“Bagi Dia Ruang Dalam Kotak Penalti, Habis”

Bekas jurulatih berpengalaman negara, Irfan Bakti memuji kualiti penyerang baharu JDT, Jorge Obregon. Tonggak kelahiran Colombia itu baru sahaja menyertai skuad Harimau Selatan pada jendela perpindahan kedua daripada kelab Croatia, HNK Rijeka. Pemain berusia 27 tahun itu tampil cemerlang untuk memastikan kemenangan besar 5-0 ke atas Penang dan menyumbang dua jaringan. Menurut pemerhatian Irfan Bakti, […]
Irfan Bakti Rungkai Beza Arif Aiman Di JDT & Harimau Malaya

Pengendali berpengalaman negara, Irfan Bakti menjelaskan perbezaan peranan yang dimainkan oleh pemain sayap lincah, Arif Aiman bersama JDT dan juga Harimau Malaya. Tonggak berusia 22 tahun itu menjadi watak penting buat Harimau Selatan untuk menundukkan Penang FC dengan keputusan 5-0. Skuad kendalian Hector Bidoglio diserikan dengan jaringan daripada penyerang baharu, Jorge Obregon, Oscar Arribas, Bergson […]
“Pemain Import Main Macam Tu? Saya Hairan” – Irfan Bakti

Jurulatih berpengalaman, Irfan Bakti Abu Salim meluahkan kehairanan melihat aksi pemain import Perak FC, Sunday Afolabi sepanjang aksi menentang Penang FC bagi saingan Liga Super semalam. Dalam perlawanan bertemu Penang, Sunday telah diletakkan di dalam kesebelasan utama oleh pengendali Perak, Yusri Che Lah. Namun aksi Sunday hanya bertahan 45 minit sahaja sebelum dikeluarkan dan digantikan […]
“Saya Tinggalkan Kuching City Kerana Prinsip” – Irfan Bakti

Bekas jurulatih Kuching City FC, Irfan Bakti Abu Salim menyifatkan keputusannya meninggalkan pasukan itu didorong oleh prinsipnya sebagai seorang jurulatih. Ini kerana bagi beliau, tidak molek bagi seseorang jurulatih kekal melatih pasukan sehingga tamat tatkala prestasi pasukan terus merudum. Jika prestasi pasukan masih tidak berubah, ia boleh saja memberi kesan buruk ke atas maruah dan […]
Kuching City Bakal Hilang Sentuhan Irfan Bakti?

Jurulatih Kuching City FC, Irfan Bakti dilaporkan telah menghantar surat perletakan jawatannya kepada pengurusan Il Gatto hari ini. Perkhabaran ini dikongsikan oleh wartawan Astro Arena, Fina Nasrom dan Zulhelmi Zainal Azam hari ini. Tindakan tersebut dibuat sebagai bertanggungjawab atas kemerosotan prestasi pasukan dalam Liga Super. Musim 2023 menyaksikan Il Gatto hanya menang sekali, seri tiga […]
Irfan Bakti: Saya Bertanggungjawab Atas Segala Yang Berlaku

Jurulatih Kuching City FC, Irfan Bakti kecewa dengan prestasi yang ditampilkan anak-anak buahnya selepas mereka tunduk 2-1 kepada Perak FC. Ini kerana walaupun sudah membuat beberapa perubahan termasuk memperkenalkan pemain import baru Pedro Henrique, Il Gatto masih gagal meraih kemenangan yang dicari-cari sejak Mac lepas. Justeru, bekas pengendali Terengganu FC itu akan mengadakan pertemuan dengan […]
Jurulatih Kuching City Ditimpa Kemalangan

Tatkala Kuching City dapat bernafas semula selepas meraih satu mata dengan KL City minggu lepas, pasukan itu menerima khabar duka hari ini. Ini selepas jurulatih mereka, Irfan Bakti Abu Salim ditimpa kemalangan jalan raya. Berdasarkan kenyataan rasmi Il Gatto, Irfan mengalami kemalangan jalan raya semasa dalam perjalanan pulang dari masjid. Ini mengakibatkan beliau mengalami kecederaan […]
Tewas Kepada JDT, Irfan Bakti Geram Dengan Tindakan Pemain Import Jepun

Kekalahan demi kekalahan dicatatkan pendatang baharu Liga Super 2023, Kuching City FC dan terkini, mereka telah mengalami kekalahan ke-9 musim ini selepas ditewaskan pendahulu liga, Johor Darul Ta’zim (JDT) dengan keputusan 0-4 di Stadium Negeri, semalam. Walaupun tugas yang agak mustahil untuk mencipta keputusan positif bertemu JDT, namun bagi pengendali Kuching City, Irfan Bakti beliau […]
Irfan Bakti Tak Mahu Tinggalkan Kuching City Terkapai-Kapai

