Hoki Piala Dunia Remaja: Sepanyol Unggul Raih Tempat Ketiga Atasi India

Sepanyol mengakhiri kempen Hoki Piala Dunia Remaja 2023 di tempat ketiga setelah menumbangkan jaguh Asia, India dalam penentuan tempat ketiga dan tempat keempat. Kedua-dua pasukan yang kali terakhir bertemu di peringkat kumpulan minggu lalu menyaksikan Sepanyol membelasah India dengan jaringan 4-1 dan India semestinya mahu membalas dendam di atas kekalahan tersebut. Permainan seimbang dengan aksi […]

Hoki Piala Dunia Remaja: Malaysia Terlepas Tempat Ke-11, Dikecewakan New Zealand

Malaysia mengakhiri kempen Hoki Piala Dunia Remaja 2023 di tempat ke-12 setelah tumbang di tangan New Zealand dalam aksi penentuan tempat ke-11 dan 12. New Zealand yang menang dalam pertemuan terakhir bertemu Malaysia di Piala Sultan Johor bulan lalu dilihat lebih banyak mendominasi di awal permainan. Hasilnya, jaringan pertama dapat dihasilkan oleh New Zealand menerusi […]

Hoki Piala Dunia Remaja: Perancis Atasi Sepanyol Untuk Raih Tiket Ke Final

Perancis mengiringi Jerman ke pentas akhir setelah mengenepikan cabaran Sepanyol dalam aksi separuh akhir Hoki Piala Dunia Remaja 2023. Perancis tidak menunggu lama untuk mempimpin perlawanan menerusi Brieuc Delemazure yang menyudahkan pukulan sudut penalti seawal minit kedua. Sebelum berakhir suku pertama permainan, pemain tengah Sepanyol, Aleix Bozal menyamakan kedudukan apabila pukulan sudut penaltinya terus menerjah […]

Hoki Piala Dunia Remaja: Jerman Tepati Ramalan Ke Final, Tundukkan Ego India

Jerman menepati ramalan untuk melayakkan diri ke pringkat akhir selepas menumbangkan jaguh Asia, India dalam aksi separuh akhir Hoki Piala Dunia Remaja 2023. India yang turun dengan misi mahu menebus kekecewaan setelah tumpas di separuh akhir pada edisi lalu dilihat lebih mendominasi permainan berbanding pasukan Jerman. Namun, Jerman terlebih dahulu memecah kebuntuan gol apabila Ben […]

Hoki Piala Dunia Remaja: Kebangkitan Malaysia Gagal Sekat Kemaraan Belgium

Skuad hoki remaja negara terpaksa akur dengan kehebatan pasukan di ranking kelima dunia, Belgium meskipun mempamerkan kebangkitan luar biasa sebelum kecundang dalam aksi kualifikasi 9-12 Hoki Piala Dunia Remaja 2023. Di awal suku pertama, permainan seimbang dipamerkan kedua-kedua pasukan dalam misi mencari jaringan awal namun penguasaan bola jelas berpihak kepada skuad The Young Tigers. Belgium […]

Hoki Piala Dunia Remaja: Malaysia Kembali ‘Mengaum’, Sekat Kemaraan Mesir

Skuad hoki remaja negara bangkit dari kekecewaan gagal layak ke suku akhir apabila mudah menewaskan Mesir dalam aksi kualifikasi 9-16 Hoki Piala Dunia Remaja 2023 Malaysia yang turun dengan seragam kuning hitam mula menyerang sejak minit pertama permainan dalam misi mencari gol awal berjaya mendahului menerusi Harris Osman seawal minit kelapan. Mesir cuba bangkit untuk […]

“Ini Kejohanan Dunia, Pemain Kena Sedar” – Amin Rahim

Pengendali skuad hoki remaja Malaysia, Muhamad Amin Rahim menggesa anak-anak buahnya untuk bangkit daripada kegagalan layak ke pusingan suku akhir Hoki Piala Dunia Remaja 2023 setelah menamatkan aksi kumpulan di tangga ketiga. Beliau menyeru anak-anak buahnya untuk kembali sedar dan bangkit dari kekecewaan lalu memandangkan inilah cabaran yang perlu mereka tempuh untuk bersaing di peringkat […]

Hoki Piala Dunia Remaja: Australia Sekat Hajat Suku Akhir Malaysia

Hajat skuad hoki remaja Malaysia layak ke suku akhir Piala Dunia Remaja 2023 tidak kesampaian apabila dibelasah Australia 5-2 di Stadium Hoki Nasional Bukit Jalil. Kedua-dua pasukan amat memerlukan kemenangan jika mahu mengiringi Argentina ke suku akhir. Malaysia amat memerlukan kemenangan selepas tewas kepada Argentina pada 6 Disember lalu. Biarpun berdepan skuad negara yang mendapat […]

“Australia Tegap & Besar, Malaysia Perlu Guna Kelebihan Sendiri” – Amin Rahim

Ketua jurulatih skuah hoki remaja Malaysia, Muhamad Amin Rahim mengakui kelebihan fizikal yang dimiliki Australia harus diberi perhatian anak-anak buahnya menjelang aksi ketiga peringkat kumpulan A Hoki Piala Dunia Remaja 2023. Beliau sedar kekuatan fizikal para pemain Australia ditambah pula corak permainan pantas sudah semestinya menjadi kunci utama Australia yang harus dititikberatkan oleh skuad negara. […]

Hoki Piala Dunia Remaja: Malaysia Tunduk Di Tangan Juara Bertahan, Argentina

Malaysia terpaksa mengakui kehebatan juara bertahan, Argentina apabila tumpas dalam aksi kedua Kumpulan A Hoki Piala Dunia Remaja 2023. Permainan seimbang dipamerkan kedua-dua pasukan di suku pertama dengan Argentina yang dilihat bergelut untuk memecahkan benteng pertahanan negara sehingga tiada jaringan dapat dihasilkan. Bersambung suku kedua, Malaysia memulakan serangan agresif menerusi Alfarico Liau yang melakukan percubaan […]