Arab Saudi Minta Bantuan Indonesia

Kejayaan yang diraih oleh negara jiran, Indonesia dalam bidang sukan menarik minat Arab Saudi bagi meminta pertolongan. Menerusi satu hantaran oleh Menteri Belia dan Sukan Indonesia, Ario Bimo Nandito Aritedji menyaksikan pertemuan beliau bersama wakil Menteri Belia dan Sukan Arab Saudi, Bader bin Abdul Rahman Al-Qadi. Perjumpaan yang diadakan di Riyadh, Arab Saudi ini merupakan […]

Arab Saudi Sokong Indonesia Jadi Tuan Rumah Piala Dunia B-20

Kuasa bola sepak Asia, Arab Saudi sedia memberi sokongan kepada Indonesia untuk menjadi tuan rumah Piala Dunia Bawah 20 Tahun (B-20). Perkara ini dinyatakan sendiri Menteri Belia dan Sukan Indonesia, Dito Ariotedjo selepas mengadakan pertemuan dengan Menteri Belia dan Sukan Arab Saudi, Bader bin Abdul Rahman Al-Qadi hari ini. Pertemuan hari ini merupakan sebahagian daripada […]

Cristiano Ronaldo Bakal Beraksi Di Indonesia?

Indonesia merancang untuk membawa pemain terkemuka dunia, Cristiano Ronaldo untuk beraksi di Indonesia. Perbincangan utama antara delegasi Indonesia dan pihak Al-Nassr menjurus kepada bakat muda Sang Garuda yang mahu dihantar untuk mengembangkan bakat di Arab Saudi bersama kelab tersebut. Pasukan gergasi Asia itu menjadi antara kelab contoh di rantau ini tatkala pelbagai kejayaan telah dikecapi […]

Syihan Hazmi Ada Pencabar Baru Di Asia Tenggara

Penjaga gol Malaysia, Ahmad Syihan Hazmi memiliki pencabar baharu di Asia Tenggara. Pemain berusia 28 tahun itu menjadi watak utama buat Harimau Malaya sejak tiga tahun kebelakangan ini termasuklah ketika aksi di Piala Asia 2023. Beliau juga merupakan antara penjaga gawang paling konsisten sejak era Kim Pan-gon tatkala negara-negara ASEAN yang lain sering memainkan watak […]

Shin Tae-yong: Indonesia Masih Berpeluang Ke Sukan Olimpik

Jurulatih skuad Indonesia Bawah 23 Tahun (B-23), Shin Tae-yong melihat pasukan itu masih berpeluang melayakkan diri ke Sukan Olimpik 2024 di Paris, Perancis. Indonesia turun menentang Uzbekistan dalam aksi separuh akhir Piala Asia B-23 2024 dengan misi memburu kemenangan. Ini kerana mana-mana pasukan yang meraih kemenangan di peringkat separuh akhir bakal mengisi dua slot automatik […]

Netizen Indonesia Puji Kualiti Pengulas Malaysia, Aiman Roshizam

Nama pengulas terkenal Malaysia, Aiman Roshizam mula menjadi buah mulut para peminat bola sepak khususnya daripada Indonesia. Aiman yang ditugaskan untuk mengulas aksi peringkat kumpulan Piala Asia Bawah 23 tahun di antara Indonesia dan Australia minggu lalu menerima maklum balas yang positif daripada para peminat Indonesia mengenai kualiti pengulasan beliau. Menerusi satu hantaran di portal […]

Siaran Langsung AFC U-23 Asian Cup: Indonesia vs Uzbekistan (Live Streming)

Aksi AFC U-23 Asian Cup antara pasukan Indonesia dan juga Uzbekistan mencuri tumpuan. Perlawanan yang berlangsung di Stadium Abdullah bin Khalifa itu menyaksikan pasukan kendalian Shin Tae-yong dalam momentum terbaik untuk melangkah ke final. Sang Garuda melakukan kejutan besar apabila menewaskan jaguh Asia, Korea Selatan menerusi penentuan sepakan penalti. Uzbekistan mara ke separuh akhir sebagai […]

Indonesia Tempang Tanpa Rafael Struick

Skuad Indonesia Bawah 23 Tahun (B-23) terpaksa mengharungi aksi separuh akhir Piala Asia B-23 2024 tanpa khidmat peledak utama, Rafael Struick. Struick tidak dapat diturunkan dalam aksi menentang Uzbekistan kerana perlu menjalani penggantungan satu perlawanan. Keadaan ini berlaku selepas beliau memiliki dua kad kuning sepanjang kejohanan. Struick sebelum ini mengutip kad kuning semasa menentang Jordan […]

