Israel Jadi ‘Lauk’ Itali

Israel menaggung malu dalam saingan UEFA Nations League apabila tumpas di tangan Itali. Aksi kedua Kumpulan 2 menyaksikan The Azzurri berdepan Israel di Hungary dengan misi untuk meraih kemenangan kedua selepas menundukkan Perancis. Pasukan bimbingan Luciano Spaletti menurunkan kesebelasan terbaik dengan nama-nama seperti Donnarumma, Bastoni, Tonali dan Raspadori dalam senarai permulaan. Usaha baik itu dimulakan […]

Itali Aibkan Perancis Di Laman Sendiri

Itali cemerlang menewaskan Perancis 3-1 untuk meraih tiga mata pertama dalam perlawanan pertama saingan Liga Negara-Negara UEFA. Kylian Mbappe mengetuai jentera serangan Perancis bersama-sama Antoine Griezmann dan Michael Olise. Itali pula menurunkan barisan pemain hebat seperti Sandro Tonali, Davide Frattesi, Ricardo Calafiori dan Alessandro Bastoni. Pemain muda berusia 22 tahun, Bradley Barcola pantas membuka tirai […]

Peninju Itali Undur Diri Selepas 46 Saat

Nama peninju wanita Itali, Angela Carini menjadi sebutan sejak 1 Ogos lalu apabila menarik diri selepas 46 saat bertarung dalam acara tinju wanita Sukan Olimpik 2024. Carini berbuat demikian selepas tidak tahan ditumbuk lawannya dari Algeria, Imane Khelif dalam aksi awal pusingan 16 peninju terbaik. Perlawanan ini dianggap kontroversi disebabkan status Khelif. Ini kerana peninju […]

Malaysia Bakal Miliki Pemain Warisan Berdarah Itali

Malaysia bakal miliki seorang lagi pemain warisan yang berpotensi untuk mewakili skuad Harimau Malaya di pentas antarabangsa. Pemain daripada skuad Piala Presiden JDT, Danish Presenti merupakan pemain kacukan yang memiliki darah Malaysia/Itali. Danish Pesenti dilahirkan di Itali dan ibu kepada pemain berusia 19 tahun ini merupakan seorang warganegara Malaysia sementara bapanya merupakan warga Itali. Ketika […]

Euro 2024: Switzerland Pastikan Juara Bertahan, Itali Pulang Hampa

Pusingan 16 terbaik Euro 2024 melibatkan aksi di antara Itali dan Switzerland pada awal pagi Ahad menyaksikan juara edisi lalu itu ditundukkan lawan di ranking ke-19 dunia dengan dua gol yang memukau. Itali yang mara sebagai naib juara kumpulan B setelah terikat seri 1-1 menentang Croatia dalam aksi terakhir manakala Switzerland turut menempah tiket sebagai […]

Kisah Riccardo Calafiori, Bek Kebal Itali Bangkit Dari Kecederaan Ngeri

Nama Riccardo Calafiori mula meletup sejak perlawanan pembuka tirai Itali di dalam kempen Euro 2024 dengan aksi dan penampilannya yang saling tidak tumpah seperti lagenda Azzurri, Paolo Maldini. Penampilan Calafiori yang berambut panjang di atas padang dengan sosok tubuh yang tegap selain bijak membaca gerakan lawanan persis tidak ubah seperti Maldini ketika menyarung jersi Itali […]

Euro 2024: Gol Minit Akhir Itali Musnahkan Hajat Croatia

Itali berjaya mengikat Croatia pada minit akhir perlawanan untuk mengiringi Sepanyol ke peringkat kalah mati kejohanan Euro 2024 selaku naib juara kumpulan B. Croatia menurunkan kesebelasan terbaik pasukan yang dibarisi pemain seperti Luka Modric, Marcelo Brozovic, Mateo Kovacic serta Mario Pasalic dalam aksi terakhir kumpulan B. Itali pula mempertaruhkan sistem bek bertiga yang diperkuatkan oleh […]

Euro 2024: Sepanyol ‘Titik’ Itali, Mara Ke Pusingan 16 Terbaik

Sepanyol mengesahkan kemaraan ke pusingan 16 terbaik selepas membenam cabaran Itali. Perlawanan yang berlangsung di Stadium Veltins Arena itu menyaksikan kedua-dua pasukan menurunkan kesebelasan terbaik untuk memburu 3 mata. Anak didik Luis De La Fuente menekan seawal minit pertama permainan menerusi gerakan pantas daripada bahagian sayap kiri dan kanan. Kekebalan benteng pertahanan pasukan telah menafikan […]

