E. Elavarasan: Skuad B-22 Malaysia Bersedia Mendepani Cabaran

Selepas undian penentuan kumpulan acara bola sepak Sukan SEA 2023 dibuat, Malaysia berdepan kesukaran kerana ditempatkan bersama juara bertahan, Vietnam dan Thailand dalam Kumpulan B. Tetapi bagi jurulatih skuad B-22 negara, E. Elavarasan, itu bukan alasan untuk tidak memberi yang terbaik. Selain Malaysia, Thailand dan Vietnam, pasukan lain dalam Kumpulan B ialah Singapura dan Laos. […]

Pemain Warisan Negara, Richard Chin Calon Pemain Muda Terbaik Charlton Athletic

Pertahanan kental campuran Malaysia-Seychelles, Richard Chin tersenarai sebagai calon pemain muda terbaik bersama kelabnya, Charlton Athletic bagi musim 2022-2023. Pemain berusia 20 tahun itu memainkan peranan yang cukup penting bersama pasukan musim lalu dan menjadi tunjang utama buat kelab England tersebut. Beliau bagaimanapun pada musim ini telah pun dipinjamkan ke kelab divisyen 6, Dartford dan […]

India Buat Pusingan Sertai King’s Cup Di Thailand

Ramai menjangkakan India bakal menjadi lawan Harimau Malaya untuk Pestabola Merdeka yang bakal diadakan pada Oktober ini. Tetapi hari ini, India mengumumkan bakal menyertai King’s Cup di Thailand pada September ini. Kejohanan tersebut bakal diadakan dari 7 hingga 10 September ini. Selain India dan tuan rumah Thailand, Lubnan dan Emiriah Arab Bersatu (UAE) turut mengumumkan […]

Kogileswaran Kongsi Dua Syarat Sebelum Beraksi Di Korea

Membuat penampilan pertama di Korean FA Cup bersama Chungbuk Cheongju merupakan satu kenangan yang tidak akan dilupakan oleh pemain sayap negara, R. Kogileswaran. Atas sebab itu, bekas pemain sayap PJ City itu berharap lebih ramai pemain melebarkan sayap mereka ke luar negara termasuk K-League. Tetapi sebelum ada yang memasang angan-angan ke luar negara, pemain-pemain perlu […]

Safee Sali Anggap Faisal Halim & Akhyar Rashid Setanding Pemain Naturalisasi

Legenda bola sepak negara, Safee Sali memuji prestasi cemerlang yang ditampilkan dua pemain sayap Harimau Malaya bagi aksi perlawanan persahabatan tempoh hari.  Memetik kenyataan daripada Bernama, bekas penyerang kebangsaan itu menganggap kualiti yang ada pada Akhyar Rashid dan Faisal Halim kini setanding dengan pemain naturalisasi seperti Paolo Josue dan Endrick Dos Santos.  Dua pemain sayap […]

Akhyar Rashid Ada Sebab Tersendiri Mengapa Beliau Tidak Dapat Beraksi 90 Minit

Pemain sayap pasukan Johor Darul Ta’zim (JDT), Akhyar Rashid memiliki sebab yang tersendiri susulan tidak dapat meneruskan cabaran selama 90 minit bersama skuad kebangsaan. Bintang kelahiran Kedah ini menjadi tunjang utama apabila mengemudi jentera serangan Harimau Malaya dengan cukup baik dalam dua aksi persahabatan menentang Turkmenistan dan Hong Kong. Pemain berusia 23 tahun ini menjadi […]

Lima Pemain Harimau Malaya Jadi Sandaran Ong Kim Swee

Dengan perlawanan menentang Johor Darul Ta’zim (JDT) bakal berlangsung esok, jurulatih Sabah, Datuk Ong Kim Swee sedar bukan mudah bagi anak-anak buahnya meraih kemenangan. Atas sebab itu, beliau berharap lima pemain Badak yang baru pulang dari tugasan pasukan kebangsaan dapat merealisasikan matlamat tersebut. Lima pemain yang dimaksudkan ialah penjaga gol Damien Lim, duo pertahanan Dominic […]

Faisal Halim Bukti Kerja Keras Tak Pernah Khianati Hasil

Pemain sayap Harimau Malaya, Faisal Halim menjadi teladan yang cukup baik sekaligus membuktikan kerja keras seseorang pasti membuahkan hasil yang lumayan. Impak yang dibawa oleh pemain baharu Selangor FC ini jelas ditagih oleh Kim Pan-gon apabila beliau diturunkan dalam dua aksi persahabatan Tier 1 berdepan Turkmenistan dan juga Hong Kong. Anak jati kelahiran Pulau Pinang […]

