Liga A1: 5 Gol Manjung City Pastikan Harini FT Pulang Hampa

Manjung City mempamerkan aksi cemerlang apabila berjaya menewaskan Harini FT dengan jaringan besar 5-2 untuk meraih tiga mata penting liga. Manjung City turun dengan formasi 4-4-2 yang dipimpin oleh Faizzwan Dorahim selaku kapten pasukan bagi aksi yang berlangsung di Stadium Majlis Perbandaran Manjung. Praviin pula mengetuai pasukan Harini FT yang masih mencari kemenangan pertama dalam […]
Liga A1: Harini FT Kecundang Di Tangan Armed Forces

Impian Harini Selangor FT untuk meraih mata pertama dalam saingan Liga A1 berkecai apabila tewas 1-2 di tangan Armed Forces FC. Harini FT masih mencari kemenangan pertama dalam kempen liga setelah merekodkan 2 keputusan seri serta 5 kekalahan dalam 7 perlawanan. Armed Forces pula mahu bangkit daripada kekecewaan lalu setelah tewas 1-3 kepada PIB Shah […]
Liga A1: Kedudukan Melaka Lonjak Tinggi Selepas Tewaskan Harini

Pasukan Melaka berjaya melonjak ke kedudukan kedua dalam carta Liga A1 Semi-Pro MBSB Bank Championship 2024. Selepas menundukkan Harini FT dengan keputusan 3-1 pada semalam, skuad kendalian K. Devan terus cemerlang mengekalkan rekod tanpa kalah. Hatrik yang diraih penjaring terbanyak Liga A1 musim lalu, Azim Rahim melengkapkan malam gemilang Melaka di Stadium Hang Jebat. Kelebihan […]
Liga A1: Harini Sekat PT Athletic Raih Kemenangan Kedua

Usaha PT Athletic meraih kemenangan kedua dalam saingan Liga A1 Semi Pro tidak kesampaian apabila sekadar seri 1-1 dengan Harini FT. Selepas tewas dua kali dalam saingan liga, Harini yang dibimbing K. Ramachandran berusaha mengelak tewas buat kali ketiga. Sementara PT Athletic pula mahu menambah kemenangan selepas menewaskan Bukit Tambun FC pada 8 Jun lalu. […]
R. Kogileswaran Memukau, Bantu BR Damansara Belasah Harini FT

Bekas pemain sayap kebangsaan, R. Kogileswaran membantu pasukan barunya, Bunga Raya Damansara (BR Damansara) membelasah Harini FT dalam aksi pembukaan Liga A1 Semi Pro hari ini. BR Damansara dilihat tidak gentar meskipun berstatus pendatang baru liga musim ini. Ini kerana pasukan itu diperkuatkan dengan pemain-pemain berpengalaman seperti Kogileswaran, K. Gurusamy dan Khyril Muhymeen Zambri. Sementara […]
Bekas Penjaga Gol Malaysia, Hafizul Hakim Sertai KL City

KL City FC memperkuatkan bahagian penjaga gol dengan membawa masuk bekas penjaga gol kebangsaan, Hafizul Hakim Khairul Nizam Jothy. Perpindahan bekas penjaga gol Harini FT itu diumumkan pengurusan The City Boys di platform media sosial rasmi mereka. Kehadiran Hafizul mengisi kekosongan yang ditinggalkan penjaga gol muda, Azim Al Amin Kamaruddin yang berhijrah menyertai Selangor FC. […]
Tiga Pasukan Liga M3 Sedia Sertai Liga Super

MFL mengesahkan tiga pasukan daripada Liga M3 telah menyerahkan dokumen lengkap bagi mengisi slot ke saingan Liga Super 2024. Pasukan KL Rovers, Harini FT dan Imigresen FC antara tiga pasukan yang bersedia untuk beraksi dalam saingan Liga Super menggantikan slot yang ditinggalkan Kelantan FC. Tarikh penutup penyerahan dokumen telah tutup pada 2 Januari 2024 yang […]
Norshahrul Idlan Talaha Cipta Sejarah Baru Di Malaysia

Bekas penyerang Harimau Malaya, Norshahrul Idlan Talaha mencipta sejarah tersendiri hari ini. Beliau menjadi pemain bola sepak profesional pertama di Malaysia yang beraksi dalam kejohanan e-sukan ePiala Malaysia 2023. Perkara ini diumumkan oleh eMalaysian Football League (eMFL) dan kelabnya, Harini FT menerusi satu hantaran di Instagram. Norshahrul yang mesra disapa Matyo bakal bergandingan dengan tiga […]
KL Rovers Layak Ke Playoff Liga Super, Ikat Harini

