Senarai Akhir 23 Pemain Malaysia Hadapi India

Malaysia membawa 23 orang pemain bagi menghadapi pasukan ke-125 dunia, India. Skuad kendalian Pau Marti meraih tambahan +2.97 mata FIFA untuk melonjak ke tangga 129 dunia setelah menewaskan Laos. Momentum terbaik dibawa bagi menghadapi pasukan ke-125 dunia, India dalam misi untuk mengekalkan rekod bersih berdepan lawan sama tatkala berjaya mencapai kemenangan 4-2 tempoh hari. Pau […]

India vs Malaysia, Prestasi Semasa, Ranking FIFA & Jangkaan Keputusan Perlawanan

Malaysia bertandang ke Stadium Gachibowli, Hyderabad India untuk aksi ke-5 perlawanan kompetitif di bawah kendalian Pau Marti dengan kedua-dua pasukan dilihat memiliki kekuatan seimbang berdasarkan prestasi semasa dan ranking FIFA. Pertembungan dua DNA Barcelona, Sepanyol dari kedua-dua ketua jurulatih India dan Malaysia ini bakal jadi tumpuan menarik buat para peminat saksikan. Ranking FIFA India kini […]

Pau Marti Sahut Cabaran Pacu Malaysia Di Laman Lawan

Pengendali skuad senior Malaysia, Pau Marti Vicente sedia menyahut cabaran meraih kemenangan di tempat lawan. Harimau Malaya meraih kemenangan dalam aksi persahabatan antarabangsa menentang Laos pada 14 November lalu. Harith Haiqal Adam Afkar, Stuart Wilkin dan Sergio Aguero mencetak nama sebagai penjaring. Kemenangan ini sekaligus melebarkan lagi rekod kemenangan Malaysia ke atas Laos sejak tahun […]

3 Calon Pengganti Arif Aiman Hadapi India

3 calon berpotensi untuk mengisi kekosongan yang ditinggalkan oleh pemain sayap sensasi, Arif Aiman Hanapi bagi berdepan India. Skuad kendalian Pau Marti berada pada momentuk terbaik selepas menewaskan pasukan ke-187 dunia, Laos dengan keputusan 3-1. Malaysia kini berada di kedudukan ke-129 dengan 1,116.89 mata manakala Indonesia di kedudukan ke-130 dengan 1,115.94 mata. Pada aksi menentant […]

Malaysia Lepaskan 3 Tonggak JDT, Hadapi India Dengan 23 Pemain

Malaysia bakal berdepan cabaran India tanpa kelibat tiga tonggak utama iaitu Arif Aiman Hanapi, Matthew Davies dan Feroz Baharudin. Perkara ini diumumkan Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM) menerusi satu hantaran di platform media sosial rasmi badan induk itu. Ketiadaan tiga tonggak ini berlaku kerana pasukan mereka, Johor Darul Ta’zim (JDT) memohon tiga pemain tersebut diberi […]

Jurang Ranking Malaysia & India Makin Kecil

Jurang ranking antara Malaysia dan juga India semakin kecil menjelang pertemuan kedua-dua pasukan. Skuad kendalian Pau Marti mendapat motivasi tambahan selepas menundukkan pasukan ke-187 dunia, Laos dengan keputusan 3-1. Malaysia bagaimanapun perlu melepasi tentangan satu lagi lawan iaitu semi finalis Pestabola Merdeka 2023, India dalam satu aksi persahabatan antarabangsa FIFA. Berdasarkan kemas kini oleh masa-nyata […]

Sergio Aguero: Kita Mahu Perbaiki Ranking FIFA Malaysia

Pemain kebangsaan Malaysia, Sergio Aguero bertekad mahu membantu pasukan Harimau Malaya meraih mata semaksimum mungkin dalam dua aksi persahabatan menentang India dan Laos. Sergio Aguero turut mengakui teruja apabila dapat kembali memperkuatkan kem kebangsaan setelah kali terakhir beraksi menentang Chinese Taipei pada bulan Jun lalu. “Saya gembira dapat kembali ke skaud kebangsaan setelah sekian lama […]

Sasaran Besar Jurulatih India Hadapi Malaysia

Jurulatih India meletakkan sasaran besar bagi menghadapi Malaysia pada aksi persahabatan Tier 1 FIFA. Skuad bimbingan Pau Marti bakal mengharungi aksi pertama di Thailand menentang pasukan ke-187 dunia, Laos. Harimau Malaya bakal terbang ke Hyderabad bagi menghadapi satu lagi aksi persahabatan menentang pasukan ke-125 dunia, India. Pengendali pasukan kebangsaan India, Manolo Marquez menyifatkan pertembungan dengan […]

