Penyokong Israel Buat Kecoh Lagi, Bergaduh Di Stadium Perancis

Tular sebuah video yang memaparkan aksi pergaduhan membabitkan penyokong Israel dan tuan rumah, Perancis dalam perlawanan Uefa Nations League di Stade de France. Perancis dijadualkan melayani kunjungan Israel di laman sendiri bagi aksi kelima Liga A Kumpulan 2 pada awal pagi Khamis. Walau bagaimanapun, aksi yang berakhir dengan keputusan 0-0 itu telah dicemari insiden pergaduhan […]

FA Palestin Kecam Tindakan Biadab Penyokong Israel Di Belanda

Persatuan Bola Sepak Palestin (PFA) mengecam tindakan biadab penyokong Israel dalam aksi Liga Europa UEFA antara Ajax Amsterdam dan Maccabi Tel Aviv. Kekecohan tercetus di luar Johan Cruyff Arena selepas tamat perlawanan antara kedua-dua pasukan pada 7 November (awal pagi 8 November). Ramai penduduk Amsterdam menyifatkan perkara ini terjadi angkara provokasi melampau penyokong Maccabi. Beberapa […]

UEFA Siasat Pemain Turki Laung ‘Bebas Palestin’ vs Kelab Israel

Seorang pemain Turki disiasat Kesatuan Bola Sepak Eropah (UEFA) kerana melaungkan slogan ‘Bebas Palestin’ ketika menentang kelab Israel, Maccabi Tel Aviv. Wartawan sukan, Leyla Hamed mendedahkan pemain tengah FC Midtjylland, Aral Simsir disiasat selepas melaungkan slogan pro-Palestin dalam aksi Liga Europa UEFA (UEL) pada awal pagi 4 Oktober. Bekas pemain FK Jerv itu turut dilaporkan […]

Israel ‘Lunyai’ Kena Amukan Itali

Pasukan kebangsaan Itali garang apabila mengajar Israel erti bermain bola sepak yang sebenar. Aksi keempat kumpulan di UEFA Nations League menyaksikan Itali menurunkan kesebelasan terbaik di Stadium Bluenergy. The Azzurri membuka tirai jaringan pada penghujung babak pertama menerusi ledakan penyerang, Mateo Retegui untuk menamatkan aksi dengan kelebihan satu gol. Bersambung babak kedua, usaha keras anak […]

Perancis Malukan Israel Tanpa Belas Kasihan

Juara Piala Dunia 2018, Perancis melakar kemenangan kedua apabila menewaskan Israel. Skuad kendalian Didier Deschamps membariskan pemain utama sungguhpun tanpa kelibat kapten, Kylian Mbappe. Perancis bermula garang apabila perancang tengah Real Madrid, Eduardo Camavinga meletakkan pasukan di hadapan seawal minit ke-6. Israel menyamakan kedudukan pada minit ke-24 sebelum bintang Chelsea, Nkunku menambah jaringan kedua Les […]

Israel Jadi ‘Lauk’ Itali

Israel menaggung malu dalam saingan UEFA Nations League apabila tumpas di tangan Itali. Aksi kedua Kumpulan 2 menyaksikan The Azzurri berdepan Israel di Hungary dengan misi untuk meraih kemenangan kedua selepas menundukkan Perancis. Pasukan bimbingan Luciano Spaletti menurunkan kesebelasan terbaik dengan nama-nama seperti Donnarumma, Bastoni, Tonali dan Raspadori dalam senarai permulaan. Usaha baik itu dimulakan […]

De Bruyne Percaya Kesabaran Mampu Tumbangkan Israel

Tonggak Belgium, Kevin De Bruyne percaya bahawa kesabaran menjadi kunci untuk menumbangkan skuad kebangsaan Israel pada Sabtu. Perkara itu disuarakan De Bruyne selepas perlawanan yang mana menyaksikan Belgium berjaya memenangi perlawanan dengan keputusan 3-1. De Bruyne akui agak sukar untuk menembusi benteng Israel pada separuh masa pertama sebelum mereka lebih sabar pada babak kedua permainan. […]

Belgium Malukan Israel Cukup-Cukup

Pasukan kebangsaan Belgium memberikan kekalahan memalukan kepada Israel awal pagi tadi. Skuad kendalian Domenico Tedesco beraksi cemerlang untuk membuka tirai jaringan menerusi kapten pasukan, Kevin De Bruyne pada minit ke-21. Belgium bagaimanapun tersentak namun Israel hanya mengharapkan jasa baik gol sendiri pertahanan lawan iaitu Timo Castagne pada minit ke-36. Aksi babak pertama tamat dengan keputusan […]

