Hoki Kelayakan Olimpik: Malaysia Akhiri Saingan Di Tempat Kelapan, Tumpas Kepada Ukraine

Malaysia kempunan untuk menamatkan kempen di tempat ketujuh setelah tumbang kepada Ukraine aksi penentuan tempat ketujuh dan kelapan hoki kelayakan Olimpik 2024. Skuad hoki wanita negara turun dengan misi mencatatkan kemenangan untuk menamatkan kempen sekurang-kurangnya di tempat ketujuh dalam aksi kelayakan ini. Suku pertama bermula sedikit perlahan dengan kedua-dua pasukan masih mencari rentak permainan masing-masing. […]

“Maaf Kerana Gagal Dalam Misi Ini”

Ketua jurulatih skuad hoki negara, Arul Selvaraj memohon maaf diatas kegagalan beliau dan anak-anak buahnya untuk layak ke Sukan Olimpik Paris 2024. Beliau memberi komen tersebut selepas perlawanan peringkat kumpulan hoki kelayakan Olimpik Malaysia dan Pakistan yang berakhir dengan keputusan seri. Beliau juga berharap skuad Malayan Tigers dapat bangkit dan berjuang habis-habisan untuk ke Sukan […]

Hoki Kelayakan Olimpik: Malaysia Pamer Semangat Juang Sebelum Ditewaskan Korea Selatan

Malaysia terus kecewa selepas tumbang kepada Korea Selatan dalam aksi klasifikasi tempat kelima hingga kelapan hoki kelayakan Olimpik 2024. Sebelum ini, skuad hoki wanita negara mengakhiri peringkat kumpulan ditempat keempat selepas mencatatkan tiga kekalahan. Anak-anak buah Nasihin Nubli berjaya menyerap asakan Korea Selatan dan mengimbangi perlawanan di sepanjang suku pertama dan kedua berlangsung. Disiplin mantap […]

Hoki Kelayakan Olimpik: Great Britain Mengganas Tundukkan Malaysia

Skuad hoki wanita Malaysia mengakhiri aksi kumpulan B hoki kelayakan Olimpik 2024 dengan kekalahan besar di tangan Great Britain. Skuad negara yang kini menduduki tangga terakhir kumpulan setelah tewas dalam dua aksi sebelum ini berjaya mempertahankan gawang dari dibolosi di suku pertama. Great Britain memulakan pesta jaringan apabila meledak dua gol pantas dalam masa dua […]

Hoki Kelayakan Olimpik: Malaysia Gagal Lunas Dendam, Tumpas Kepada China

Malaysia gagal membalas dendam di Sukan Asia yang lalu setelah tewas di minit akhir kepada China dalam aksi Kumpulan A hoki kelayakan Olimpik 2024. Di Sukan Asia yang lalu, China menidakkan hasrat Malaysia untuk layak ke peringkat separuh akhir setelah terikat seri 4-4 sekaligus menguburkan impian skuad negara layak ke Olimpik melalui slot juara Sukan […]

Hoki Kelayakan Olimpik: Kanada Sekat Hajat Tiga Mata Malaysia

Malaysia mencatatkan kekalahan kedua dalam aksi kumpulan B hoki kelayakan Olimpik 2024 selepas kecundang di tangan Kanada. Kanada bermula baik di awal suku pertama dengan berjaya menembusi gawang gol Malaysia menerusi pukulan sudut penalti Sara McManus seawal minit ketiga. Bersambung suku kedua, Kanada terus mendominasi permainan dan hasilnya jaringan kedua berjaya diperoleh hasil jaringan padang […]

“Saya Dah Bagi Semua, Tak Mahu Alasan Lagi” – Arul Selvaraj

Ketua jurulatih hoki Malaysia, Arul Selvaraj mahu anak-anak buahnya berusaha sehabis baik bagi merebut tiket ke Olimpik menjelang aksi Kelayakan Olimpik yang bakal bermula 13 Januari nanti. Beliau menegaskan bahawa para pemainnya perlu sedar akan tanggungjawab untuk memberikan aksi terbaik untuk layak ke sukan berprestij itu setelah segalanya telah dicurahkan kepada pemain-pemainnya. “Saya serahkan kepada […]