Hatem Souissi Kini Jurulatih Vietnam

Bekas jurulatih skuad remaja negara, Hatem Souissi kini menjadi sebahagian daripada struktur kejurulatihan skuad Vietnam. Ini selepas Persekutuan Bola Sepak Vietnam (VFF) membawanya sebagai penolong jurulatih kepada Philippe Troussier untuk skuad senior dan skuad B-23 Vietnam. Perlantikan ini telah dibuat sejak penghujung Ogos lalu bagi membantu Golden Star Warriors mendepani kalendar antarabangsa FIFA pada September. […]