“Maaf Chanatip Songkrasin, Saya Hanya Melakukan Tugas Saya” – Ikhsan Fandi

Penyerang Singapura, Ikhsan Fandi memohon maaf kepada perancang tengah Thailand, Chanatip Songkrasin selepas aksi Kelayakan Piala Dunia 2026. Ikhsan dan Chanatip merupakan rakan sepasukan di BG Pathum United yang bersaing dalam Thai League 1, namun kali ini, kedua-duanya bertemu di atas padang bukan sebagai rakan sepasukan apabila masing-masing mewakili negara masing-masing. Chanatip bersama skuad Thailand […]
Ikhsan Fandi Jadi Hero Orang China

Penyerang berbisa pasukan Singapura, Ikhsan Fandi kini muncul hero buat China layak ke pusingan Kelayakan Piala Dunia 2026. Pasukan bimbingan Masatada Ishii memerlukan kemenangan besar ke atas Singapura untuk menghidupkan peluang ke pusingan ketiga. Skuad Gajah Perang tidak mahu bolos untuk memastikan kelebihan perbezaan jaringan dapat membantu pasukan untuk layak. Situasi itu bagaimanapun tidak menjadi […]
Thailand Cemas Sebelum Tewaskan Singapura

Perlawanan akhir peringkat kumpulan C saingan kelayakan Piala Dunia 2026/Piala Asia 2027 menyaksikan Thailand membenam Singapura di laman sendiri. Skuad kendalian Matada Ishii ini membuat dua pertukaran berbanding perlawanan sebelum ini dengan membawa Chanatip Songkrasin dan Elias Dollah dalam kesebelasan utama pasukan. Singapura pula dibarisi oleh penyerang berbisa, Ikhsan Fandi dan beberapa pemain berpengalaman […]
Hasrat Lihat Ikhsan Fandi Beraksi Di Malaysia Tertangguh Lagi

Hasrat penyokong untuk melihat bisa peledak kelahiran Singapura, Ikhsan Fandi di Liga Malaysia tertangguh lagi. Pemain berusia 25 tahun itu berkelana di Thailand bersama BG Pathum United dan menjadi antara watak yang digeruni di sana. Pengalaman beraksi di eropah seperti bersama kelab Norway, Raufoss dan juga Jerv jelas membantu perkembangan beliau. Bapanya yang juga merupakan […]
Perbezaan Ketara Nilai Pasaran Arif Aiman & Ikhsan Fandi

Nilai pasaran pemain sayap Johor Darul Ta’zim (JDT), Arif Aiman Hanapi dan Ikhsan Fandi menunjukkan perbezaan yang begitu ketara. Pemain berusia 22 tahun itu cemerlang membantu Harimau Selatan untuk menggondol 4 trofi domestik pada tahun lalu. Beliau turut merangkul beberapa anugerah termasuklah Pemain Paling Bernilai (MVP) buat tahun ketiga berturut-turut. Menerusi perkembangan oleh laman Transfermarkt, […]
Trio Fandi Ketuai Singapura Kekang Ancaman China

Singapura mengumumkan barisan pemain bagi menghadapi China dalam aksi Kelayakan Piala Dunia 2026 / Piala Asia 2027. Menerusi satu hantaran di media sosial Persatuan Bola Sepak Singapura menyaksikan tiga tonggak utama pasukan iaitu Ikhsan Fandi, Irfan Fandi dan Ilhan Fandi bakal menerajui pasukan. Ikhsan yang kini bersama BG Pathum akan mengetuai jentera serangan bersama adiknya […]
Trio Serangan BG Pathum Kembali Menyengat Berdepan JDT

Jentera serangan BG Pathum United kini berada dalam prestasi terbaik untuk merobek gawang gol JDT dalam perlawanan terakhir Liga Juara-Juara Asia kumpulan I. Walaupun pasukan dari Thailand itu gemar menurunkan gandingan dua penyerang dibahagian hadapan, namun 3 penyerang mereka kini mempamerkan prestasi cemerlang bersama pasukan. Igor Sergeev, Ikhsan Fandi dan kuda tua Thailand, Teerasil Dangda […]
Ikhsan Fandi & BG Pathum Mengganas, Beri Petanda Besar Kepada JDT

Kelibat penyerang berbisa BG Pathum United, Ikhsan Fandi kembali penuh bergaya apabila beliau meledak dalam penampilan pertamanya musim 2023 sebelum berdepan JDT. BG Pathum melayan kunjungan Ratchaburi FC dengan dua jaringan daripada penyerang berbisa pasukan iaitu Igor Sargeev dan Ikhsan Fandi memastikan 3 mata buat pasukan. Pasukan bimbingan Thongchai Sukkoki kini berada dalam momentum terbaik […]
Ikhsan Fandi Bersedia Bila-Bila Masa ‘Gegar’ ACL