Euro 2024: Itali Cemas Sebelum Bangkit Tundukkan Albania

Perlawanan pagi ini menyaksikan aksi kumpulan B iaitu Itali yang cemas sebelum bangkit menewaskan Albania bagi saingan Euro 2024 musim ini.  Seawal 23 saat, pemain tengah Albania, Nedim Bajrami mencipta sejarah Euro 2024 apabila menjaringkan gol pertama pasukan sekaligus gol tercepat kejohanan setakat ini. Itali tidak menunggu lama untuk menyamakan kedudukan apabila pertahanan kental, Alessandro […]

Turki Buat Itali Hilang Punca Jaringan

Perlawanan persahabatan pagi ini menyaksikan pertembungan diantara Itali dan Turki yang berakhir dengan keputusan seri.  Skuad kendalian Luciano Spalletti turun dengan barisan terbaiknya dibarisi oleh Federico Chiesa, Jorginho dan Lorenzo Pellegrini. Sementara Turkey, Hakan Calhanoglu mengetuai pasukan.  Perlawanan bermula rancak apabila kedua dua buah pasukan cuba untuk menguasai permainan.  Separuh masa pertama berakhir tanpa jaringan, […]

Chelsea Mula Era Takluk EPL, Lantik Enzo Maresca

Chelsea memulakan persiapan awal untuk mengharungi musim 2024/2025 kelak dengan melantik Enzo Maresca sebagai ketua jurulatih yang baharu. Seminggu selepas memecat Mauricio Pochettino, Chelsea pantas mendapatkan khidmat ketua jurulatih Leicester City tersebut dengan tawaran kontrak selama 5 tahun. Perkara tersebut telah disahkan oleh Fabrizio Romano, wartawan bola sepak yang merupakan sumber paling dipercayai di Eropah. […]

Como 1907, Pendatang Baru Serie A Rupa-Rupanya Milik Jutawan Indonesia

Pendatang baru Serie A musim 2024/2025, Como 1907 rupa-rupanya dimiliki oleh jutawan Indonesia sejak kelab tersebut dibeli pada tahun 2019 yang lalu. Como 1907 mencatatkan musim yang gemilang walaupun menamatkan saingan Serie B di tangga kedua liga apabila kembali ke pentas Serie A setelah 21 tahun. Como meraih 73 mata hasil 21 kemenangan, 10 seri […]

Jurulatih Tanduk Pemain Lawan, Akhirnya Dibuang Kerja

Tindakan seorang jurulatih menanduk pemain lawan dalam aksi terbaru Serie A baru-baru ini mencetuskan keributan dalam kalangan peminat bola sepak Itali. Akhbar Daily Mirror melaporkan insiden ini tercetus antara pengurus Lecce, Roberto D’Aversa dengan pemain Hellas Verona, Thomas Henry. Perlawanan membabitkan kedua-dua pasukan panas kerana membabitkan dua pasukan yang semakin menghampiri zon penyingkiran Serie A […]

UCL: Inter Milan Pamer Bisa, Atletico Madrid Tak Nampak Gawang Gol Lawan

Inter Milan

Inter Milan berjaya menewaskan cabaran Atletico Madrid dalam aksi pertama pusingan 16 Liga Juara-Juara Eropah (UCL). Kemenangan Inter Milan memberikan sedikit kelegaan sebelum bertandang ke gelanggang Stadium Metropolitan kelak namun peluang juga masih terbuka buat Atletico Madrid. Kedua-dua pasukan melancarkan beberapa siri serangan dalam mencari bekalan gol awal dalam perlawanan ini dan Inter Milan mempamerkan […]

3 Kelab Gergasi Itali Mahu Serie A Kurangkan Jumlah Pasukan Bertanding

serie a-inter

3 kelab gergasi Itali mahu mencadangkan pengurangan pasukan yang bertanding dalam Serie A kepada Konfederasi Bola Sepak Itali (FIGC). Pihak Juventus, Inter Milan dan AC Milan telah mengusulkan perkara tersebut kepada presiden FIGC, Gabriele Gravina tetapi majoriti kelab lain dalam Serie A tidak bersetuju dengan idea tersebut. Inter Milan diwakili oleh ketua pegawai eksekutif, Bepper […]

Roberto Mancini Mohon Maaf

“Sekali lagi saya mengulangi permohonan maaf saya kepada semua orang tentang keluar awal saya ke bilik persalinan sebelum tamat penentuan sepakan penalti,” Roberto Mancini.  Kenyataan di atas merujuk kepada jurulatin pasukan Arab Saudi, Roberto Mancini yang memohon maaf kepada penyokong kerana tindakannya beredar dari padang semasa penentuan sepakan penalti berlangsung.  Bekas jurulatih Itali itu amat […]