BG Pathum Sambar Ilhan Fandi

BG Pathum United terus membina pasukan mantap untuk kempen 2024/25 dengan membawa masuk penyerang muda Singapura, Ilhan Fandi. Perpindahan penyerang berusia 21 tahun itu diumumkan pengurusan The Rabbits di platform rasmi mereka. Ilhan akan kembali bergandingan dengan abangnya yang juga penyerang, Ikhsan Fandi. “BG Pathum United dengan sukacitanya mengumumkan secara rasmi perpindahan Ilhan Fandi Ahmad, […]

Trio Fandi Ketuai Singapura Kekang Ancaman China

Singapura mengumumkan barisan pemain bagi menghadapi China dalam aksi Kelayakan Piala Dunia 2026 / Piala Asia 2027. Menerusi satu hantaran di media sosial Persatuan Bola Sepak Singapura menyaksikan tiga tonggak utama pasukan iaitu Ikhsan Fandi, Irfan Fandi dan Ilhan Fandi bakal menerajui pasukan. Ikhsan yang kini bersama BG Pathum akan mengetuai jentera serangan bersama adiknya […]

Air Mata Kepuasan Iringi Debut Ilhan Fandi Di Belgium

Pemain bola sepak Singapura, Ilhan Fandi akhirnya berjaya mendapatkan penampilan pertamanya di Liga Belgium bersama pasukannya KMSK Deinze. Perlawanan di antara Deinze dan Lierse. K itu menyaksikan Ilhan dibawa masuk pada minit ke-85 dengan menggantikan Lennart Mertens. Perlawanan tersebut berakhir dengan kemenangan 4-0 buat Deinze. Selepas tamat perlawanan, Ilhan dilihat tidak dapat menahan sebak selepas […]

Ilhan Fandi: Jangan Risau, Saya Akan Kembali Jaringkan Gol

Penyerang muda Singapura, Ilhan Fandi percaya dengan sedikit masa, beliau akan kembali menjaringkan gol. Penyerang KMSK Deinze itu membuat kemunculan pertama untuk Singapura menentang Guam selepas sebelum ini berehat panjang akibat kecederaan ACL pada penghujung tahun lalu. Ilhan yang masuk sebagai pemain gantian menggantikan Shawal Anuar mendapat beberapa peluang menjaringkan gol tetapi kesemua percubaannya tidak […]

Kelab Belgium Buru Lebih Ramai Bakat Singapura

Kelab divisyen dua Belgium, KMSK Deinze kini memburu lebih ramai bakat baru dari Singapura agar ada yang mengikut jejak penyerang muda, Ilhan Fandi. Ini selepas Deinze memeterai kerjasama dengan juara Singapore Premier League, Albirex Niigata hari ini. Menerusi kerjasama ini, pemain-pemain remaja Singapura yang berbakat berpeluang menimba pengalaman di kelab tersebut di bawah nama Rising […]

Hasrat Dua Anak Fandi Ahmad Untuk Menari Bersama Tertangguh Lagi

Baru-baru ini, jurulatih skuad kebangsaan Singapura, Takayuki Nishigaya telah mengumumkan senarai 28 pemain yang dipanggil bagi menyarung jersi Singapura bagi aksi persahabatan FIFA menentang Tajikistan dan Chinese Taipei pada 8 dan 12 September ini. Nishigaya turut memanggil empat pemain yang berpangkalan di luar negara untuk memberi kekuatan tambahan kepada pasukan Singapura. Empat pemain tersebut adalah […]

Ilhan Fandi Alami Kecederaan ACL

Bintang muda sensasi Singapura, Ilhan Fandi  bakal terlepas musim panjang apabila beliau disahkan mengalami l koyakan penuh pada ligamen anterior cruciate (ACL) di lutut kirinya dan akan menjalani pembedahan dalam masa terdekat. Penyerang berusia 20 tahun ini tidak bernasib baik apabila terpaksa diusung keluar ketika membantu pasukannya mencatat keputusan seri berdepan Vietnam. Ilhan yang menjadi […]

“Saya Rancang Menari Depan Malaysia Lagi” – Ikhsan Fandi

Penyerang berbisa Singapura, Ikhsan Fandi pasti merindukan perlawanan derbi menentang Malaysia selepas beliau disahkan tidak dapat beraksi untuk keseluruhan kempen Piala AFF Mitsubishi Electric 2022 termasuk menentang Malaysia malam ini. Kali terakhir Ikhsan turun bertemu skuad Harimau Malaya adalah pada perlawanan persahabatan ‘Tri Nations’ pada bulan Mac tahun lalu di mana menyaksikan Malaysia tewas tipis […]

