Piala FA: Hector Bidoglio Mahu Manfaatkan Kelebihan SSI

Pengendali Johor Darul Ta’zim FC (JDT FC), Hector Bidoglio ingin memanfaatkan kelebihan beraksi di Stadium Sultan Ibrahim (SSI) menjelang aksi separuh akhir kedua Piala FA 2024. Aksi separuh akhir kedua Piala FA menemukan JDT dan Kedah Darul Aman FC (KDA FC) buat kali kedua selepas kedua-duanya berentap pada 19 Julai lalu. Perlawanan tersebut menyaksikan Harimau […]

Tunku Ismail & Bidoglio Bertemu, Pantau Latihan JDT

Pemilik Kelab Bola Sepak Johor Darul Ta’zim (JDT), Duli Yang Amat Mulia, Tunku Ismail Sultan Ibrahim, Pemangku Sultan Johor turun memantau sesi latihan pasukan dan bertemu Hector Bidoglio. Perkara ini dikongsikan oleh laman Johor Southern Tigers berkenaan perkembangan skuad Harimau Selatan menjelang sepak mula separuh akhir kedua Piala FA 2024. JDT bakal melayan kunjungan Kedah […]

Hector Bidoglio Buka Mulut Selepas JDT Seri Berdepan PDRM

Pengendali Johor Darul Ta’zim (JDT), Hector Bidoglio akui pasukan PDRM bukan lawan yang mudah buat JDT. JDT dan PDRM berkongsi mata dalam aksi Liga Super yang berlangsung di Stadium Selayang. Kem Harimau Selatan terpaksa berpuas hati selepas terikat dengan keputusan 1-1 di laman Sang Saka Biru. Dalam sidang media selepas perlawanan, ketua jurulatih JDT memberi […]

“Inilah Cara JDT” – Hector Bidoglio

Pengendali Johor Darul Ta’zim (JDT), Hector Bidoglio berpuas hati dengan persembahan yang dipamerkan anak buahnya dalam aksi keenam saingan Liga Super Malaysia 2024/2025. Beraksi dihadapan 21,365 ribu penyokong, JDT mudah menundukkan Terengganu di Stadium Sultan Ibrahim. Ketua jurulatih, Hector Bidoglio memuji para pemainnya yang bermain seperti mana yang telah dirancang. “Saya sangat gembira, pemain dan […]

Hector Bidoglio: Semua Pasukan Di Malaysia Mahu Menang Lawan JDT

Persembahan juara bertahan Piala FA, Johor Darul Ta’zim (JDT) diberi cabaran sukar sebelum menumpaskan Kedah Darul Aman malam ini. Perkara ini dijelaskan oleh Ketua Jurulatih JDT, Hector Bidoglio ketika ditemui selepas perlawanan di Stadium Darul Aman. Pertemuan aksi separuh akhir pertama di Stadium Darul Aman menyaksikan skuad Harimau Selatan merekodkan kemenangan 2-1. Katanya, anak buahnya […]

Corak Hantaran Jauh Sabah Sukarkan JDT

Pengendali Johor Darul Ta’zim FC (JDT FC), Hector Bidoglio mengakui corak hantaran jauh menyukarkan pasukan itu bila berdepan Sabah FC pada 13 Julai lalu. Aksi terbaru Liga Super menyaksikan JDT bertandang ke Stadium Likas untuk memburu kemenangan kelima dalam liga. Selepas mendahului menerusi dua gol Romel Morales, Sabah mendapat talian hayat menerusi penalti Gabriel Peres. […]

Hector Bidoglio Beri Sebab JDT Buat Penggiliran Pemain

Ketua jurulatih Johor Darul Ta’zim, Hector Bidoglio bangga dengan persembahan yang dipamerkan anak buahnya dalam aksi suku akhir Piala FA 2024 menentang Malaysian University pada semalam. Meskipun sudah mendahului 5-0 bagi aksi suku akhir pertama, pemain-pemain JDT enggan memandang rendah kemampuan pasukan lawan. Sebaik sahaja permainan bermula, Harimau Selatan terus menerus membuat asakan ke kubu […]

Arif Aiman Makin Hampiri Prestasi Terbaik

Pengendali Johor Darul Ta’zim FC (JDT FC), Hector Bidoglio percaya bintang muda pasukan itu, Arif Aiman Hanapi semakin hampir kembali ke tahap terbaik. Sebelum ini, Arif terpaksa diketepikan daripada kesebelasan utama JDT untuk beberapa perlawanan awal liga kerana mengalami kecederaan. Kecederaan sama yang dialaminya turut menghalang Arif daripada menyertai kem Harimau Malaya untuk dua aksi […]