Penyerang berbisa BG Pathum FC, Ikhsan Fandi pada bila-bila masa sahaja boleh diturunkan dalam aksi Liga Juara-Juara AFC (ACL) musim ini. Pemain berusia 24 tahun itu mengalami detik hitam apabila dilanda kecederaan panjang sekaligus terlepas baki hampir 30 perlawanan dalam tempoh 285 hari. Peledak kebangsaan Singapura itu bagaimanapun kembali mengukir senyuman di wajah penyokong kelab […]
Hasrat Dua Anak Fandi Ahmad Untuk Menari Bersama Tertangguh Lagi

Baru-baru ini, jurulatih skuad kebangsaan Singapura, Takayuki Nishigaya telah mengumumkan senarai 28 pemain yang dipanggil bagi menyarung jersi Singapura bagi aksi persahabatan FIFA menentang Tajikistan dan Chinese Taipei pada 8 dan 12 September ini. Nishigaya turut memanggil empat pemain yang berpangkalan di luar negara untuk memberi kekuatan tambahan kepada pasukan Singapura. Empat pemain tersebut adalah […]
BG Pathum Tempang Tanpa Ikhsan Fandi Berdepan Shanghai Port

Penyerang Singapura, Ikhsan Fandi Ahmad bakal terlepas dalam aksi penting berdepan kelab dari China, Shanghai Port. Bintang sensasi berusia 24 tahun itu sedang berehat panjang akibat kecederaan lutut yang dialaminya sejak awal tahun. Beliau kini dalam proses pemulihan dan dijangka akan kembali beraksi dalam masa terdekat. Ikhsan bagaimanapun dilihat sudah mula turun dalam sesi latihan […]
Ikhsan Fandi Resah Lihat Prestasi Skuad Muda Singapura

Bintang sensasi Singapura, Ikhsan Fandi Ahmad dilihat seolah menzahirkan kekecewaan melihat aksi longlai skuad muda Singapura. Skuad B22 tahun Singapura telah dijadualkan bertemu Kemboja dalam aksi penentuan pingat gangsa Piala Merlion 2023. Penyerang BG Pathum United itu dilihat mengambil kesempatan tersebut untuk menonton perlawanan. Dalam ciapannya di Twitter, Ikhsan seakan resah dengan persembahan pemain Singapura […]
Ikhsan Fandi Ada Peringatan Buat Malaysia

Turut hadir menyaksikan perlawanan Piala AFF yang menemukan Singapura dan Malaysia malam tadi, penyerang berbisa Singapura, Ikhsan Fandi mengucapkan tahniah kepada Malaysia namun ada peringatan yang diberi. Rata-rata penyokong Malaysia pasti mengingati momen tarian yang dilakukan Ikhsan dan adiknya Ilhan Fandi selepas Ikhsan menjaringkan gol dalam perlawanan persahabatan Singapura menentang Malaysia pada Mac tahun lalu. […]
Ikhsan Fandi Beri Bayangan Bakal Diturunkan Berdepan Malaysia

Penyerang berbisa pasukan Singapura, Ikhsan Fandi memberi bayangan akan diturunkan menjelang pertembungan dengan Malaysia malam ini. Pemain berusia 24 tahun ini merupakan tunjang utama buat skuad kendalian Takayuki Nishigaya terutamanya dalam kempen Piala AFF kali ini. Walau bagaimanapun, khidmat beliau terpaksa diketepikan setelah mengalami kecederaan yang mengakibatkan beliau diusung keluar ketika berdepan Myanmar. Penyerang pasukan […]
“Saya Rancang Menari Depan Malaysia Lagi” – Ikhsan Fandi

Penyerang berbisa Singapura, Ikhsan Fandi pasti merindukan perlawanan derbi menentang Malaysia selepas beliau disahkan tidak dapat beraksi untuk keseluruhan kempen Piala AFF Mitsubishi Electric 2022 termasuk menentang Malaysia malam ini. Kali terakhir Ikhsan turun bertemu skuad Harimau Malaya adalah pada perlawanan persahabatan ‘Tri Nations’ pada bulan Mac tahun lalu di mana menyaksikan Malaysia tewas tipis […]
Ilhan Fandi Berisiko Terlepas Aksi Penting Berdepan Malaysia

Penyerang muda Singapura, Ilhan Fandi berisiko terlepas aksi terakhir peringkat kumpulan B menentang Malaysia selepas mengalami kecederaan lutut ketika menentang Vietnam tempoh hari. Perlawanan tersebut berlangsung di Stadium Jalan Besar, Singapura yang dikenali sebagai sebuah stadium yang menggunakan rumput tiruan. Memetik laporan The Straits Times, Ilhan Fandi telah dikeluarkan pada separuh masa pertama sewaktu menentang […]