Harimau Malaya Dijangka Beraksi di Sabah/Sarawak November Ini

Kebiasaannya untuk perlawanan antarabangsa membabitkan Harimau Malaya, ia diadakan di Stadium Nasional Bukit Jalil (SNBJ). Tetapi pada November ini, skuad kebangsaan bakal mengadakan perlawanan persahabatan di Sabah atau Sarawak. Ini dilihat bakal melengkapkan siri perlawanan persahabatan yang perlu ditempuh anak-anak buah Kim Pan-gon untuk tahun 2023. Sebelum ini, FAM mengatur beberapa perlawanan di stadium selain […]
Aksi Malaysia Berdepan Turkmenistan & Yaman Bakal Berlangsung Di Stadium Sultan Ibrahim

Pertembungan antara pasukan Malaysia dan beberapa lawan berstatus elit bakal berlangsung di stadium keramat Johor Darul Ta’zim (JDT), Stadium Sultan Ibrahim. Menerusi satu penjelasan oleh Presiden FAM, Dato’ Hamidin Mohd Amin, Malaysia kini dalam perancangan secara berfasa untuk mengatur aksi persahabatan. Beliau mengesahkan bahawa anak didik Kim Pan-gon akan menghadapi dua aksi persahabatan menentang Turkmenistan […]
Pasukan Ke-80 Dunia Antara 4 Pasukan Sertai Pestabola Merdeka

Selepas penganjuran Pestabola Merdeka pada Oktober tahun ini diumumkan oleh FAM beberapa minggu sebelumnya, ramai berspekulasi pasukan mana yang akan menyertai kejohanan ikonik itu. Terbaru, difahamkan China merupakan antara pasukan yang bakal menyertai kejohanan itu. Sebelum ini, beberapa negara dicanang dikatakan dicanang menyertai kejohanan itu termasuk Thailand, India dan Palestin. Bagaimanapun, Thailand menerusi Persatuan Bola […]
Jepun & China Pilihan Kim Pan-gon Bertemu Malaysia

Malaysia berpeluang untuk beradu kekuatan berdepan lawan berstatus elit apabila berkemungkinan akan menghadapi Jepun dan China dalam aksi persahabatan September nanti. Perkara ini telah pun disahkan oleh Presiden Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM) yang memaklumkan bahawa mereka sudah pun mengatur perancangan bagi tahun ini. Bermula Mac ini, anak didik Kim Pan-gon akan menghadapi dua aksi persahabatan […]
Pemain Scotland, Fergus Tierney Dalam Senarai 25 Pemain Ke Kem Latihan Kebangsaan

Pemain berdarah Scotland, Fergus Tierney berada dalam senarai 25 orang pemain yang dipanggil ke kem latihan skuad bawah 23 tahun kebangsaan. Pemain dengan kelebihan fizikal ini lahir pada tahun 2003 di Scotland dan aktif berlatih bersama akademi bola sepak di Eropah dan Asia termasuklah bersama Penang FC dan JDT 2. Sebelum ini, beliau pernah dikesan […]
Malaysia Lawan Turkmenistan Di Stadium Sultan Ibrahim Mac Ini

Pengerusi Jawatankuasa Pertandingan FAM, Firdaus Mohamed mengesahkan bahawa pasukan kebangsaan Malaysia akan bermain dalam 2 perlawanan persahabatan pada bulan Mac ini di Stadium Sultan Ibrahim, Iskandar Puteri, Johor. Stadium Nasional Bukit Jalil yang dijadualkan ditutup bermula Mac ini untuk memberi ruang penukaran rumput sedia ada kepada jenis Zeon Zoysia, rumput yang sama digunakan di Stadium […]
Kim Pan-gon Bakal Tentukan Lawan Harimau Malaya

Dengan Pesta Bola Merdeka bakal dianjurkan tidak lama lagi, ramai ingin tahu siapa yang bakal menjadi lawan Harimau Malaya. Tetapi bagi FAM, siapa saja lawan negara dalam kejohanan itu hanya akan ditentukan oleh jurulatih pasukan kebangsaan, Kim Pan-gon. Hal ini disentuh oleh Setiausaha Agung FAM, Noor Azman Rahman. Malah, ketika ini, belum ada sebarang jemputan […]
Stadium Sultan Ibrahim Bakal Digunakan Harimau Malaya Seawal Mac Ini?