Matyo Harap Nooa Laine Tak Pulang Ke Malaysia Terlalu Awal

Bekas penyerang lagenda Harimau Malaya, Norshahrul Idlan Talaha berharap agar pemain tengah warisan negara, Nooa Laine dapat terus kekal beraksi di Eropah. Pemain berusia 20 tahun itu telah membuat debut bersama pasukan negara berdepan Turkmenistan sebelum turun dalam kesebelasan utama pasukan menentang Hong Kong. Nooa jelas sedang menyesuaikan diri dengan corak permainan skuad kebangsaan sambil […]

Malaysia Bakal Berdepan Yaman & Solomon Islands Di Laman Sendiri

Keyakinan skuad kebangsaan Malaysia berada pada tahap tinggi selepas berjaya membenam Hong Kong dan Turkmenistan. Dan sebagai aturan untuk dua perlawanan antarabangsa seterusnya pada Jun ini, Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM) memilih Yaman dan Kepulauan Solomon sebagai lawan terbaru anak-anak buah Kim Pan-gon. Hal ini didedahkan sendiri oleh Setiausaha Agung FAM, Noor Azman Rahman. Selain […]

Akhyar Rashid Puas Meledak Selepas Jarang Beraksi Di Kelab

Kepuasan terpancar pada wajah pemain sayap Akhyar Rashid bila meledakkan gol semasa menentang Turkmenistan dan Hong Kong. Ini kerana inilah peluang untuk dirinya menunjukkan potensi dirinya yang sebenar selepas jarang diturunkan kelabnya, Johor Darul Ta’zim (JDT). Liga Super musim 2023 menyaksikan Akhyar hanya diturunkan sebagai pemain gantian dalam dua perlawanan iaitu kemenangan ke atas Negeri […]

Faisal Halim & Akhyar Rashid Dah Rancang Awal Pelan Menentang Hong Kong

Pemain sayap Harimau Malaya, Faisal Halim sempat merancang kejutan bersama Akhyar Rashid sebelum kedua-dua pemain ini meledak ketika menewaskan Hong Kong hari ini. Bintang baharu Selangor FC akhirnya berjaya menamatkan kemarau jaringan apabila menjaringkan gol kedua pasukan. Pemain berusia 25 tahun mengakui agak terharu apabila berjaya menamatkan kemarau jaringan yang sudah lama dinantikannya. Namun begitu, […]

“Taraf Liga Perlu Dipertingkatkan Demi Harimau Malaya” – Kim Pan-gon

Isu kecergasan pemain yang tercetus semasa perlawanan menentang Turkmenistan kembali berulang dalam perlawanan menentang Hong Kong semalam. Hal ini membuatkan jurulatih Harimau Malaya, Kim Pan-gon berpandangan taraf Liga Malaysia (Liga M) perlu dipertingkatkan demi menjaga kualiti pasukan kebangsaan. Ini kerana dengan corak permainan pantas yang dipraktikkannya, ia memerlukan pemain mempunyai tahap kecergasan yang tinggi. Malangnya, […]

Kim Pan-gon Tepis Kritikan Jentera Tengah Malaysia Beraksi Teruk

Ketua jurulatih Harimau Malaya, Kim Pan-gon menempis dakwaan bahawa jentera tengah negara beraksi kurang baik menentang Hong Kong. Pengendali kelahiran Korea Selatan itu secara keseluruhannya berpuas hati dengan persembahan yang ditampilkan oleh anak buahnya. Namun begitu, beliau tetap merasakan bahawa ada beberapa aspek yang perlu ditambah baik bagi aksi mendatang. Jurulatih berusia 53 tahun ini […]

Jorn Andersen Anggap Ketumpulan Serangan Punca Dimalukan Malaysia

Ketua jurulatih Hong Kong, Jorn Andersen mengakui bahawa ketumpulan jentera serangan telah menyebabkan pasukannya gagal menandingi Malaysia. Hong Kong hadir untuk menebus kekecewaan tahun lalu apabila tunduk dengan keputusan 2-0 di Stadium Nasional Bukit Jalil. Beliau bagaimanapun terpaksa menelan hakikat apabila pasukan bimbingannya tewas sekali lagi kepada Harimau Malaya dengan jumlah jaringan yang sama. Mengulas […]

Ranking FIFA Malaysia: Malaysia Raih 10.12 Mata Tambahan FIFA, Naik 5 Anak Tangga

Malaysia mencatatkan perolehan mata ranking FIFA maksimum dalam kalendar FIFA kali ini selepas berjaya mencatatkan kemenangan 100% dalam dua aksi persahabatan di Stadium Sultan Ibrahim. Kemenangan 1-0 terhadap Turkmenistan memberikan Malaysia tambahan mata sebanyak 5.27 manakala kemenangan 2-0 terhadap Hong Kong pula memberikan Malaysia tambahan mata sebanyak 4.85. Mata keseluruhan yang berjaya dikutip sepanjang bulan […]