Hector Bidoglio Dapat Baca Helah Sri Pahang

Pengendali Johor Darul Ta’zim (JDT), Hector Bidoglio akui gembira melihat anak-anak buahnya berjaya melepasi perangkap Sri Pahang dalam aksi Liga Super 2024/2025 pada Sabtu. JDT turun ke Stadium Sultan Ibrahim dengan melayani kunjungan Sri Pahang dalam aksi keempat Liga Super tampil penuh cemerlang untuk meraih tiga mata hasil ledakan hatrik penyerang, Heberty Fernandes. Bidoglio yang […]

Jalil Elias Kembali Ke San Lorenzo? Ini Penjelasan Hector Bidoglio

Berita mengenai perancang tengah pasukan Johor Darul Ta’zim (JDT), Jalil Elias kembali menjadi bualan hangat peminat tempatan. Pemain berusia 27 tahun itu menyertai skuad Harimau Selatan pada tahun ini daripada kelab Argentina, San Lorenzo. Beliau bagaimanapun berdepan saingan sengit untuk mengekalkan posisinya dalam 4 perlawanan pembukaan musim 2024/25 tatkala JDT memiliki banyak pilihan untuk mengemudi […]

Piala FA: 4 Gol JDT Tamatkan Perjuangan Kelantan Darul Naim

Johor Darul Ta’zim (JDT) cemerlang menewaskan cabaran Kelantan Darul Naim dalam aksi pusingan 16 Piala FA di Stadium Sultan Ibrahim. Hector Bidoglio menurunkan kesebelasan terbaik bertemu cabaran skuad Kijang Emas dengan barisan pemain seperti Syihan Hazmi, Afiq Fazail, Hong Wan, Fernando Forestieri, Bergson, Oscar Arribas serta Juan Muniz. Kelantan pula memberikan kepercayaan kepada pemain seperti […]

Pemain JDT Tunaikan Permintaan Hector Bidoglio

Pemain JDT menunaikan permintaan Ketua Jurulatih, Hector Bidoglio ketika aksi Liga Super menentang KL City. Perlawanan yang berlangsung di Stadium Cheras, KL itu menyaksikan beberapa pertukaran berlaku dalam kesebelasan utama Harimau Selatan. JDT kelihatan menerima cabaran hebat The City Boys pada babak pertama sungguhpun berjaya meledak dua gol. Pasukan pelawat bagaimanapun bolos satu gol apabila […]

Hector Bidoglio: Saya Baru 50% Puas Hati Dengan Aksi JDT

Ketua Jurulatih Johor Darul Ta’zim (JDT), Hector Bidoglio yakin masih banyak yang perlu ditambah baik oleh pasukannya selepas merakamkan kemenangan ketiga musim ini. Pengendali kelahiran Argentina itu berpuas hati dengan persembahan anak buahnya selepas menundukkan The City Boys dengan keputusan 5-1. Sungguhpun bolos satu gol pada babak pertama, beliau yakin dengan kualiti setiap pemain yang […]

Hector Bidoglio Cari Jalan Perbaiki Kelemahan JDT

Ketua jurulatih Johor Darul Ta’zim (JDT), Hector Bidoglio mahu memperbaiki kelemahan pasukan disebalik kemenangan pertama ke atas Negeri Sembilan dengan jaringan 3-1. Hector mengakui bukan mudah menentang pasukan Negeri Sembilan yang menerapkan corak permainan bertahan sewaktu bermain di Stadium Sultan Ibrahim. “Sentiasa sukar menentang pasukan defensif kerana anda tidak mempunyai ruang tetapi kita harus cuba […]

Bayang Arif Aiman Tak Kelihatan

Bayang pemain sayap pasukan Johor Darul Ta’zim (JDT), Arif Aiman Hanapi tidak kelihatan dalam skuad berdepan Negeri Sembilan. Pemain berusia 22 tahun iu beraksi cemerlang dalam kempen pra-musim di Sepanyol dan berjaya mencatat nama selaku penjaring di sana. Pemenang Anugerah Pemain Paling Bernilai (MVP) Liga Malaysia buat kali ketiga itu juga membantu skuad Harimau Selatan […]

Aidil Zafuan Mula Tugas Baru Di JDT

Bekas kapten pasukan Johor Darul Ta’zim (JDT), Aidil Zafuan Abd Razak kini mula menjalani tugas baharu bersama pasukan bagi musim 2024/25. Beliau dalam satu kenyataan oleh Johor Southern Tigers, Aidil sah sudah menggantung but setelah mengharungi satu dekad yang cukup gemilang bersama Harimau Selatan. Beliau telah melakukan 174 penampilan bersama JDT selain menjaringkan 8 gol […]