AFC Asian Cup: Gerakan Jalil Elias Bantu Syria Bedil India

AFC Asian Cup: Gerakan yang direncanakan oleh perancang tengah Syria, Jalil Elias membantu pasukannya untuk menewaskan India dengan keputusan 1-0. Perlawanan terakhir Kumpulan B menyaksikan Qasioun Eagles mahu meneruskan perjuangan untuk sekurang-kurangnya mara ke pusingan kalah mati di tempat ketiga terbaik. Babak pertama ternyata berkelebihan buat anak didik Hector Cuper apabila menguasai sebahagian besar permainan […]
AFC Asian Cup: 4 Pasukan Senasib Dengan Malaysia

Dengan peringkat kumpulan Piala Asia 2023 Qatar yang semakin lengkap, terdapat beberapa pasukan yang masih gagal menjaringkan gol termasuk Malaysia. Ianya agak berbeza buat China apabila mereka sah mengakhiri Kumpulan A dengan tanpa sebarang jaringan selepas tewas 0-1 kepada Qatar pada aksi terakhir kumpulan semalam. Selain Malaysia dan China, terdapat tiga lagi pasukan yang masih […]
AFC Asian Cup: Uzbekistan Tundukkan India

Uzbekistan berjaya menundukkan cabaran India untuk meraih tiga mata pertama dalam kumpulan B Piala Asia 2023. Uzbekistan yang bergelar Serigala Putih pula menagih ketajaman Igor Sergeev selaku penyerang utama manakala Jaloliddin Masharipov memakai lilitan kapten dalam perlawanan ini. India yang turut dikenali sebagai Harimau Biru masih mengekalkan khidmat penyerang veteran, Sunil Chhetri dalam kesebelasan utama […]
AFC Asian Cup: Australia Tewaskan India

Australia membuktikan status mereka sebagai pasukan keempat terbaik Asia dengan mengatasi cabaran wakil Asia Selatan, India dalam aksi pertama Kumpulan B hari ini. Ini penampilan kelima Piala Asia buat kedua-dua pasukan. The Blue Tigers ingin melakar pencapaian lebih baik selepas tersekat di peringkat kumpulan pada edisi 1984, 2011 dan 2019. Sementara The Socceroos pula ingin […]
Siaran Langsung AFC Asian Cup: Australia Vs India (Live Streaming)

Perlawanan pertama Kumpulan B, Australia berdepan cabaran awal dalam usaha merebut gelaran AFC Asian Cup kali kedua apabila bertemu India pada hari ini. Aksi kedua-dua pasukan bakal berlangsung di Stadium Ahmad Bin Ali Al Rayyan itu dijangka mendapat tumpuan ramai peminat bola sepak. Australia dilihat antara pasukan sukar dikalahkan kerana sebelum ini hanya kalah dua […]
Sunil Chhetri Dedah India Pantau Rapi Persiapan Australia

Sunil Chhetri mendedahkan India kini memantau rapi persiapan bekas juara Piala Asia 2015, Australia menjelang aksi pertama kumpulan B pada Sabtu ini. Menurut Sunil Chhetri, India telah mengkaji aksi persahabatan Australia dan kemampuan setiap pemain Australia. “Kami telah melihat perlawanan persahabatan menentang Palestin dan Bahrain, kami tahu pemain mereka bermain di liga mana dan kami […]
India Dan Malaysia Jadi Pasukan Terawal Tiba Di Qatar

Menjelang sepak mula Piala Asia 2023 yang dijadualkan bermula pada 13 Januari ini, beberapa pasukan sudah pun tiba di Qatar lebih awal untuk menjalani latihan dan menyesuaikan diri dengan keadaan cuaca di sana. Skuad kebangsaan India kendalian Igor Stimac merupakan pasukan pertama yang tiba di Qatar disusuli dua pasukan lain iaitu Arab Saudi dan Malaysia. […]
Koleksi Bas Setiap Negara Bertanding Di Piala Asia Bawa Keunikan Tersendiri

Kemeriahan Piala Asia 2023 di Qatar yang bakal bermula pada 12 Januari ini semakin terasa dengan ketibaan beberapa pasukan. Antara pasukan yang tiba awal di Doha, Qatar ialah Arab Saudi, India dan Malaysia. Ketiga-tiga pasukan tiba awal di negara Asia Barat itu untuk menyesuaikan diri sebelum kejohanan bermula. Apa yang menarik perhatian warga siber di […]
Uzbekistan Hilang Ayam Tambatan, Media India Anggap Satu Kelebihan

