar Arribas, Feroz Baharudin, Jordi Amat, Mat Davies manakala Arif Aiman […]
Dua Tonggak Kuching City Rekod Statistik Memukau Di Liga Super

Dua tonggak Kuching City FC di bahagian pertahanan, Yuki Tanigawa dan James Okwuosa menunjukkan statistik memukau dalam liga musim 2024/25. Ini selepas Astro Arena menyiarkan beberapa statistik menarik dalam empat perlawanan awal liga. Nama dua tonggak import ini cukup menonjol dari segi hantaran tepat. Tanigawa, 27, mengetuai carta hantaran tepat dengan melakukan 223 hantaran. Sementara […]
James Okwuosa Kereta Kebal Baharu Kuching City

James Okwuosa sah bergelar pemain baharu Kuching City bagi saingan Liga Malaysia musim 2024/25. Pemain pertahanan berpengalaman ini bakal menjadi kereta kebal baharu Kuching City setelah bersama PDRM pada musim lalu. Ketua jurulatih Kuching City, Aidil Sharil pastinya mendambakan kehadiran pemain ini di bahagian pertahanan pasukan setelah Kuching City merekodkan 51 bolos dalam saingan Liga […]
James Okwuosa Tinggalkan PDRM

Bek tengah kental dari Nigeria, James Okwuosa sah tidak lagi bersama juara MFL Challenge Cup musim 2023, PDRM FC. Perkara ini disahkan pengurusan pasukan yang diberi jolokan Sang Saka Biru menerusi satu kenyataan di media sosial rasmi mereka hari ini. “Kami ingin mengambil peluang ini untuk memberi penghargaan kepada salah satu pemain tengah terbaik dalam […]
Kerana Tarik Rambut, Giancarlo Gallifuoco & James Okwuosa Dihukum

Beberapa minggu lepas, perlawanan KL City-PDRM menarik perhatian penyokong disebabkan insiden tarik rambut membabitkan dua pemain import kedua-dua pasukan, Giancarlo Gallifuoco dan James Okwuosa. Dan semalam, Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM) telah menentukan tindakan disiplin ke atas dua pemain tersebut. Menurut wartawan Astro Arena, Zulhelmi Zainal Azam, Gallifuoco dan Okwuosa difahamkan telah dikenakan penggantungan satu […]
James Okwuosa Bantu PDRM Tidak Jadi Mangsa Belasahan JDT

Ramai tidak akan berpuas hati dengan taktik ‘roadbloack’ yang digunakan PDRM terhadap Johor Darul Ta’zim (JDT) dalam perlawanan pusingan 16 pasukan terbaik Piala FA semalam. Tetapi itu semua tidak akan terjadi tanpa sumbangan besar bek tengah import mereka, James Okwuosa. Walaupun secara tidak langsung menyumbang kepada gol ketiga JDT, secara keseluruhannya, bek tengah Nigeria itu […]
Statistik Pertahanan PDRM, James Okwuosa Memang Tak Masuk Dek Akal

Selepas beberapa kejutan yaang dicipta pasukan PDRM FC dalam saingan Liga Super musim ini, terkini telah tular statistik tak masuk akal yang melibatkan pertahanan tengah mereka dari Nigeria, James Okwuosa. Bekas pertahanan skuad kebangsaan Nigeria berusia 32 tahun itu kini merupakan antara pertahanan tengah paling menyerlah dalam saingan Liga Super yang kini memasuki perlawanan keenam. […]