Kelayakan Piala Asia B-17: Iraq Menang Selesa Atasi Palestin

Iraq meneruskan rentak cemerlang pada pusingan Kelayakan Piala Asia B-17 setelah mencatat kemenangan selesa dengan mengatasi Palestin pada Jumaat. Setelah cemerlang membelasah Chinese Taipe pada Rabu, Iraq turun berdepan Palestin yang berhasrat untuk bangkit meraih kemenangan selepas tumbang 0-3 di tangan Uzbekistan. Ini merupakan pertemuan pertama Iraq dan Palestin bertemu dalam kejohanan peringkat umur bawah […]

Korea Selatan Lebur Rekod Tanpa Kalah Iraq

Korea Selatan berjaya menewaskan Iraq dalam aksi Kelayakan Piala Dunia 2026 pusingan ketiga dalam perlawanan yang berlangsung di Stadium Yongin Mireu, Korea. Babak pertama perlawanan memihat kepada pasukan tuan rumah selepas Korea Selatan mendahului satu jaringan dihadapan. Gol pembukaan perlawanan itu dijaringkan Se-hun Oh pada minit ke-41 apabila memanfaatkan hantaran daripada Jun Ho Bae untuk […]

Iraq Berhempas Pulas Sebelum Atasi Palestin

Iraq berjaya mengekalkan rekod tanpa kalah dalam pusingan ketiga Kelayakan Piala Dunia FIFA selepas berjaya mengatasi Palestin dalam aksi sengit yang berlangsung pada awal pagi Jumaat. Kedua-dua pasukan menurunkan skuad terkuat bagi mendapatkan mata maksimum dalam perlawanan dengan Iraq mempertaruhkan penyerang berbisa iaitu Aymen Hussein manakala Palestin pula menyenaraikan Oday Dabagh sebagai peledak utama. Perlawanan […]

Kelayakan Piala Asia B-20: Iraq Tamatkan Cabaran Filipina

Skuad Iraq Bawah 20 Tahun (B-20) terpaksa bekerja keras sebelum menewaskam Filipina dalam aksi kedua Kumpulan H. Selepas membelasah Brunei 15-0 pada 25 September lalu, Iraq ghairah memburu kemenangan kedua kumpulan. Manakala Filipina memburu kemenangan untuk menghidupkan harapan layak ke Piala Asia B-20 2025 selepas tewas 5-0 kepada Thailand. Malangnya, kebangkitan yang diharap jurulatih Filipina, […]

Kelayakan Piala Asia B-20: Iraq ‘Ratah’ Brunei 15-0

Skuad Iraq Bawah 20 Tahun (B-20) meraih kemenangan terbesar dalam pusingan kelayakan Piala Asia B-20 2025 dengan membelasah Brunei 15-0. Kemenangan ini sekaligus mengatasi rekod yang dicipta Emiriah Arab Bersatu (UAE) dalam Kumpulan C. Pasukan Asia Barat itu turut berpesta gol dengan membelasah Kepulauan Mariana Utara 13-0 pada 23 September lalu. Iraq membuka pesta gol […]

Maruah Iraq Dirobek Pasukan Ke-136 Dunia

Maruah jaguh Asia, Iraq telah dicalarkan oleh pasukan ke-136 dunia. Aksi pusingan ketiga Kelayakan Piala Dunia 2026 menyaksikan satu lagi kejutan berlaku pada perlawanan kedua. Iraq dipaksa bekerja keras namun tidak mampu untuk melakar kemenangan berdepan Kuwait. Perlawanan pada babak pertama berlangsung baik dengan kedua-dua pasukan saling bertukar serangan balas pantas. Jentera serangan yang diketuai […]

Sukan Olimpik: Maghribi Mengamuk, Musnahkan Impian Suku Akhir Iraq

Aksi ketiga kumpulan B Sukan Olimpik Paris menyaksikan Maghribi catat kemenangan besar ke atas wakil Asia iaitu Iraq di Nice. Maghribi dan Iraq turun dengan misi yang sama untuk melayakkan diri ke peringkat kalah mati setelah masing-masing merekodkan 1 kemenangan dan 1 kekalahan dalam aksi lalu. Kesebelasan utama Maghribi diketuai oleh bek kanan PSG, Achraf […]

Sukan Olimpik: Argentina Bangkit Tewaskan Iraq

Skuad Argentina menghidupkan peluang layak ke suku akhir Sukan Olimpik 2024 apabila menewaskan wakil Asia Barat, Iraq. Selepas tewas 2-1 kepada Maghribi dalam aksi pertama Kumpulan B, La Albiceleste wajib menang ke atas Iraq jika ingin layak ke suku akhir. Sementara Iraq pula menyimpan hajat ke pusingan seterusnya selepas menewaskan Ukraine 2-1. Bek tengah veteran, […]