Ilhan Fandi Berisiko Terlepas Aksi Penting Berdepan Malaysia

Penyerang muda Singapura, Ilhan Fandi berisiko terlepas aksi terakhir peringkat kumpulan B menentang Malaysia selepas mengalami kecederaan lutut ketika menentang Vietnam tempoh hari. Perlawanan tersebut berlangsung di Stadium Jalan Besar, Singapura yang dikenali sebagai sebuah stadium yang menggunakan rumput tiruan. Memetik laporan The Straits Times, Ilhan Fandi telah dikeluarkan pada separuh masa pertama sewaktu menentang […]

Ilhan Fandi Dijangka Sertai Kelab Belgium

Pemain muda sensasi Singapura, Ilhan Fandi mengikut jejak langkah abang-abangnya apabila difahamkan akan mengembangkan karier ke luar negara. Bintang berusia 20 tahun ini cemerlang pada musim debutnya di pentas bola sepak Singapura bersama Albirex Niigata. Prestasi memukau anak kepada lagenda bola sepak Singapura, Fandi Ahmad ini menyaksikan beliau telah meledak 20 gol dalam 27 penampilan […]

Ilhan Fandi Rangkul 3 Anugerah Liga Premier Singapura

Bintang sensasi Albirex Niigata, Ilhan Fandi Ahmad berjaya merangkul tiga gelaran dalam malam anugerah Liga Premier Singapura 2022. Pemain berusia 20 tahun itu cemerlang menamatkan kempen musim ini dengan mencatat sebanyak 17 jaringan sekaligus menyandang gelaran sebagai penjaring terbanyak tempatan. Pada acara yang berlangsung di Orchard Hotel Singapura, Ilhan telah dinobatkan sebagai pemain muda terbaik […]

Magis Ilhan Fandi Bawa Albirex Niigata Julang Trofi Liga Perdana Singapura

Albirex Niigata baru sahaja disahkan sebagai juara Liga Perdana Singapura (Singapore Premier League) selepas berjaya menundukkan Lion City Sailor dengan keputusan 4-2. Pemain berusia 19 tahun ini merupakan watak penting pasukan selepas beliau turut mencatat jaringan yang dalam perlawanan tersebut. Penyerang muda Singapura, Ilhan Fandi Ahmad meraih trofi pertama dalam karier pertamanya bagi musim pertamanya […]

Hari Bersejarah Buat Trio Fandi

Tiga anak lagenda Singapura, Fandi Ahmad iaitu Irfan, Ikhsan dan Ilhan masing-masing berjaya menempa nama dan mencipta sejarah dalam arena bola sepak pada semalam. Irfan dan Ikhsan yang mewakili kelab gergasi Thailand, BG Pathum United berjaya melayakkan diri ke pusingan suku akhir bagi kempen Liga Juara-Juara Asia (ACL) 2022. Duo berbakat ini merupakan pemain Singapura […]

Kelibat Ilhan Fandi Nadi Kemenjadian Albirex Niigata

Penyerang muda Singapura, Ilhan Fandi Ahmad terus membuktikan ketajaman penyudahnya apabila beliau membantu pasukan Albirex Niigata mengatasi Tampines Rovers.  Ilhan telah turun membarisi kesebelasan utama pasukan apabila diberikan kepercayaaan oleh pengendali Albirex Niigata, Yoshinaga Kazuaki untuk bergandingan bersama Tanaka Kodai di bahagian serangan.  Anak kepada lagenda Singapura, Fandi Ahmad ini berjaya menjaringkan satu gol dalam […]

“Fandi Brothers” Cipta Fenomena Di Singapura

Empat anak lelaki kepada lagenda bola sepak Singapura, Irfan, Ikhsan, Ilhan dan Iryan Fandi kini berada dalam kelas tersendiri apabila mereka masing-masing melebarkan sayap menceburi dunia permodelan. Mewarisi perjalanan karier ibu mereka, Wendy Jacobs yang juga merupakan seorang model, ketampanan serta perwatakan menarik yang dimiliki anak-anak Fandi ini sentiasa menjadi perhatian ramai. Baru-baru ini, ‘Fandi […]

Fandi Ahmad Yakin Trio Anaknya Bakal Jadi Permata Bola Sepak Singapura

Lagenda bola sepak Singapura, Fandi Ahmad  berkongsi mengenai perjalanan hidupnya selaku lagenda bola sepak negara itu. Beliau yang baru sahaja menyambut ulang tahun kelahirannya yang ke-60 berasa sangat bersyukur kerana sosoknya masih diingati oleh seluruh rakyat Singapura. Mengulas lanjut, beliau sangat berbesar hati kerana usahanya untukt teeus memartabatkan bola sepak di rantau ini membuahkan hasil. Walau […]