Pemenang Emas Indonesia Diberikan Ganjaran 6 Bilion

Pemenang pingat emas Olimpik 2024 dari Indonesia bakal menerima ganjaran lumayan berjumlah Rp6 bilion (RM1.7 juta). Perkara ini dikongsikan sendiri oleh Presiden Indonesia, Joko Widodo atau Jokowi. Ini sebagai tanda penghargaan usaha keras atlet Indonesia untuk meraih pingat emas untuk negara itu. Bonus yang diterima kali ini lebih banyak berbanding ganjaran untuk edisi Tokyo 2020. […]
Ronaldo K. Jadi Milik Muangthong United

Muangthong United terus memperkuat cabaran pasukan itu untuk kempen 2024/25 dengan membawa masuk bintang muda Indonesia, Ronaldo Kwateh. Sebelum ini, nama Ronaldo menjadi sebutan ramai penyokong Indonesia apabila memilih untuk berkelana ke Eropah pada usia 18 tahun. Ini selepas bekas pemain sayap Madura United itu menerima tawaran kelab Super Lig (divisyen bola sepak utama Turkiye), […]
Peluang Malaysia Pintas Indonesia Terbuka Luas

Peluang Malaysia untuk memintas kedudukan Indonesia kini terbuka luas. Ketua Jurulatih Harimau Malaya, Pau Marti Vicente bakal menempuh ujian pertamanya selepas pemergian Ketua Jurulatih, Kim Pan-gon. Bekas pembantu jurulatih Barcelona B itu bakal membawa cabaran negara bagi aksi Pestabola Merdeka 2024 di Stadium Nasional Bukit Jalil. Peluang ini sudah pasti mahu dimanfaatkan sebaik mungkin terutamanya […]
Ronaldo Sertai Muangthong United?

Ronaldo Kwateh dilaporkan bakal menyertai kelab Thai League 1, Muangthong United. Perkara itu dilaporkan oleh wartawan Thailand, Ta Lao yang memberi bayangan awal bahawa pemain kebangsaan Indonesia itu bakal mencuba haluan baru. Pemain berusia 19 tahun ini kini beraksi buat kelab Turkiye, Bodrum FK namun mula dikaitkan dengan kepulangan ke Asia Tenggara. Tonggak kelahiran Yogjakarta […]
Indonesia Muncul Juara Piala AFF B-19

Aksi final Piala AFF B-19 2024 melibatkan pertembungan antara pasukan Indonesia dan Thailand. Indonesia diangkat sebagai juara selepas menewaskan Thailand dengan keputusan 1-0. Separuh masa pertama perlawanan bermula dengan Indonesia membuka tirai jaringan pada minit ke-17 permainan. Penyerang naturalisasi Indonesia, Jens Raven memanfaatkan hantaran daripada Kafiatur Rizky untuk gol pertama pasukan. Jaringan terhasil bermula daripada […]
Siaran Langsung AFF B-19: Thailand vs Indonesia (Live Streaming)

Aksi final Piala AFF B-19 melibatkan pertembungan antara Thailand dan Indonesia. Sang Garuda mencatatkan kemenangan tipis ke atas Malaysia B-19 dengan keputusan 1-0 sementara Thailand juga mengatasi Australia B-19 dengan jaringan sama. Semangat beraksi di laman sendiri sudah pasti mahu dimanfaatkan oleh Indonesia B-19 dalam misi menjulang kejuaraan besar ini. Thailand pula tidak mahu mempersiakan […]
Hafizh Syahrin Kembali Cemerlang Di Indonesia

Pelumba JDT Racing Team, Hafizh Syahrin Abdullah kembali bangkit dengan meraih podium dalam perlumbaan kedua Asia Road Racing Championship (ARRC) 2024 di Mandalika, Indonesia. Selepas kecewa hanya meraih tempat ketujuh dalam perlumbaan pertama Asian Superbike 1000 (ASB1000) pada 27 Julai lalu, pelumba negara itu berazam untuk bangkit. Antara perubahan yang dilakukan JDT Racing Team untuk […]
Indonesia Ke Final, Singkirkan Skuad Muda Malaysia

Indonesia melangkah ke final selepas berjaya menyingkirkan skuad muda Malaysia. Pasukan bimbingan Juan Torres turun dengan momentum terbaik tanpa sebarang kekalahan pada peringkat kumpulan. Usaha mencari jaringan bermula seawal minit pertama dengan skuad muda negara mendominasi sebahagian besar perlawanan. Tekanan yang diberikan kepada pasukan bimbingan Indra Sjafri hampir membuahkan hasil namun percubaan Naim Zainudin berjaya […]
Malaysia Sedia Hadapi Cabaran Indonesia

