Luqman Hakim Bakal Tinggalkan Jepun?

Kontrak penyerang muda negara, Luqman Hakim Shamsudin di Jepun difahamkan bakal berakhir. Pemain berusia 22 tahun itu menyertai kelab J3 League, Yokohama SCC pada awal tahun ini namun bergelut untuk mendapatkan tempat. Beliau sudah lama tidak berada dalam skuad Yokohama SCC sungguhpun mendapat permulaan yang cukup baik ketika awal musim. Berdasarkan perkongsian oleh laman Yokohama […]
Muhammad Abu Khalil Tekad Bantu FC Osaka Julang Liga Jepun

Pemain tengah muda Malaysia, Muhammad Abu Khalil berharap dapat membantu kelab barunya, FC Osaka bergelar juara J3 League. Pemain tengah muda Selangor itu sah menyertai FC Osaka secara pinjaman sehingga akhir tahun 2024. Perpindahan tersebut diumumkan oleh kedua-dua kelab. Sebelum ini, Muhammad telah menjalani sesi percubaan bersama pasukan itu dari 24 Jun hingga 2 Julai […]
Yokohama SCC Menang, Luqman Hakim Pula Direhatkan

Pasukan J3 League, Yokohama SCC mencipta kemenangan berdepan Kitakyusyu namun Luqman Hakim masih direhatkan. Perlawanan yang berlangsung di Mikuni World Stadium Kitakyushu menyaksikan kedua-dua pasukan menurunkan kesebelasan terbaik. Yokohama SCC memberi peluang kepada pemain import Nigeria, Onye Ogochukwu untuk mengetuai jentera serangan pasukan. Babak pertama menyaksikan kedua-dua pasukan bertukar serangan dengan tuan rumah lebih selesa […]
J3 League: Yokohama SCC Diikat Tottori, Kelibat Luqman Hakim Tidak Kelihatan

Penantian kemenangan pertama kelab Luqman Hakim Shamsudin, Yokohama Sports & Culture Club (Yokohama SCC) dalam J3 League berterusan. Ini selepas pasukan itu diikat Gainare Tottori dalam aksi keenam liga yang berlangsung di Stadium Nippatsu Mitsuzawa hari ini. Selepas tewas kepada FC Ryukyu pada 20 Mac lalu, Yokohama SCC perlu segera meraih kemenangan jika mahu keluar […]
J3 League: FC Ryukyu Tewaskan Yokohama SCC & Luqman Hakim

Penyerang muda negara, Luqman Hakim Shamsudin tidak berupaya menghalang kelab pinjamannya, Yokohama Sports & Culture Club (Yokohama SCC) daripada mengalami kekalahan ketiga dalam J3 League. Ini selepas kelab itu tewas kepada FC Ryukyu dalam aksi terbaru J3 League yang berlangsung di Stadium Olahraga Okinawa hari ini. Babak pertama menyaksikan Ryukyu mendominasi perlawanan. Bagaimanapun, mereka perlu […]
J3 League: Luqman Hakim & Yokohama SCC Ditundukkan Imabari

Hajat kelab Luqman Hakim Shamsudin, Yokohama Sports & Culture Club (YSCC) untuk meraih kemenangan pertama dalam J3 League tidak kesampaian. Ini selepas kelab itu tewas kepada Imabari dalam aksi terbaru liga yang berlangsung pada hari ini. Selepas diturunkan dalam perlawanan menentang Matsumoto Yamaga pada minggu lepas, Luqman kembali diletakkan di bangku simpanan. Meskipun beraksi di […]
J3 League: Penangan Luqman Hakim Menjadi, Yokohama SCC Ikat Matsumoto Yamaga

Penyerang muda negara, Luqman Hakim Shamsudin membantu kelab J3 League, Yokohama Sports & Culture Club (Yokohama SCC) kekal tanpa kalah dalam tiga perlawanan. Ini selepas pasukan itu terikat 1-1 dengan Matsumoto Yamaga dalam perlawanan terbaru J3 League hari ini. Selepas berjaya mencipta kejutan ke atas pasukan J2 League, Mito Hollyhock dalam J-League Cup, Yokohama SCC […]