Korea Selatan Minta Maaf, Gagal Ke Olimpik Kerana Indonesia

Persatuan Bola Sepak Korea Selatan (KFA) membuat permohonan maaf ekoran kegagalan skuad Bawah 23 Tahun (B-23) negara itu layak ke Sukan Olimpik 2024 di Paris, Perancis. Pahlawan Taeguk gagal layak selepas tunduk kepada Indonesia menerusi penentuan sepakan penalti di peringkat suku akhir Piala Asia B-23 2024. Kekalahan ini turut menyaksikan Korea Selatan gagal layak buat […]

Penyokong Korea Berang, Halau Shin Tae-yong Selepas Kemenangan Indonesia

Kejayaan Indonesia menewaskan Korea Selatan dalam aksi suku akhir Piala Asia Bawah 23 Tahun (B-23) 2024 semalam membuatkan ramai penyokong Korea marah. Ini kerana kejayaan Tim Garuda itu memastikan Pahlawan Taeguk gagal layak ke Sukan Olimpik buat kali pertama dalam sejarah bola sepak negara itu. Hal ini tidak dibantu dengan fakta Tim Garuda layak ke […]

Indonesia Dominasi Perlawanan Tewaskan Korea, Malaysia Wajar Contohi Jiran

Indonesia memberikan pengajaran berguna kepads Malaysia terutamanya apabila berjaya menundukkan jaguh Asia, Korea selatan semalam. Perlawanan AFC U-23 Asian Cup itu menyaksikan anak didik Shin Tae-yong melakar kejutan apabila mengheret aksi ke peringkat penentuan penalti sebelum kemenangan menjadi milik Sang Garuda. Statistik membuktikan segala cerita indah yang menyelebungi kejayaan Indonesia apabila mereka jelas mendominasi lawan […]

AFC U-23 Asian Cup: Magis Shin Tae-yong Bantu Indonesia Singkirkan Korea Selatan

Perjalanan indah Indonesia dalam kempen AFC U-23 Asian Cup bakal diteruskan lagi setelah mengejutkan Korea Selatan dalam aksi suku akhir yang penuh mendebarkan. Indonesia mengharungi kempen yang menakjubkan sepanjang penampilan pertama dalam kejohanan ini apabila mencipta sejarah mara ke pusingan suku akhir selaku naib juara kumpulan A. Bagi merealisasikan impian mara ke separuh akhir, Shin […]

Siaran Langsung AFC U-23 Asian Cup: Korea Selatan vs Indonesia (Live Streaming)

Aksi pusingan kalah mati AFC U-23 Asian Cup antara pasukan Korea Selatan dan Indonesia mencuri tumpuan peminat. Ketua jurulatih Korea Selatan. Hwang Sun-hong memberitahu bahawa pasukannya akan memberi tumpuan sepenuhnya untuk mara ke peringkat separuh akhir . Juara edisi 2020 itu memenangi ketiga-tiga perlawanan Kumpulan B mereka tanpa bolos untuk mara ke peringkat kalah mati. […]

Van Persie Bakal Latih Dua Bintang Indonesia

Bekas bintang Manchester United, Robbie Van Persie semakin hampir menyertai pasukan Liga Utama Belanda, SC Heerenven.  Perkara ini dikongsikan oleh media utama dari Belanda, hahaha AD.nl yang menyatakan bahwa Van Persie bakal menjadi jurulatih pasukan tersebut.  Van Persie berkemungkinan besar bakal melatih dua bintang Indonesia iaitu Nathan Tjoe-A-On dan Thom Haye.  Thom Haye, berumur 29 […]

Rakyat Indonesia Berganding Bahu Demi Witan Sulaeman

Rakyat Indonesia sedang berganding bahu dalam memberikan undian kepada jaringan yang dihasilkan Witan Sulaeman ketika bertemu Jordan dalam perlawanan peringkat kumpulan Piala Asia Bawah 23 Tahun (B-23) tempoh hari. Jaringan menarik Witan itu disenaraikan sebagai salah satu jaringan terbaik bagi saingan peringkat kumpulan namun begitu untuk dinobatkan sebagai jaringan terbaik, undian adalah diperlukan. Sehingga artikel […]

Skuad Futsal JDT Berkelana Di Indonesia

Skuad futsal Johor Darul Ta’zim FC (JDT FC) memanfaatkan tempoh ketiadaan perlawanan Liga Premier Futsal Malaysia (MPFL) membabitkan pasukan itu dengan berkelana ke Indonesia. Ini selepas pasukan itu memuatnaik siri foto yang menunjukkan mereka berada di Indonesia di platfrom media sosial JDT Futsal. Pasukan yang dibimbing Juan Antonio Miguel Garcia memilih Indonesia sebagai persiapan untuk […]