Selangor Raih RM150 Ribu Di Indonesia

Kejayaan bergelar juara RCTI Premium Sports menyebabkan Selangor FC menerima hadiah kewangan berjumlah AS$30,000 (RM150,000). Ganjaran ini merupakan sebahagian hadiah yang diumumkan penganjur kejohanan, RCTI buat empat pasukan yang menyertai RCTI Premium Sports. Kejohanan yang berlangsung di Jakarta, Indonesia menyaksikan penyertaan dua kelab Liga Super, Selangor dan Sabah FC. Manakala Indonesia pula diwakili oleh dua […]
Amaran Awal Pengulas Indonesia Tentang Selangor Benar-Benar Terjadi

Amaran awal yang diberikan oleh pengulas Indonesia tentang kekuatan Selangor FC dalam kempen RCTI Premium Sports. The Red Giants berjaya menjulang trofi kedua di Indonesia selepas menundukkan jaguh serantau, Persija Jakarta dengan keputusan 1-0. Pasukan bimbingan Nidzam Jamil berjaya menjulang piala kedua dalam tempoh beberapa bulan selepas menjuarai Selangor Asia Challenge. Kedatangan Selangor di sana […]
Nidzam Jamil Akui Aksi Persahabatan Di Indonesia Beri Banyak Manfaat

Ketua jurulatih Selangor FC, Nidzam Jamil akui aksi persahabatan di Indonesia beri banyak manfaat. Selangor FC merangkul kejuaraan kedua bagi saingan RTCI Premium Sports menumpaskan Persija Jakarta. Jurulatih berusia 44 tahun ini gembira dengan prestasi yang ditampilkan oleh semua pemain kerana mengekalkan momentum kemenangan berterusan. “Kita fikir minit permainan untuk bermain, pemain yang tidak dapat […]
Erick Thohir Beri Amaran Keras Kepada Elkan Baggott

Presiden Persatuan Sepakbola Seluruh Indonesia (PSSI), Erick Thohir memberi amaran keras kepada Elkan Baggott untuk kekal komited bersama Indonesia. Isu antara Baggott dengan PSSI timbul apabila nama bek tengah Ipswich Town itu disisihkan oleh jurulatih Shin Tae-yong untuk dua aksi kelayakan Piala Dunia 2026 pada bulan ini. Apabila diminta menjelaskan sebab Baggott tidak dipanggil, jurulatih […]
Tanzania Buat Indonesia Hampa

Indonesia hampa apabila sekadar seri tanpa jaringan dengan pasukan ke-119 dunia, Tanzania dalam aksi persahabatan di Stadium Madya hari ini. Perlawanan ini dilihat aksi pemanas badan buat Indonesia dan Tanzania sebelum kedua-dua pasukan mengharungi aksi kelayakan Piala Dunia 2026 masing-masing. Kedua-dua pasukan menurunkan barisan terkuat dengan Indonesia diketuai pemain pertahanan Port, Asnawi Mangkualam. Manakala Tanzania […]
David Da Silva Rangkul Kasut Emas Di Indonesia

Bekas penyerang import Terengganu FC, David da Silva ceria bukan saja kerana membantu kelabnya, Persib Bandung muncul juara Liga 1 Indonesia musim 2023/24. Malah, penyerang Brazil berusia 34 tahun itu dinobatkan sebagai pemenang Kasut Emas musim ini selepas menyumbat 30 gol dalam 34 perlawanan. Da Silva menambah gol ke-30 dalam liga apabila membantu Pangeran Biru […]
Nidzam Jamil Impikan Seorang Pemain Indonesia Bersama Selangor

Pintu hati ketua jurulatih Selangor, Nidzam Jamil sentiasa terbuka jika pihak pengurusan Selangor mahu membawa masuk pemain Indonesia pada masa akan datang. Perkara tersebut diluahkan beliau ketika sesi sidang media selepas tamat perlawanan antara Selangor menentang Sabah dalam kejohanan RCTI Premium Sports di Jakarta. Rekod cemerlang yang ditonjolkan pemain-pemain Indonesia ketika menyarung jersi Selangor menjadi […]
Nidzam Jamil Sasar Kekal Momentum Cemerlang Di Indonesia

Pengendali Selangor FC, Nidzam Jamil berharap pasukan itu dapat tampil cemerlang dalam kejohanan RCTI Premium Sports yang bermula esok sehingga 2 Jun. Kejohanan RCTI Premium Sports merupakan kejohanan kelab antarabangsa empat penjuru membabitkan empat pasukan. Indonesia diwakili oleh dua kelab Liga 1, Persija Jakarta dan PSIS Semarang. Sementara Malaysia pula diwakili oleh dua pasukan Liga […]
Debut Bintang Indonesia Di Korea Hanya Bertahan 4 Minit

