Stadium Hoki Nasional Terima 26 Tempahan Konsert

Stadium Hoki Nasional Bukit Jalil bakal menjadi venue alternatif untuk penganjuran konsert selain Stadium Nasional Bukit Jalil (SNBJ). Ini selepas Menteri Belia dan Sukan, Hannah Yeoh mendedahkan stadium tersebut sudah menerima 26 tempahan konsert oleh entiti-entiti yang berminat untuk tahun 2025. Ini sebahagian daripada inisiatif Perbadanan Stadium Malaysia (PSM) untuk mempelbagaikan fungsi penggunaan Stadium Hoki […]

Badminton & Hoki Tersisih Dari Acara Sukan Komanwel Glasgow

Temasya Sukan Komanwel di Glasgow menyaksikan sukan Badminton & Hoki antara yang disisihkan. Mengikut perancangan awal, temasya sukan tersebut bakal dilangsungkan di Victoria, Australia namun disebabkan faktor peningkatan kos penganjuran, tuan rumah Sukan Komanwel kini beralih ke Glasgow, Scotland. Walau bagaimanapun, senarai sukan yang dipertandingkan telah dikecilkan bilangannya dengan hanya 10 sukan bakal berlangsung berbanding […]

ACT: Malaysia Tumbang 8 Gol Kepada India

Malaysia dirundung kekalahan dalam Asian Champions Trophy (ACT) 2024 apabila dibelasah India 8-1 di Pusat Latihan Moqi, Hulunbuir, China. Selepas tewas 4-2 kepada China dalam aksi kedua ACT, anak buah Sarjit Singh berdepan ujian lebih getir dengan India. Gawang The Speedy Tigers bocor seawal minit ketiga menerusi Raj Kumar Pal. Araijeet Singh Hundal dan Jugraj […]

Malaysia ‘Ratah’ Skuad Kedua Belgium

Ketajaman sentuhan penyerang Malaysia, Faisal Saari membantu skuad hoki senior negara meraih kemenangan 3-2 ke atas Belgium B. Kemenangan ini diraih dalam aksi ketiga Siri Perlawanan Persahabatan Eropah 2024 di Sportcentrum Wilrijkse Plein di Antwerp, Belgium pada 5 Julai lalu. Skuad negara mengejutkan The Red Lions dengan mendahului seawal minit pertama menerusi Faisal. Beliau kemudiannya […]

Malaysia ‘Baham’ Indonesia Tanpa Rasa Bersalah

Skuad hoki dalam dewan wanita Malaysia meraih tempat ketiga Women’s Indoor Hockey Asia Cup (WIAC) 2024 selepas membelasah Indonesia 4-0. Selepas kedua-dua pasukan masing-masing tewas kepada Thailand dan Kazakhstan di peringkat separuh akhir, slot ketiga menjadi buruan kedua-dua pasukan. The Malaysian Tigress tidak menunggu lama untuk membuka tirai jaringan menerusi Fazilla Sylvester Silin pada minit […]

WIAC: Malaysia Bermaharajalela Belasah Oman 12-1

Malaysia meneruskan momentum kemenangan dalam Kumpulan A Women’s Indoor Asian Hockey (WIAC) 2024 apabila membelasah Oman 12-1. Selepas meraih kemenangan dominan 25-0 ke atas Vietnam, The Malaysian Tigress kini mensasarkan wakil Asia Barat itu sebagai mangsa seterusnya. Dan skuad negara tidak menunggu lama untuk membuka tirai jaringan pada minit keenam menerusi Siti Nur Arfah Mohd […]

Sultan Azlan Shah Cup: Malaysia Leburkan Tentangan Sengit Korea Selatan

Skuad hoki Malaysia kembali melakar kemenangan dalam saingan Sultan Azlan Shah Cup 2024 apabila menewaskan Korea Selatan. Perlawanan hari ini amat penting buat The Speedy Tigers kerana ini bukan saja peluang buat skuad negara selepas ditewaskan Jepun. Malah, ini peluang buat skuad hoki senior Malaysia membalas dendam kekalahan 4-3 kepada Korea Selatan dalam temasya Sukan […]

Malaysia Mahu Lenyapkan ‘Badi’ Pakistan

Jurulatih skuad hoki senior Malaysia, Sarjit Singh mahu menamatkan kemarau kemenangan Malaysia ke atas pasukan gergasi Asia, Pakistan. Dalam dua kejohanan sebelum ini, pasukan yang diberi gelaran The Green Shirts itu menjadi duri dalam daging kepada The Speedy Tigers. Sukan Asia 2023 di Hangzhou, China menyaksikan Malaysia tumbang 5-2 di tangan Pakistan untuk perlawanan penentuan […]