Uzbekistan menerima tamparan hebat menjelang Piala Asia 2023 Qatar bulan hadapan selepas ayam tambatan mereka, Eldor Shomurodov mengalami kecederaan. Kecederaan yang menimpa penyerang kelab Serie A Itali, Cagliari itu difahamkan telah memaksa namanya terpaksa diketepikan dan sekali gus terlepas untuk membantu Uzbekistan di Piala Asia. Disebalik kecederaan yang menimpa Shomurodov, media India, Khelnow menganggap ianya […]
Hoki Piala Dunia Remaja: Sepanyol Unggul Raih Tempat Ketiga Atasi India

Sepanyol mengakhiri kempen Hoki Piala Dunia Remaja 2023 di tempat ketiga setelah menumbangkan jaguh Asia, India dalam penentuan tempat ketiga dan tempat keempat. Kedua-dua pasukan yang kali terakhir bertemu di peringkat kumpulan minggu lalu menyaksikan Sepanyol membelasah India dengan jaringan 4-1 dan India semestinya mahu membalas dendam di atas kekalahan tersebut. Permainan seimbang dengan aksi […]
Hoki Piala Dunia Remaja: Jerman Tepati Ramalan Ke Final, Tundukkan Ego India

Jerman menepati ramalan untuk melayakkan diri ke pringkat akhir selepas menumbangkan jaguh Asia, India dalam aksi separuh akhir Hoki Piala Dunia Remaja 2023. India yang turun dengan misi mahu menebus kekecewaan setelah tumpas di separuh akhir pada edisi lalu dilihat lebih mendominasi permainan berbanding pasukan Jerman. Namun, Jerman terlebih dahulu memecah kebuntuan gol apabila Ben […]
Kelayakan Piala Dunia: Qatar Cemerlang Benam Cabaran India

Qatar terus dominan dalam Kumpulan A apabila mengatasi cabaran pasukan dari Asia Selatan, India dalam aksi kedua kumpulan hari ini. Kedua-dua pasukan turun dengan motivasi yang tinggi selepas masing-masing meraih kemenangan dalam aksi pertama kumpulan. The Maroons masih segar dengan kejayaan membelasah Afghanistan 8-1. Sementara The Blue Tigers pula berjaya mengejutkan Kuwait 1-0 pada minggu […]
Penyokong India Buatkan Kuwait Seperti Rumah Sendiri

India yang menghuni ranking ke-102 dunia baru-baru ini telah mengejutkan tuan rumah, Kuwait dengan keputusan 1-0 bagi aksi sulung mereka dalam Kelayakan Piala Dunia 2026. Penyerang Mohun Bagan, Manvir Singh menjadi wira mereka apabila berjaya meledak jaringan tunggal pada minit ke-75 permainan. Kemenangan itu menjadi lebih bermakna lagi apabila ianya diraikan oleh ribuan penyokong India […]
Perlian Penyokong India Terhadap Malaysia Memakan Diri Sendiri

Sebahagian penyokong India yang dilihat terlalu ghairah untuk menghukum Malaysia tatkala ketinggalan berdepan Kyrgyzstan akhirnya membawa padah. Harimau Malaya turun di laman sendiri untuk melayan pasukan ke-97 dunia, Kyrgyzstan dengan harapan memungut tambahan +15.49 mata untuk melonjak 7 anak tangga. Permulaan aksi pasukan negara bagaimanapun kurang cemerlang apabila ketinggalan 1-2 pada babak pertama selepas bolos […]
Hoki Piala Sultan Johor: India Tewaskan Malaysia

Skuad hoki junior Malaysia mengalami kekalahan kedua berturut-turut dalam Kumpulan B Piala Sultan Johor apabila tewas 3-1 kepada India. Kedua-dua pasukan turun dengan misi berbeza hari ini. Malaysia berharap dapat meraih mata pertama selepas dikecewakan New Zealand dalam aksi pertama Kumpulan B semalam. Sementara India pula memburu kemenangan pertama dalam kumpulan selepas diikat seri 3-3 […]
“Jangan Sampai Kami Naturalisasikan Pemain India” – Kim Pan-gon

Ketua jurulatih Harimau Malaya, Kim Pan-gon kurang senang dengan kritikan terbuka yang dilemparkan oleh pengendali India, Igor Stimac. Malaysia berjaya menundukkan pasukan ke-102 dunia itu dengan keputusan 4-2 sekaligus membawa pasukan ke pentas akhir Pestabola Merdeka 2023. Sejuru selepas perlawanan, jurulatih kelahiran Croatia itu memberitahu bahawa kejohanan seperti ini layak memiliki fasiliti yang lebih baik. […]