Indonesia ‘Dibantai’ Libya Sekali Lagi

Hasrat Indonesia untuk membalas dendam terhadap Libya tidak menjadi kenyataan apabila sekali lagi tewas dalam aksi persahabatan sebentar tadi. Indonesia yang menurunkan barisan terkuat berjaya di hadapan seawal minit ke-6 perlawanan melalui penyudah Yakob Sayuri yang menyudahkan hantaran Ivan Jenner. Tersentak dengan jaringan itu, Libya menggandakan asakan untuk mencari gol penyamaan. Kegembiraan Indonesia hanya bertahan […]

Shin Tae-yong Bawa 7 Pemain Kelas Eropah Di Piala Asia

Kemunculan Indonesia yang dibimbing jurulatih Korea Selatan, Shin Tae-yong di Piala Asia 2023 bakal bawa aura berbeza. Ini kerana daripada 26 pemain yang diumumkan Persatuan Sepakbola Seluruh Indonesia (PSSI) semalam, tujuh daripadanya beraksi di Eropah. Mereka ialah Sandy Walsh (KV Mechelen), Shayne Pattynama (Viking FK), Elkan Baggott (Ipswich Town), Justin Hubner (Wolverhampton Wanderers), Marselino Ferdinan […]

Indonesia & Thailand Alami Nasib Serupa Ke Piala Asia

Indonesia dan Thailand menghadapi ujian yang cukup hebat sebelum melangkah ke pentas Piala Asia yang bakal berlangsung tidak lama lagi. Sang Garuda berada dalam momentum yang kurang baik sementara Thailand kini masih dalam fasa penyesuaian dengan falsafah yang diterapkan oleh ketua jurulatih baharu, Masatada Ishii. Indonesia kini menghuni tangga ke-146 dunia menerima tamparan hebat apabila […]

Netizen Indonesia ‘Serang’ Jordi Amat & Justin Hubner

Dua pertahanan tengah Indonesia, Jordi Amat dan Justin Hubner diserang oleh netizen Indonesia susulan aksi longlai ketika bertemu Libya semalam. Kedua-dua pemain warisan ini dimasukkan pada separuh kedua setelah ketinggalan 1-0 kepada pasukan ke-120 dunia pada babak pertama. Hasrat untuk melakar kebangkitan bagaimanapun terhalang apabila Libya meledak tiga gol lagi untuk melengkapkan kemenangan 4-0 berdepan […]

Kesilapan Justin Hubner Lawan Libya Bawa Padah

Bek tengah muda Indonesia, Justin Hubner pasti tidak akan melupakan perlawanan pertamanya untuk satu tempoh yang lama. Ini disebabkan dua kesilapan beliau membantu Libya membelasah Indonesia 4-0 dalam aksi pemanas badan pertama pra-Piala Asia semalam. Percubaan Hubner membuat hantaran pendek dihukum The Knights of Mediterranean pada minit ke-58 menerusi pemain tengah Omar Al Khouja. Lebih […]

Shin Tae-yong Bongkar Corak Latihan Unik Indonesia

Indonesia semakin bersedia untuk menghadapi kempen Piala Asia 2023 Qatar melalui latihan berintensiti tinggi di bawah kendalian Shin Tae-yong. Jurulatih dari Korea Selatan itu memberi bayangan bahawa para pemain Indonesia akan merasai tekanan dan kepenatan sebelum mereka berangkat ke Qatar. Skuad kebangsaan Indonesia kini sedang berkampung di Turki untuk latihan pusat selain menghadapi beberapa perlawanan […]

Libya Waspada Dengan Cabaran Indonesia

Biarpun memegang status sebagai pasukan berkedudukan ke-120 dunia, jurulatih Libya, Milutin Sredojevic tidak akan memandang rendah cabaran Indonesia. Pasukan dari Afrika Utara itu merupakan lawan Tim Garuda untuk dua aksi pemanas badan pra-Piala Asia. Sredojevic melihat dua aksi persahabatan itu penting kerana ini bukan saja peluang untuk beliau menguji keserasian dan keupayaan pemain Libya yang […]

Media Indonesia Ramal Pemain Chelsea, Ian Maatsen Jadi Bintang Warisan Terbaru

Sejak beberapa tahun lepas, Persatuan Sepakbola Seluruh Indonesia (PSSI) giat mengenalpasti pemain berstatus warisan bagi memperkuat skuad kebangsaan mereka. Antara pemain berstatus warisan yang kini menjadi tonggak Tim Garuda ialah Jordi Amat, Elkan Baggott, Shayne Pattynama dan Sandy Walsh. Satu nama yang berpotensi mewakili Indonesia sebagai pemain warisan ialah bek kiri muda Chelsea, Ian Maatsen. […]

Misteri Ketiadaan Jordi Amat Di Kem Indonesia Terjawab

Indonesia telah menyenaraikan barisan pemain terbaik menjelang kempen Piala Asia 2023 di Qatar bulan hadapan. Antara pemain bintang yang turut tersenarai adalah pertahanan Johor Darul Ta’zim (JDT), Jordi Amat. Hampir kesemua pemain yang dipanggil ke kem latihan di Turki telah melaporkan diri dan memulakan latihan di bawah kendalian jurulatih, Shin Tae-yong. Para penyokong Indonesia walau […]

Vietnam Bawa ‘Jackie Chan’ Hadapi Indonesia?