Gelanggang keramat Johor Darul Ta’zim (JDT), Stadium Sultan Ibrahim (SSI) dijangka akan menjadi venue rasmi Harimau Malaya seawal Mac ini. Menerusi Setiausaha Agung Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM), Noor Azman Rahman, beliau memberi bayangan bahawa pasukan kebangsaan berkemungkinan besar akan menggunakan Stadium Sultan Ibrahim. Namun begitu, keputusan rasmi kini masih belum dibuat kerana FAM masih […]
Armin Maier Sanggup Lepaskan Pasport Jerman Demi Malaysia

Cita-cita mana-mana pemain negara ialah mewakili Harimau Malaya di peringkat antarabangsa. Dan bagi Armin Maier, itu satu cita-cita yang mahu direalisasikan walaupun itu bermakna melepaskan pasport Jerman miliknya. Ketika ini, proses dokumentasi pasport Malaysianya bakal lengkap selewat-lewatnya hujung tahun ini. Dan itu diharap dapat membantu pemain SV Helmstetten itu dapat mewakili Harimau Malaya yang dibimbing […]
Dulu Park Hang-seo Sanggup Tinggalkan Vietnam Untuk Malaysia

Bekas ketua jurulatih Vietnam, Park Hang-seo dilaporkan pernah menawarkan diri kepada Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM) untuk mengemudi skuad kebangsaan Malaysia. Pengendali berusia 65 tahun itu telah bersama pasukan kebangsaan Vietnam hampir 5 tahun dan membawa era kegemilangan kepada bola sepak di sana. Namun begitu, beliau difahamkan amat berminat untuk mengisi kekosongan jawatan pengendali Harimau Malaya […]
TMJ Peruntukkan Alatan Kecergasan Kepada Skuad Harimau Malaya

Duli Yang Amat Mulia, Tunku Ismail Sultan Ibrahim (TMJ) telah memperuntukkan peralatan kepada pasukan kebangsaan. Menerusi satu kenyataan oleh Johor Southern Tigers hari ini, mereka mengumumkan bakal menandatangani kerjasama dengan salah sebuah jenama kecergasan antarabangsa. Perjanjian ini juga difahamkan akan dimetrai dalam beberapa bulan akan datang selepas perbincangan kini berada pada tahap akhir. Baginta Tunku […]
JDT Bakal Jalin Kerjasama Dengan Syarikat Kecergasan Antarabangsa

Seiring dengan kejayaan JDT di peringkat domestik dan antarabangsa, banyak organisasi dan syarikat mahu bekerjasama dengan pasukan tersebut. Terbaru, Harimau Selatan mengumumkan bakal mengadakan kerjasama dengan sebuah syarikat kecergasan antarabangsa. Pengumuman tersebut dibuat di laman media sosial rasmi JDT hari ini. Buat masa ini, perbincangan antara kedua-dua pihak amat memberangsangkan dan kini berada di fasa […]
Bintang Piala AFF Harimau Malaya Sertai Sri Pahang

Sri Pahang nampaknya terus bernafsu mempersiapkan skuad bagi mengharungi musim baru Liga Malaysia, apabila menyambar pula khidmat pemain sayap kanan skuad kebangsaan, Nur Shamie Iszuan Amin. Dalam kenyataan rasmi oleh kelab gergasi pantai timur itu pada Selasa, mereka mengumumkan pemain berusia 27 tahun dari Kuching itu telah menandatangani kontrak selama dua tahun. Nur Shamie yang […]
Lima Pemain Skuad Piala AFF Berpotensi Diserap Ke Piala Asia

Piala AFF Mitshibushi Electric 2022 sudah melabuh tirai, skuad Harimau Malaya terkandas di pusingan separuh akhir dengan Thailand. Ianya bukanlah suatu pencapaian yang gagal buat skuad Harimau Malaya. Malah, banyak perkara yang positif memberi impak besar kali ini. Pengarah Teknikal Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM), Scott O’Donell beri bayangan beberapa pemain muda dan pemain naturalisasi berpotensi […]
“Tidak Mudah Dalam Masa Sebulan Kita Nak Dapat Kejayaan” – Faisal Halim

Semalam, skuad kebangsaan tunduk 3-1 secara agregat kepada Thailand dalam saingan separuh akhir Piala AFF 2022. Tetapi bagi kapten Faisal Halim, di sebalik kekalahan itu, dia percaya skuad ini mempunyai potensi besar untuk berjaya di peringkat antarabangsa. Atas sebab itu, dia berharap skuad ini dikekalkan agar dapat menikmati kejayaan serupa seperti mana dua pasukan serantau, […]
Kim Pan-gon: Kamu Boleh Salahkan Saya, Tapi Bukan Pemain

Ketua jurulatih Harimau Malaya, Kim Pan-gon amat berpuas hati dengan usaha yang tidak mengenal erti penat lelah daripada barisan pemain Harimau Malaya dalam kempen Piala AFF kali ini. Malaysia terpaksa menelan hakikat apabila perjuangan kali ini terhenti susulan kekalahan 3-0 ke atas juara bertahan, Thailand. Pengendali kelahiran Korea Selatan itu bagaimanapun tidak mahu menyalahkan para […]