Hashim Mustapha Sudah Tiada

Arena bolasepak tanah air hari ini menerima perkhabaran duka, apabila bekas penyerang terbilang Hashim Mustapha menghembuskan nafas terakhir selepas beberapa hari bertarung nyawa di Hospital Universiti Sains Malaysia (HUSM). Hashim Mustapha yang menjalani pembedahan memotong kaki kiri pada bulan lalu telah menerima rawatan di HUSM sejak 25 November berikutan keadaan jantungnya yang lemah dan tidak […]

Jurulatih Ghana Sedih, Turut Mendoakan Kesembuhan Buat Hashim Mustapha

Keadaan kesihatan bekas penyerang terbilang tanah air, Hashim Mustapha yang dilaporkan semakin kritikal turut mendapat perhatian penolong jurulatih skuad Piala Dunia Ghana, George Boateng. Hashim Mustapha yang selamat menjalani pembedahan memotong kaki kirinya pada bulan lalu, dimasukkan ke Hospital Universiti Sains Malaysia (HUSM) beberapa hari lalu berikutan keadaan jantungnya yang lemah dan semakin merosot, sehingga […]

Hashim Mustapha Dalam Keadaan Kritikal, Terpaksa Ditidurkan di Zon Merah HUSM

Keadaan kesihatan bekas penyerang terbilang tanah air, Hashim Mustapha dilaporkan dalam keadaan kritikal dan beliau ketika ini ditidurkan di zon merah Hospital Universiti Sains Malaysia (HUSM). Perkembangan itu disahkan oleh isteri beliau, Zaheran Hussien kepada BH Sukan. Menurut Zaheran, keadaan jantung Hashim Mustapha tidak stabil dan semakin merosot menyebabkan beliau dikejarkan ke HUSM pada tengah […]

Hilang Kaki Kiri Tidak Bunuh Keinginan Hashim Mustapha Untuk Kembali

Hashim Mustapha dan bolasepak tidak dapat dipisahkan. Di sebalik kehilangan kaki kirinya pada bulan lalu kerana jangkitan kuman, ia tidak membunuh keinginan bekas pemain kebangsaan itu untuk kembali turun ke padang. Sebelum ini, Hashim merupakan ketua jurulatih kelab Liga M3, Tok Janggut Warriors FC dan beliau kini bersedia menerima sebarang tawaran, “Kalau ada tawaran (sebagai […]

Hashim Mustapha Hilang Kaki Kiri

Hashim Mustapha, nama ikonik yang tidak perlukan pengenalan dalam arena bolasepak tempatan. Ketika penyerang import mula mendominasi Liga Malaysia era 90-an, Hashim Mustapha adalah salah seorang penyerang tempatan yang boleh berdiri sama tinggi, duduk sama rendah dengan mereka. Ketajaman penyudah serta ‘killer-instinct’ yang ada pada dirinya menyaksikan Hashim Mustapha dilabel antara penyerang terbaik pernah disaksikan […]