Perbezaan Cuaca Punca Vietnam Bekerja Dua Kali Ganda Di Iraq

Ketua jurulatih Vietnam, Kim Sang Sik menganggap beraksi di Iraq membuatkan barisan pemainnya terpaksa bekerja dua kali ganda.  Vietnam tewas kepada Iraq dengan keputusan 1-3 sekaligus tidak berjaya layak ke pusingan seterusnya.  Bagaimanapun, Kim Sang Sik memuji semangat juang pasukannya yang sentiasa menunjukkan kesungguhan di atas padang.  “Pemain Vietnam benar-benar bersaing untuk mencari kemenangan. Mereka […]

Iraq Kekal Rekod Kebal Tundukkan Vietnam

Iraq mengesahkan kemaraan ke pusingan ketiga Kelayakan Piala Dunia 2026 sebagai juara Kumpulan F dengan menewaskan Vietnam di Basra. Dengan Indonesia sah mengiringi Iraq ke pusingan seterusnya, peluang Vietnam untuk layak kini sudah tertutup. Iraq yang dibimbing Jesus Casas menurunkan barisan mantap diketuai bintang muda Air Force Club, Ali Jasim. Sementara Vietnam yang dibimbing Kim […]

Kawalan Tentera Iringi Vietnam Di Iraq

Skuad kebangsaan Vietnam telah dikawal ketat sejak tiba di Iraq bagi perlawanan terakhir Kumpulan F Kelayakan Piala Dunia 2026/Piala Asia 2027 menentang Iraq yang pada 12 Jun ini. Dalam satu perkongsian oleh Asean Football, pasukan Vietnam telah dikawal oleh pihak ketenteraan Iraq dengan satu foto memperlihatkan kenderaan tentera Iraq mengiringi bas yang membawa pemain dan […]

Asnawi Mangkualam Kritik Keadaan Padang Stadium Gelora Bung Karno

Pertahanan Indonesia, Asnawi Mangkualam mengkritik keadaan padang Stadium Gelora Bung Karno (SUGBK) selepas tewas kepada Iraq hari ini. Beliau mengharapkan keadaan padang perlu berada dalam tahap terbaik seperti yang dimaklumkan kepada mereka sebelum ini. Indonesia terpaksa akur tewas di laman sendiri dengan keputusan 0-2 ke atas Iraq selepas beraksi dengan 10 pemain sahaja. Asnawi Mangkualam […]

Penyokong Indonesia Hanya Mampu Geleng Kepala Lihat Ernardo Ari

Perjuangan hebat Indonesia akhirnya berakhir menentang Iraq apabila tewas dengan keputusan 2-0. Pasukan kendalian Shin Tae-yong beraksi cemerlang pada babak pertama apabila berjaya menamatkan saingan dengan keputusan 0-0. Babak kedua ternyata tidak memihak kepada Sang Garuda apabila satu demi satu kesilapan dilakukan oleh barisan pertahanan Indonesia. Semuanya bermula apabila Justin Hubner memberikan sepakan penalti kepada […]

Ali Jasim Jadi Dalang Kekalahan Indonesia Kepada Iraq

Iraq terus memperkukuh kedudukan dalam Kumpulan F Kelayakan Piala Dunia 2026 apabila menewaskan Indonesia 2-0 di Stadium Gelora Bung Karno. Selepas mengesahkan kemaraan ke pusingan ketiga kelayakan, Iraq turun tanpa tekanan. Sementara Indonesia pula perlu menang agar dapat mengiringi Singa Mesopotamia ke pusingan seterusnya. Pengendali Iraq, Jesus Casas menurunkan barisan terkuat termasuk bekas bintang muda […]

Jordi Amat Hukum Indonesia Dengan Kad Merah, Penalti Iraq Terbang Ke Bulan

Pertahanan tengah Indonesia, Jordi Amat menghukum pasukan dengan kad merah yang diterimanya pada aksi menentang Iraq. Pasukan bimbingan Shin Tae-yong terdesak untuk mencari kemenangan berdepan lawan yang kini terlalu handal dalam saingan kumpulan. Usaha itu berdepan situasi sukar apabila pada awalnya pertahanan muda, Justin Hubner melakukan kesilapan apabila bola terkena tangan dan memberikan lawan sepakan […]

Siaran Langsung Kelayakan Piala Dunia: Indonesia vs Iraq (Live Streaming)

Pasukan kebangsaan Indonesia berdepan laluan mencabar apabila bakal berdepan Iraq bagi aksi kelima Kelayakan Piala Dunia 2026. Skuad kendalian Shin Tae-yong dalam momentum cemerlang apabila menundukkan Vietnam dalam dua pertemuan terakhir. Iraq pula kini mendahului carta Kumpulan F dengan 12 mata selepas mengekalkan rekod bersih 4 kemenangan. Menurut Tae-yong, beliau berharap anak buahnya percaya dengan […]