Malaysia Tanpa 5 Pemain Senior Hadapi Laos

Malaysia bakal turun berjuang menentang Laos tanpa kelibat 4 pemain senior pasukan. Skuad kendalian Pau Marti bakal mengharungi dua aksi persahabatan antarabangsa Tier 1 FIFA menentang Laos dan juga pasukan ke-125 dunia, India. Harimau Malaya berjaya mengikat Auckland FC sebelum tunduk dengan keputusan 4-0 berdepan New Zealand pada satu aksi persahabatan, Oktober lalu. Perubahan beberapa […]

Harith Haiqal Anggap Dion Cools Ada ‘Ciri-Ciri Yang Sukar Dijumpai’

Pemain pertahanan Selangor, Harith Haiqal menganggap ciri ciri-ciri seorang pemimpin yang ada pada Dion Cools sukar dijumpai. Nama Harith Haiqal kembali tersenarai dalam 26 pemain yang tersenarai bagu memperkuatkan barisan Pau Marti menghadapi perlawanan Antarabangsa Tier 1. Pemain muda berusia 22 tahun ini menyatakan bahwa Dion Cools sangat bagus dalam memimpin pasukan. “Jika diberi peluang […]

Jurulatih India Anggap Malaysia Lawan Yang Serupa

Jurulatih skuad kebangsaan India, Manolo Marquez melihat pasukan Malaysia merupakan lawan yang kini berdepan misi yang serupa. India dan Malaysia bakal berentap dalam aksi persahabatan Tier 1 pada Jendela Antarabangsa FIFA bulan November ini dengan kedua-dua negara ketika ini berada dalam keadaan yang sama. Pasukan India kini berada di ranking ke-125 dunia sementara skuad Harimau […]

Kelayakan Piala Asia 2027: Malaysia Balang 2, Harapan Pintas India Lebur

Harapan Malaysia untuk memintas India bagi undian Kelayakan Piala Asia 2027 sudah pun musnah. Skuad kendalian Pau Marti berada dalam momentum cemerlang apabila muncul juara Pestabola Merdeka 2024 selepas menundukkan Lubnan. Harimau Malaya kemudiannya tewas kepada New Zealand sekaligus terlepas peluang untuk mendapatkan tambahan mata FIFA bagi memperbaiki kedudukan bagi undian Kelayakan Piala Asia 2027. […]

Pau Marti Jawab Punca Utama Sisihkan Natxo Insa

Pengendali Harimau Malaya, Pau Marti memberikan sebab menyisihkan perancang tengah berpengalaman, Natxo Insa. Tonggak berusia 38 tahun itu berada dalam senarai awal 26 pemain yang bakal berdepan Laos dan India bagi aksi persahabatan Tier 1 FIFA, November ini. Hasrat untuk melihat kelibat arkitek JDT itu tidak kesampaian apabila beliau telah ditukar dengan pemain KL City […]

Dua Individu Dari Barcelona Jadi Tumpuan Aksi India & Malaysia

Kemunculan dua individu kelahiran Barcelona, Sepanyol pada aksi persahabatan antarabangsan di antara India dan Malaysia pada 18 November ini bakal menjadi tumpuan. Jurulatih skuad kebangsaan Malaysia, Pau Marti Vicente dan jurulatih India, Manolo Marquez merupakan dua jurulatih yang berasal dari Barcelona. Biarpun kedua-duanya dilahirkan di bandar Barcelona, namun hanya Pau Marti yang mempunyai pengalaman bersama […]

Dua Pemain India Disebut Bakal Susahkan Malaysia

Menjelang aksi persahabatan antarabangsa di antara India dan Malaysia pada 18 November ini, dua pemain India telah disebut-sebut bakal memberi kesukaran buat Harimau Malaya. Dua pemain yang dimaksukan ialah pemain sayap berbisa NorthEast United, Jithin MS dan perancang tengah berusia 21 tahun iaitu Vibin Mohanan. Nama Jithin dan Vibin ini telah dipetik oleh media sukan […]

Tarikh Aksi Malaysia vs India Dipinda

Tarikh bagi aksi antara Malaysia dan juga India pada bulan November telah dipinda. Skuad kendalian Pau Marti akan menghadapi dua aksi persahabatan FIFA Tier 1 pada bulan November ini bertemu pasukan ke-187 dunia, Laos terlebih dahulu. Aksi antara Harimau Malaya ini akan berlangsung pada 14 November di Stadium PAT, Thailand ini telah disahkan secara rasmi […]