Izham Tarmizi Mula Turun Berlatih Bersama JDT

Bekas penjaga gol skuad muda kebangsaan, Izham Tarmizi sudah mula memulakan latihan bersama kelabnya, Johor Darul Ta’zim (JDT). Izham yang menghabiskan musim lalu dengan beraksi bersama Sri Pahang FC secara pinjaman kini sudah kembali ke pangkuan kelab lamanya yang juga juara Liga Super musim 2023. Kepulangan Izham ke kelab selatan tanah air itu bagi mengisi […]

Zarif Irfan Sedia Jadi Penjaga Gol Utama Sri Pahang

Penjaga gol berpengalaman, Zarif Irfan menyatakan kesediaan beliau untuk menjadi penjaga gol utama Sri Pahang menjelang musim 2024/2025. Zarif Irfan dijangka akan menjadi penjaga gawang utama Sri Pahang setelah pemergian mengejut Izham Tarmizi pada akhir April lalu. Musim lalu kedua-dua penjaga gol itu bergilir-gilir menjaga gawang gol pasukan apabila kedua-duanya melakukan 14 penampilan dalam Liga […]

Kelibat Izham Tarmizi Dikesan Di Padang Terengganu

Penjaga gol Johor Darul Ta’zim (JDT), Izham Tarmizi Roslan dikatakan bakal kembali ke pasukan gergasi selatan itu selepas satu musim dipinjamkan ke Sri Pahang pada musim 2023. Namun begitu, kelibat Izham masih tidak dapat dilihat bersama pasukan utama JDT yang telah melalui aksi pra-musim di Sepanyol dari 14 April sehingga 30 April. Baru-baru ini, telah […]

Sri Pahang & Izham Tarmizi Berpisah

Penjaga gol Sri Pahang FC, Izham Tarmizi Roslan sah tidak lagi bersama pasukan Pantai Timur itu. Ini selepas pengurusan Tok Gajah memaklumkan sesi latihan yang disertai beliau pada hari ini merupakan sesi latihan terakhirnya sebelum meninggalkan pasukan. “Sesi (latihan) terakhir untuk penjaga gol kita, terima kasih Izham Tarmizi. Meninggalkan pasukan dengan rasa syukur dan memori […]

Izham Tarmizi Kembali Sertai JDT

Penjaga gol Sri Pahang, Izham Tarmizi dikhabarkan dalam perjalanan pulang ke pangkuan Johor Darul Ta’zim (JDT). Khabar ini dimaklumkan oleh wartawan terkenal Astro Arena, Zulhelmi Zainal Azam mengenai kepulangan penjaga gol berusia 33 tahun ini ke kelab selatan tanah air. “Menjelang hari terakhir perpindahan pemain, penjaga gol Izham Tarmizi difahamkan kembali ke JDT dari Sri […]

Tiga Pemain JDT Dijangka Kekal Dengan Sri Pahang?

Sri Pahang FC berjaya menamatkan kempen Liga Super musim 2023 di tangga keempat selepas sebelum ini menduduki tangga ketujuh pada musim 2022. Kejayaan ini tidak akan berlaku tanpa jasa trio pemain yang dipinjam daripada Johor Darul Ta’zim FC (JDT FC) iaitu Izham Tarmizi Roslan, Syazwan Andik dan Azrif Nasrulhaq. Dengan musim 2023 sudah berakhir, ramai […]

Perak Tunaikan Hasrat Besar Yusri Che Lah

Persediaan Yusri Che lah membentuk pasukan baharu untuk musim hadapan kini disambut baik pihak pengurusan Perak. Ketua jurulatih Perak, Yusri Che Lah pastinya sudah mempunyai perancangan tersendiri dan kini Perak sudah memulakan rundingan untuk membawa beberapa pemain baharu. Perak kini sedang berunding dengan Terengganu untuk membawa masuk penyerang muda, Azfar Fikri yang pernah bermain untuk […]

Kecekapan Izham Tarmizi Benarkan Sri Pahang Kekal Bersaing

Sri Pahang FC perlu berterima kasih kepada penjaga gol mereka, Izham Tarmizi Roslan kerana masih berpeluang memburu slot separuh akhir Piala Malaysia 2023. Izham yang diturunkan dalam aksi suku akhir pertama KL City FC-Sri Pahang semalam cemerlang menafikan serangan demi serangan yang dilakukan tuan rumah. Biarpun akhirnya dibolosi menerusi sepakan penalti Romel Morales, itu langsung […]