Jepun Buat Israel Malu Besar

Jepun mencatatkan pencapaian membanggakan dalamaksi Sukan Olimpik di Paris 2024 apabila memberikan Israel malu besar. Perlawanan ketiga peringkat kumpulan itu menyaksikan skuad matahari terbit turun dengan motivasi terbaik untuk menempah tiket ke suku akhir. Usaha itu bermula seawal minit pertama permainan apabila usaha yang dilakukan untuk mengatur gerak akhirnya mula membuahkan hasil. Babak pertama menyaksikan […]

Atlet Tajikistan Belasah Wakil Israel Sampai Lunyai, Ucap ‘Allahu Akbar’

Tumpuan di media sosial terarah kepada aksi berani atlet dari Tajikistan yang mengucapkan ‘Allahu Akbar’ setelah membelasah lawannya dari Israel. Momen ini dilaporkan berlaku ketika atlet judo Tajikistan, Nurali Emomali turun berdepan Baruch Smailov dari Israel dalam pusingan 16 terbaik kumpulan B bagi kategori 66 kilogram pada Ahad lalu. Emomali yang berusia 22 tahun tidak […]

Israel ‘Lunyai’ Dibelasah Skuad Muda Paraguay

Paraguay menghidupkan peluang layak ke suku akhir Sukan Olimpik 2024 apabila membelasah Israel 4-2 dalam aksi kedua Kumpulan D. Selepas tewas 5-0 kepada Jepun dalam aksi pertama kumpulan, La Albirroja perlu menang jika ingin layak. Sementara The Skyblue and Whites pula mahukan kemenangan untuk mengiringi Jepun ke pusingan seterusnya. Penyerang muda Brighton, Julio Enciso mengetuai […]

Skuad Wanita Scotland Bantai Israel

Skuad bola sepak wanita Scotland terus mengekalkan rekod tanpa kalah dalam pusingan kelayakan Women’s EURO 2025 apabila membelasah Israel 4-1. Perlawanan ini berlangsung tanpa kehadiran penonton di Hampden Park. Meskipun begitu, The Guardian melaporkan perlawanan ditangguhkan selama 30 minit selepas seorang penunjuk perasaan merantai dirinya pada gol dengan memakai baju “Kad Merah Kepada Israel”. Apabila […]

Jordan FA Beri Tekanan Kuat, Minta FIFA Gantung Israel

Persatuan Bola Sepak Jordan (JFA) mula menggerakkan tekanan kepada Persekutuan Bola Sepak Antarabangsa (FIFA) untuk menggantung Israel. Sejak konflik Israel-Palestin di Semenanjung Gaza kembali tercetus pada Oktober 2023, konflik itu mengakibatkan lebih 30,000 orang terbunuh termasuk 250 orang pemain bola sepak Palestin. Situasi ini mendorong Presiden Persatuan Bola Sepak Palestin (PFA), Jibril Rajoub menggesa keahlian […]

Indonesia Berpeluang Dapat Tiket Automatik Ke Olimpik

Indonesia berpotensi mendapat peluang layak beraksi dalam acara bola sepak Sukan Olimpik 2024 di Paris, Perancis. Sebelumnya, Tim Garuda terpaksa menelan kepahitan apabila pasukan itu tewas 1-0 kepada Guinea dalam aksi play-off penentuan slot kelayakan ke Sukan Olimpik beberapa minggu lalu. Kini, portal sukan Korea, Sports Chosun melaporkan Indonesia masih berpeluang untuk layak. Perkara ini […]

Roket Hancurkan Kaki, Yassine Bounou Ubat Derita Kanak-Kanak Palestine

Tindakan penjaga gawang skuad kebangsaan Maghribi, Yassine Bounou yang menghubungi seorang kanak-kanak Palestine yang kehilangan kakinya telah mendapat pujian ramai. Kanak-kanak lelaki tersebut merupakan Asif Abu Mahadi yang telah kehilangan kakinya disebabkan oleh serangan udara tentera Israel ketika bermain bola sepak. Sebelum ini, Asif telah muncul di dalam video yang dimuat naik oleh wartawan Palestine, […]

Pemain Palestin Dibunuh Warga Israel

Kekejaman rejim Israel terhadap warga Palestin seakan tiada kesudahannya. Terbaru, seorang pemain bola sepak Palestin dibunuh seorang pendatang haram Israel di Turmus Ayya, sebuah bandar yang terletak di utara Ramallah. Omar Abu Qatin, 25, mati dibunuh di hadapan rumahnya. Pembunuhan ini merupakan sebahagian insiden keganasan yang dilancarkan pendatang haram Israel sekitar bandar berkenaan beberapa hari […]