KL Rovers FC muncul naib juara Liga M3 musim ini selepas mengikat Harini FT 1-1 dalam aksi terakhir liga hari ini. Ini sekaligus membolehkan mereka layak ke aksi playoff Liga Super. Sekiranya menang aksi playoff, mereka akan mengiringi Imigresen ke Liga Super musim depan. Kedua-dua pasukan tahu kemenangan bakal menentukan sama ada mereka layak ke […]
Challenge Cup: Penang Bangkit Saat Akhir Tewaskan Harini FT

Penang menerima kunjungan kelab liga M3, Harini FT untuk saingan suku akhir pertama Challenge Cup yang menyaksikan Penang menewaskan Harini 2-1. Penang menurunkan barisan pemain terbaik mereka seperti Rafael Victor, Al Hafiz Harun, Kogileswaran dan penyerang muda berbakat, Alif Ikmarizal untuk perlawanan ini. Harini FC juga menampilkan barisan pemain berpengalaman tinggi seperti Hafizul Hakim, Prabakaran, […]
Piala Malaysia: Sri Pahang Gah Ke Suku Akhir, Kalahkan Harini

Dua gol Kpah Sherman sudah cukup untuk membantu Sri Pahang FC layak ke suku akhir Piala Malaysia 2023. Ini selepas mereka mengalahkan wakil Liga M3, Harini FT dalam aksi kedua pusingan 16 terbaik hari ini. Dengan Stadium Darul Makmur sebagai venue aksi kedua, kelebihan itu dimanfaatkan sepenuhnya oleh skuad Tok Gajah selepas menang tipis 3-2 […]
“Tewaskan Sri Pahang Bukan Misi Mustahil” – Matyo

Bekas penyerang Harimau Malaya, Norshahrul Idlan Talaha atau Matyo melihat pasukannya, Harini FT berpeluang mengatasi Sri Pahang FC dalam aksi kedua pusingan 16 pasukan terbaik Piala Malaysia. Ini kerana semangat juang yang dimiliki anak-anak buah P. Maniam itu berjaya mengikat Tok Gajah 2-2 sebelum akhirnya tumbang 3-2 dalam aksi pertama pada Jumaat lepas. Justeru, Matyo […]
Fandi Ahmad Hampa Lihat Aksi Sri Pahang

Walaupun berjaya mencatatkan kemenangan, pengendali Sri Pahang FC, Fandi Ahmad akui berasa sedikit hampa apabila melihat para pemainnya melakukan kesilapan-kesilapan mudah dalam aksi Piala Malaysia menentang Harini FT semalam. Pada hemat Fandi, kesilapan-kesilapan itu tak seharusnya berlaku namun memuji usaha keras para pemainnya yang bermain bermati-matian bagi memastikan kemenangan menjadi milik Sri Pahang. “Agak rasa […]
Matyo Beri Amaran Awal Kepada Sri Pahang

Penyerang berbisa negara, Norshahrul Idlan Talaha atau dikenali sebagai Matyo memberi amaran awal terhadap pasukan Liga Super, Sri Pahang menjelang pertemuan aksi Piala Malaysia. Pemain berusia 37 tahun itu kini beraksi buat pasukan Liga M3, Harini FT dan memainkan peranan yang cukup penting buat pasukan. Bekas bintang Kelantan itu menjaringkan satu gol yang cukup cantik […]
KL Rovers & Harini FT Layak Ke Piala Malaysia

Dua pasukan teratas Liga M3, KL Rovers FC dan Harini FT sah layak beraksi dalam saingan Piala Malaysia 2023. Ini selepas kedudukan terkini Liga M3 yang dikeluarkan AFL pada 30 Julai lalu. Mengikut kedudukan semasa, Rovers dan Harini mengungguli kedudukan dua teratas liga masing-masing dengan kutipan 36 dan 33 mata. Kedudukan ini sukar dicabar oleh […]
Cubaan Ambil Alih PJ City Gagal

Usaha yang dilakukan untuk mengambil alih pasukan Liga Super 2022, PJ City FC tidak kesampaian apabila difahamkan kedua-dua pihak gagal mencapai kata sepakat. Perkara ini telah pun dimaklumkan dalam satu kenyataan oleh Liga Bolasepak Malaysia (MFL) apabila hanya 14 sahaja pasukan yang bakal mengambil bahagian dalam Liga Super 2023. Terdapat desas-desus yang kuat mengatakan PJ […]