Vietnam telah mengumumkan 34 pemain yang dipanggil ke kem latihan skuad kebangsaan dengan 26 pemain terakhir akan diumumkan untuk dibawa ke Piala Asia 2023 bulan hadapan. Antara nama-nama besar yang dipanggil oleh jurulatih Vietnam, Philippe Troussier adalah Nguyen Quang Hai, Nguyen Tien Linh dan penjaga gol kacukan Vietnam-Republik Czech, Filip Nguyen. Daripada 34 nama yang […]

Dua Pemain Indonesia Buat ‘Hal’, Shin Tae-yong Berang

Ketua Jurulatih skuad kebangsaan Indonesia, Shin Tae-yong naik berang selepas dua pemain muda Indonesia dikesan tidak menjaga pemakanan ketika berada di dalam kem kebangsaan. Kedua-dua pemain itu telah pun ditegur Tae-yong selepas dikesan telah makan mi segera di bilik hotel penginapan mereka di Turki. Melalui satu hantaran di Makanbola Indonesia, pembantu jurulatih, Nova Arianto mengesahkan […]

Bojan Hodak: Indonesia Ada Ramai Bakat, Tapi Dah Terlambat

Ketua jurulatih Persib Bandung, Bojan Hodak mengakui Indonesia sememangnya miliki kualiti pemain-pemain muda yang berbakat. Namun pengendali dari Croatia itu menganggap pembangunan bola sepak akar umbi di Indonesia masih kurang dan ia sedikit sebanyak telah merencatkan potensi bagi melahirkan bakat muda. “Saya beritahu anda, di Indonesia terdapat ramai pemain bola sepak yang berbakat tetapi ia […]

Ranking Futsal FIFA: Myanmar Pintas Malaysia, Indonesia Terus Merudum

Ranking Futsal FIFA: Malaysia mengalami penurunan dua tangga ketika ini sementara Indonesia turut merudum ke tangga 42 dunia. Malaysia mengharungi tempoh yang cukup sukar selepas tidak memperagakan persembahan sebenar pada aksi Kelayakan Piala Asia 2023 tempoh hari. Bertemu Iraq dan Uzbekistan, anak didik Rakphol Sainetngam tewas kedua-dua akai tersebut sekaligus menutup peluang untuk mara. Kemenangan […]

Indonesia Jadi Pasukan Terawal Turun Latihan Demi Piala Asia

Indonesia dilihat benar-benar serius untuk mencipta kejutan dalam kempen Piala Asia 2023 Qatar bulan hadapan apabila salah satu pasukan terawal yang memulakan latihan. Perkara tersebut telah dikongsikan oleh Asean Football dalam satu hantaran di laman X yang menyaksikan beberapa foto pemain Indonesia yang sedang menjalani latihan turut dimuat naik. Seramai 29 pemain yang dipilih jurulatih, […]

Shin Tae-yong Yakin Indonesia Mampu Layak Ke Pusingan 16 Terbaik Piala Asia

Pasukan kebangsaan Indonesia kendalian Shin Tae-yong telah mensasarkan untuk layak ke pusingan 16 terakhir di Piala Asia 2023 Qatar bulan hadapan. Perkara tersebut telah dikongsikan sendiri oleh jurulatih berasal dari Korea Selatan itu seperti yang dilaporkan Persatuan Sepakbola Seluruh Indonesia (PSSI). “Persiapan kita (adalah untuk) 16 terakhir.  Untuk itu saya dan seluruh pemain akan berusaha […]

Jordi Amat Ketuai Skuad Terkuat Indonesia Ke Piala Asia

Persatuan Sepak Bola Seluruh Indonesia (PSSI) telah mengumumkan 29 pemain yang terpilih untuk membawa cabaran Indonesia ke Piala Asia 2023 Qatar bulan depan. Antara pemain bintang yang dipanggil oleh jurulatih Shin Tae-yong adalah pemain Johor Darul Ta’zim (JDT), Jordi Amat, sayap lincah Sabah FC, Saddil Ramdani dan pertahanan Ipswich Town, Elkan Baggott. Daripada 29 pemain […]