Kecederaan Izham Tarmizi Rahmat Buat Zarif Irfan

Penjaga gol kedua Sri Pahang, Zarif Irfan Hashimuddin menganggap kecederaan dialami Izham Tarmizi ketika menentang Negeri Sembilan pada Ahad lalu, sebagai membuka peluang untuknya membuktikan kemampuan. Pada perlawanan di Paroi, Izham Tarmizi mengalami kecederaan di bahagian kepala telah bertembung dengan Hasbullah Abu Bakar, sehingga terpaksa menerima jahitan. Zarif Irfan yang masuk menggantikannya dalam perlawanan itu […]

Izham Tarmizi Terima Beberapa Jahitan, Keadaan Dilaporkan Stabil

Penjaga gol Sri Pahang FC, Izham Tarmizi Roslan memberi kelegaan kepada ramai pihak mengenai status terbarunya. Beliau mencuri tumpuan semalam selepas hampir memberi khabar kurang baik apabila terpaksa diusung keluar ketika babak pertama perlawanan. Beliau dikesan berlaga dengan pemain Negeri Sembilan, Hasbullah Abu Bakar dalam kotak penalti Sri Pahang dan menyebabkan beliau terbaring. Penjaga gol […]

Debut Izham Tarmizi Bersama Sri Pahang Berakhir Dengan Tragedi

Kecederaan yang dialami oleh penjaga gol Sri Pahang, Izham Tarmizi sungguh mengerikan tatkala beliau terpaksa dikejarkan ke hospital dengan kadar segera. Aksi yang melibatkan pertembungan antara Negeri Sembilan dan Sri Pahang itu berlangsung dengan cukup baik sebelum insiden tersebut mengubah wajah perlawanan. Keadaan ini terjadi melibatkan pertembungan antara penjaga gol yang dipinjamkan dari JDT itu […]

Izham Tarmizi Zahir Penghargaan Kepada TMJ

Selepas lapan tahun bersama JDT, Izham Tarmizi Roslan kini bersama skuad Sri Pahang. Dan ia diharap dapat menjadi pencetus kebangkitan untuk kelab yang dibimbing Fandi Ahmad itu sebagai pencabar liga musim ini. Izham merupakan sebahagian daripada kuartet JDT yang menyertai Tok Gajah musim ini. Izham, Azrif Nasrulhaq dan Syazwan Andik menyertai kelab secara pinjaman dengan […]

Izham Tarmizi Sertai Sri Pahang Kerana Ikut Cadangan TMJ

Penjaga gol baru Sri Pahang, Izham Tarmizi Roslan mahu membuktikan bisanya belum pudar dan dia masih relevan untuk beraksi di pentas tertinggi bolasepak tanah air. Dan pemain yang akan berusia 32 tahun pada April itu berterima kasih kepada Tunku Ismail Sultan Ibrahim (pemilik JDT) bukan sahaja kerana sudi melepaskannya secara pinjaman, tetapi dalam masa sama […]

Mia Ahmad: Terima Kasih JDT Atas Segalanya

Pertemuan dan perpisahan sememangnya lumrah dalam sebuah kehidupan. Itu yang terjadi kepada pemain pasukan Johor Darul Ta’zim (JDT), Izham Tarmizi dan isterinya yang juga seorang pelakon, Mia Ahmad. Berita perpindahan Izham keluar dari JDT telah tersebar sejak bulan lalu lagi. Izham dikatakan akan menyertai Sri Pahang FC bersama seorang lagi pemain JDT iaitu pertahanan kiri, […]

Dua Pemain JDT Bakal Perkuatkan Sri Pahang?

Sememangnya menjadi lumrah dalam dunia bola sepak apabila pemain datang dan pergi. Begitu juga yang berlaku kepada pasukan-pasukan yang beraksi di Liga Malaysia yang mana akan tamat musimnya pada hujung bulan ini. Selepas timbul desas-desus mengenai perpindahan beberapa pemain Johor Darul Ta’zim (JDT) ke pasukan lain musim hadapan, wartawan Astro Arena, Zulhelmi Zainal Azam memberi […]