Harith Haiqal Dikesan Berlatih Bersama Harimau Malaya

Kelibat pertahanan skuad bawah 23 tahun, Harith Haiqal bersama skuad kebangsaan menjadi tumpuan selepas kembali dari tugasan bawah 23 tahun negara. Menurut wartawan MakanBola, Nik Faris, kapten skuad bawah 23 tahun negara itu dilihat bersama pemain-pemain lain menjalani sesi latihan di Wisma FAM pada Khamis. “Kelibat pertahanan pasukan b-23 Malaysia, Harith Haiqal dikesan berada dalam […]

“Taktikal Jurulatih Baru Malaysia Mudah Difahami” – Harith Haiqal

Kapten skuad bawah 23 tahun negara, Harith Haiqal menyifatkan taktikal yang digunakan oleh barisan kejurulatihan mudah untuk diadaptasi oleh pasukan ketika dua aksi persahabatan menentang China. Beliau yang ditemui selepas perlawanan berpuas hati dengan kemasukan ketua jurulatih, Juan Torres Garrido dan pembantu jurulatih, Shukor Adan yang banyak mengubah corak permainan pasukan. ”Sejujurnya saya berpuas hati […]

Juan Torres Pilih 8 Pemain Selangor Berdepan China

Pengendali skuad bawah 23 tahun negara, Juan Torres Garrido memanggil seramai 8 orang pemain dari pasukan Selangor untuk aksi persahabatan di China. Daripada senarai 24 pemain yang dikeluarkan oleh Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM), Selangor mempunyai jumlah pemain yang paling ramai dipanggil iaitu seramai 8 orang diikuti pasukan Johor Darul Ta’zim (5 orang). Daripada lapan […]

Malaysia Miliki 3 Pertahanan Muda Kelas Pertama

Skuad kebangsaan Malaysia kini memiliki 3 pertahanan muda kelas pertama yang semakin menonjolkan sisi kematangan setiap kali tampil beraksi. Malah ketiga-tiga nama ini berada dalam pantauan rapi ketua jurulatih Kim Pan-gon dan telah tersenarai dalam senarai bersedia skuad kebangsaan. 1. Harith Haiqal (21 tahun) Harith Haiqal semakin mendapat tempat selaku pertahanan tengah Selangor apabila telah […]

Kelayakan Piala Asia U23: Malaysia Gah Belasah Filipina

Malaysia meneruskan rentak cemerlang dalam aksi kelayakan Piala Asia B-23 2024 dengan membelasah Filipina 4-0 dalam aksi kedua Kumpulan H hari ini. Selepas meraih kemenangan 2-0 ke atas Bangladesh, jurulatih E. Elavarasan tahu mereka perlu meraih kemenangan besar ke atas Young Azkals. Ini kerana berdasarkan kedudukan empat naib juara kumpulan terbaik ketika ini, Harimau Muda […]

Harith Haiqal Jaring Gol Roket Jarak Jauh

Pertahanan muda Malaysia U23, Harith Haiqal menggegar bumi Thailand selepas menjaringkan gol roket jarak jauh. Aksi antara Malaysia dan Filipina itu menyaksikan percaturan E. Elavarasan untuk membariskan kesebelasan terbaik membuahkan hasil. Skuad muda negara mendahului seawal 20 saat menerusi ledakan kapten pasukan, Mukhairi Ajmal untuk menyuntik moral pasukan. Tumpuan terarah kepada bagaimana kebolehan pertahanan muda […]

Tan Cheng Hoe Jumpa ‘Permata’ No. 6 Di Selangor FC

Ketua jurulatih Selangor FC, Tan Cheng Hoe melakukan satu tugas yang cukup luar biasa di kelab apabila menemui seorang lagi permata yang mampu beraksi dengan cukup baik pada posisi nombor 6. Pengendali berusia 55 tahun itu telah pun merombak kesebelasan utama The Red Giants ketika mereka mencatatkan kemenangan besar 1-7 menumpaskan Kelantan United. Bekas jurulatih […]

Harith Haiqal Tolak Dakwaan Komunikasi Punca Benteng Mudah Dibolosi

Pemain Selangor FC, Harith Haiqal Adam Afkar menepis dakwaan sesetengah peminat bola sepak tempatan yang menanggap kurang komunikasi merupakan antara punca benteng pertahanan skuad B-23 tahun kebangsaan dibolosi. Dalam saingan Sukan Sea tempoh hari, Malaysia sekadar meraih tempat keempat setelah tewas kepada Indonesia dalam penentuan sepakan penalti. Kini misi utama para pemain B-23 kebangsaan tertumpu […]

Harith Haiqal Dedah Kunci Kekebalan & Keserasian Pasukan

Pertahanan kental kebangsaan, Harith Haiqal Adam Afkar dalam satu temu bual selepas sesi latihan di Padang MSN Bukit Jalil menjelaskan beliau memang sudah serasi apabila diberi kepercayaan untuk digandingkan bersama Ahmad Zikri Khalili dan Azrin Afiq. Beliau menjelaskan keserasian mereka sudah bermula sejak di Akademi Mokhtar Dahari (AMD). Ketika ini, bermain bersama dalam satu pasukan […]

Layak Ke Piala Asia B-23 Bukti ‘Pool’ Pemain Muda Malaysia Semakin Meluas

Layak secara merit ke Piala Asia 2022 adalah satu kejayaan untuk skuad negara dan lebih manis lagi, pasukan negara menghabiskan kempen Kelayakan Piala Asia tanpa sebarang kekalahan dan kebal tanpa dibolosi. Pasukan negara berjaya menewaskan Laos pada perlawanan pertama dengan keputusan 1-0. Selepas itu, Malaysia meneruskan kecemerlangan dengan membenam cabaran tuan rumah dengan jaringan yang […]