Bintang skuad kebangsaan Indonesia yang kini beraksi bersama Suwon FC, Pratama Arhan mengalami debut yang mengerikan di Korea Selatan apabila hanya sempat beraksi untuk tempoh empat minit sahaja. Arhan yang baru berhijrah dari kelab Jepun, Tokyo Verdy, dibawa masuk pada minit ke-76 ketika Suwon sedang berusaha mencari jaringan penyamaan selepas dibolosi di awal permainan dalam […]
Piala Dunia Sepak Takraw 2024: Info Siaran Langsung Malaysia vs Indonesia (Live Streaming)

Aksi separuh akhir Piala Dunia Sepak Takraw 2024 bagi acara berpasukan bakal menyaksikan pertembungan derbi nusantara di antara Malaysia dan Indonesia pada Sabtu. Malaysia memulakan saingan acara berpasukan ini dengan rekod bersih setelah menewaskan Brunei dan Jepun dalam aksi kumpulan C untuk muncul sebagai juara kumpulan ke saingan suku akhir. Pada perlawanan suku akhir pada […]
Justin Hubner: Anda Tak Boleh Buat Silap Jadi Pemain Indonesia

Bek tengah muda Indonesia, Justin Hubner mengakui menjadi pemain negara itu bukan mudah dan penuh dengan ranjau. Kenyataan ini timbul ekoran kritikan keras yang diterima bek tengah berusia 20 tahun itu baru-baru ini. Hubner bernasib malang apabila dilayangkan kad merah dalam perlawanan terbaru J. League Cup membabitkan kelabnya, Cerezo Osaka. Beliau dibuang padang selepas didapati […]
Media Indonesia Kaitkan Perpindahan Marselino Ferdinan Ke Kelantan DN

Media Indonesia telah mengaitkan perpindahan pemain muda, Merselino Ferdinan ke Kelantan Darul Naim. Pemain berusia 20 tahun itu merupakan tunjang utama buat skuad senior dan B-23 Indonesia terutamanya dalam kempen di Piala Asia tempoh hari. Beliau berjaya membantu skuad senior Sang Garuda layak ke pusingan kalah mati sementara memperoleh tempat ke-4 bagi edisi B-23 baru-baru […]
Como 1907, Pendatang Baru Serie A Rupa-Rupanya Milik Jutawan Indonesia

Pendatang baru Serie A musim 2024/2025, Como 1907 rupa-rupanya dimiliki oleh jutawan Indonesia sejak kelab tersebut dibeli pada tahun 2019 yang lalu. Como 1907 mencatatkan musim yang gemilang walaupun menamatkan saingan Serie B di tangga kedua liga apabila kembali ke pentas Serie A setelah 21 tahun. Como meraih 73 mata hasil 21 kemenangan, 10 seri […]
Indonesia Berpeluang Dapat Tiket Automatik Ke Olimpik

Indonesia berpotensi mendapat peluang layak beraksi dalam acara bola sepak Sukan Olimpik 2024 di Paris, Perancis. Sebelumnya, Tim Garuda terpaksa menelan kepahitan apabila pasukan itu tewas 1-0 kepada Guinea dalam aksi play-off penentuan slot kelayakan ke Sukan Olimpik beberapa minggu lalu. Kini, portal sukan Korea, Sports Chosun melaporkan Indonesia masih berpeluang untuk layak. Perkara ini […]
Asean Championship 2024: Malaysia Berdepan Thailand, Indonesia Hadapi Laluan Berliku

Asean Championship Mitshubishi Electric Cup 2024 menyaksikan Malaysia diundi berdepan Thailand sambil Indonesia menghadapi laluan berliku. Majlis Undian yang berlangsung di Hanoi, Vietnam pada 21 Mei 2024 itu menyaksikan debaran terasa bagi 10 pasukan yang mengambil bahagian. Juara bertahan, Thailand berada dalam Balang 1 bersama finalis tahun 2022, Vietnam manakala Malaysia dan Indonesia berada pada […]
Indonesia Ajak Thailand Berentap

Ahli Jawatankuasa Eksekutif Persatuan Sepakbola Seluruh Indonesia (PSSI), Sumardji mendedahkan Indonesia cuba mengatur aksi pemanas badan menentang Thailand. Perkara ini didedahkan beliau apabila ditemubual portal sukan Indonesia, Bolasport hari ini. Sebelum turun untuk dua baki aksi kelayakan Piala Dunia 2026 pada bulan hadapan, Tim Garuda inginkan satu aksi pemanas badan bagi membantu persiapan mereka. Pada […]