Selepas sembilan perlawanan Liga Super, Kuching City kini menghuni kedudukan tiga tercorot dalam liga dengan kedudukan ke-12 dan empat mata. Di sebalik kedudukan Il Gatto yang genting itu, jurulatih Irfan Bakti tidak mahu meninggalkan pasukan itu terkapai-kapai. Sebelum ini, ramai terkejut dengan tindakan drastik beliau yang ingin melepaskan jawatannya sebagai pengendali Kuching City susulan siri […]
Pemilik Kuching City Tolak Hasrat Irfan Bakti Letak Jawatan

Jurulatih Kuching City, Irfan Bakti Abu Salim merasakan beliau perlu bertanggungjawab atas prestasi buruk pasukan itu dalam kempen Liga Super musim ini. Kelab itu tidak menang dalam lapan perlawanan terakhir liga, terbaru tewas 0-1 kepada Sri Pahang pada Selasa. Minggu lalu Kuching City dibelasah 0-4 oleh Penang dalam saingan Piala FA, sekaligus menyaksikan rekod tanpa […]
Irfan Bakti Mahu Jumpa Pengurusan Kuching City Secepat Mungkin

Kedudukan Kuching City semakin tersepit selepas tunduk 1-0 kepada Sri Pahang dalam perlawanan Liga Super di Stadium Negeri Kuching hari ini. Dan ini membuatkan jurulatih Irfan Bakti berpandangan satu tindakan drastik perlu diambil bagi mengekang kemerosotan pasukan daripada berterusan. Sejak mencatat kemenangan 2-1 ke atas Kelantan pada perlawanan pertama musim ini, Il Gatto berdepan kesukaran […]
Irfan Bakti ‘Terdiam’ Lihat Cara Kuching City Bermain

Ketua jurulatih Kuching City FC, Irfan Bakti terkejut dengan prestasi yang ditampilkan oleh para pemainnya setelah dibelasah teruk oleh Penang semalam. Aksi Piala FA itu menyaksikan Kuching turun di laman sendiri dalam misi untuk bangkit dan memperoleh keputusan positif. Namun begitu, perkara yang berlaku tidaklah seperti yang dirancang apabila mereka bolos 4 dan tidak dapat […]
Irfan Bakti Anggap Kekalahan Kuching City Memalukan

Ketua jurulatih Kuching City FC, Irfan Bakti Abdul Salim menyifatkan kekalahan yang menimpa pasukannya sebagai satu perkara yang amat memalukan. Beraksi di laman sendiri nyata tidak menjadi satu kelebihan yang diharapkan apabila mereka tumpas dengan kekalahan besar 0-5 kepada Selangor. Dua gol awal yang dijaringkan oleh anak didik Tan Cheng Hoe jelas membunuh semangat para […]
Irfan Bakti Tak Sangka Tewaskan Kelantan

Kejayaan Kuching City mengejutkan Kelantan FC dengan keputusan 2-1 semalam ternyata mengejutkan ramai pihak apatah lagi Kelantan beraksi di gelanggang sendiri. Selain itu, Kelantan juga merupakan naib juara Liga Premier musim lalu. Mengulas kemenangan mengejutkan yang diraih Kuching City, jurulatihnya, Irfan Bakti Abu Salim jelas sekali memuji anak-anak buahnya yang segera bangkit selepas melakukan kesilapan […]
Irfan Bakti Tidak Faham Kenapa MFL Buat Undian Awal

Jika Malaysian Football League (MFL) beranggapan kesemua pasukan ataupun jurulatih bersetuju dengan undian Piala Malaysia 2022 dibuat terlalu awal, mereka sebenarnya silap. Jurulatih-jurulatih berprofil tinggi seperti Tan Cheng Hoe, Zainal Abidin Hassan, Ong Kim Swee dan Rezal Zambery Yahya kesemuanya dilihat menyatakan bersetuju dengan MFL, tetapi pada akhirnya ada jurulatih tampil mempertikaikan keperluan undian untuk […]
Irfan Bakti Tak Mahu Nafuzi Zain ‘Diganggu’

Walaupun terdapat desas-desus mengenai status pengendali Terengganu FC, Nafuzi Zain, namun pengendali berusia 43 tahun itu kekal fokus memberikan segalanya buat pasukan gergasi pantai timur itu. Jika sebelum ini, Nafuzi Zain mengesahkan bahawa beliau tidak menerima sebarang tawaran dari Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM) untuk melatih pasukan bawah 23 tahun kebangsaan. Kini, timbul pula gosip perpindahan […]