Pengendali Malaysia Bawah 19 Tahun (B-19), Juan Torres Garrido melihat anak buahnya bersedia menghadapi cabaran negara serumpun, Indonesia. Malaysia layak ke separuh akhir selaku juara Kumpulan C Kejuaraan ASEAN B-19 2024. Kejayaan ini dicapai meskipun skuad negara diikat 1-1 oleh Thailand dalam aksi terakhir kumpulan pada 25 Julai lalu. Ini disebabkan Harimau Muda telah merekodkan […]
Siaran Langsung AFF B-19: Indonesia vs Malaysia (Live Streaming)

Aksi separuh akhir kempen Piala AFF B-19 bakal melibatkan pertembungan antara pasukan Indonesia dan Malaysia. Pengendali skuad B-19 tahun negara, Juan Torres Garrido dalam sidang media pra-perlawanan yakin dengan kemampuan para pemain biarpun sedar dengan kebolehan serta kelebihan yang dimiliki kem garuda ketika ini. Beliau anggap ujian sebenar buat skuad kendaliannya adalah ketika bertemu Indonesia […]
Indonesia Pantau 3 Pemain Muda Malaysia

Pakar meminta agar Indonesia memantau kudrat 3 pemain Malaysia B-19. Aksi getir menanti penyokong rantau ini apabila skuad muda Sang Garuda bakal berdepan anak didik Juan Torres pada aksi separuh akhir Kejuaraan Asean B-19. Indonesia muncul juara Kumpulan A manakala Malaysia B-19 turut cemerlang dalam Kumpulan C dengan 7 mata daripada 3 perlawanan. Pemerhati bola […]
Indonesia Buat ‘Kelas Tambahan’ Berdepan Malaysia

Bagi mempersiapkan pasukan sebelum turun bertemu Malaysia, skuad B-19 tahun Indonesia mengadakan satu sesi tambahan bagi memperkuat mental para pemain. Malaysia dan Indonesia akan berentap di pentas separuh akhir Kejuaraan Asean B-19 2024 di Stadium Gelora Bung Tomo hari ini. Dalam satu video yang dimuat naik di laman media sosial rasmi Timnas Indonesia, skuad kendalian […]
Tiket Aksi Indonesia B-19 & Malaysia Dijual RM14, Dijangka Penuh Satu Stadium

Aksi separuh akhir Kejuaraan ASEAN Bawah 19 Tahun (B-19) 2024 membabitkan tuan rumah, Indonesia dan Malaysia dijangka menjadi tumpuan ramai. Kedua-dua pasukan serumpun Nusantara itu berjaya layak ke separuh akhir selepas muncul juara kumpulan masing-masing. Indonesia muncul juara Kumpulan A selepas merekodkan tiga kemenangan berturut-turut. Sementara Malaysia muncul juara Kumpulan C menerusi kelebihan jaringan meskipun […]
“Australia & Indonesia Sudah Kuat, Bukan Seperti Dulu”

Pengurus pasukan Malaysia B-19, Mohd Joehari Mohd Ayub menganggap skuad muda Australia dan Indonesia sekarang ini tidak sama seperti dulu. Beliau tidak mahu pemain muda Malaysia memandang rendah kemampuan pasukan lain biarpun membawa gelaran sebagai juara bertahan bagi Kejuaraan Asean B-19. Joehari berkata sedemikian ketika sidang media pra-perlawanan antara Malaysia dan Indonesia yang dijadualkan berlangsung […]
Aksi Idaman Indonesia & Skuad Muda Malaysia Di Separuh Akhir

Aksi idaman antara Indonesia dan skuad muda Malaysia bakal berlaku bagi aksi separuh akhir Piala AFF B-19. Skuad kendalian Juan Torres Garrido mempamerkan kebangkitan memukau untuk mengikat Thailand dengan keputusan 1-1. Hal ini memastikan skuad muda negara selaku juara bertahan edisi lalu berjaya melangkah ke separuh akhir buat kali ke-5 berturut-turut. Skuad muda negara merakamkan […]
Keraian Pemain Muda Malaysia Di Indonesia Buat Ramai Sebak

Pemain skuad bawah 19 tahun Malaysia, Danish Hakimi membuatkan ramai sebak selepas beliau meraikan jaringan menentang Brunei dalam aksi sulung saingan Kumpulan C Piala AFF Bawah 19 Tahun di Indonesia. Dalam aksi tersebut, Danish Hakimi meledak pada minit ke-25 perlawanan yang mana ianya merupakan jaringan keempat buat skuad kendalian Juan Torres Garrido itu. Malaysia mengakhiri […]