Sarjit Singh Dedah Punca Faizal Saari Tidak Sertai Sesi Latihan Malaysia

Ramai peminat hoki Malaysia tertanya-tanya ke mana kelibat penyerang Terengganu Hockey Team (THT), Faizal Saari dalam sesi pemilihan 30 pemain hoki senior semalam. Jurulatih The Speedy Tigers, Sarjit Singh kemudiannya mendedahkan Faizal tidak dapat bersama skuad hoki senior kerana perlu memenuhi komitmen beraksi untuk kelab Bangladesh, Mohammedan Sporting Club. Perkara ini berlaku kerana pada penyerang […]

TNB Cup: TNB Muncul Juara, Tundukkan THT

Tenaga Nasional Berhad (TNB) memastikan mereka menggondol tiga trofi untuk musim 2024 dengan menewaskan Terengganu Hockey Team (THT) di pentas final TNB Cup. Final hari ini merupakan final trofi buat kali ketiga berturut-turut yang menemukan dua pasukan sama iaitu THT dan TNB. Selepas melihat TNB merampas dua trofi daripada mereka untuk musim 2024 iaitu Piala […]

THT Enggan Pandang Enteng Cabaran Maybank

Meskipun memiliki kelebihan selesa agregat 3-0, Terengganu Hockey Team (THT) tetap berwaspada dengan cabaran Maybank. Perkara ini dinyatakan oleh kapten THT, Fitri Saari selepas perlawanan separuh akhir pertama TNB Cup dengan Maybank hari ini. Selepas melihat cabaran yang diberi anak buah Azrul Affendy Bistamam hari ini, Fitri enggan memandang rendah cabaran Maybank. Ini kerana keputusan […]

TNB Cup: THT Ketepikan Cabaran Hebat Maybank

Pasukan Terengganu Hockey Team (THT) terpaksa bekerja keras sebelum menewaskan Maybank dalam aksi separuh akhir pertama TNB Cup di Stadium Hoki Nasional 1, Bukit Jalil. Maybank melihat perlawanan hari ini sebagai medan membalas dendam selepas tewas 4-3 kepada lawan sama dalam saingan Liga Hoki Malaysia (MHL). Sementara THT pula melihat Maybank sebagai halangan terakhir untuk […]

Sarjit Singh Minta 18 Bulan Kenal Pemain Terbaik Malaysia

Jurulatih baru skuad hoki Malaysia, Sarjit Singh melihat tempoh 18 bulan sebagai tempoh sesuai untuk mengenalpasti pemain terbaik negara. Ini kerana beliau ingin mengenalpasti pemain negara yang memiliki kualiti beraksi di pentas antarabangsa sekaligus merapatkan jurang dengan pasukan-pasukan handalan dunia. Meskipun mengakui Malaysia memiliki ramai pemain hoki berbakat, Sarjit melihat tidak ramai pemain yang memiliki […]

Terkini: Sarjit Singh Dilantik Jurulatih Hoki Malaysia Serta-Merta

Bekas jurulatih hoki lelaki Malaysia, Sarjit Singh sah kembali menggalas peranan itu hari ini. Berita perlantikan tersebut dikongsikan oleh wartawan Astro Arena, Fadhirul Shuhaimi menerusi satu hantaran di X. “Konfederasi Hoki Malaysia (MHC) umum pelantikan Sarjit Singh sebagai ketua Jurulatih skuad hoki lelaki negara yang baru dengan tempoh kontrak dua tahun,” katanya. Sarjit dipilih daripada […]

MHL: Malaysian University Muncul Juara, Atasi CS Mustang HT

Skuad hoki wanita Malaysian University (MU) muncul juara Liga Hoki Malaysia (MHL) Wanita untuk musim 2024. Kejayaan itu dicapai selepas anak buah Lailin Abu Hassan berjaya mengetepikan cabaran Combined State Mustang Hockey Team (CS Mustang HT) dalam perlawanan terakhir liga hari ini. Selepas berjaya mengalahkan Liaoning Women’s HT 1-0 dalam perlawanan sebelumnya, MU dilihat berada […]

Baddrol Bakhtiar Gembira, Temui Permata Hoki Malaysia Di Kedah

Bekas pemain bola sepak Kedah, Baddrol Bakhtiar membawa berita gembira buat masa depan sukan hoki Malaysia. Menerusi hantaran di media sosial rasmi beliau, beliau mengucapkan jutaan tahniah kepada salah seorang pemain hoki muda kelahiran Kedah yang berjaya menggapai kejayaan peringkat kebangsaan. “Pertamanya saya ingin ucapkan jutaan tahniah kepada adik Pravein Raj A/L Jeganathan di atas […]