Dion Cools Bakal Terlepas Panggilan Harimau Malaya?

Pertahanan kental Harimau Malaya, Dion Cools dijangka akan terlepas panggilan untuk membarisi skuad kebangsaan menjelang dua aksi persahabatan menentang Papua New Guinea dan juga Kepulauan Solomon Jun ini. Pemain berusia 27 tahun itu merupakan nadi utama di bahagian pertahanan Malaysia sejak tahun lalu terus menjadi sandaran utama pasukan. Beliau yang kini beraksi bersama juara Liga […]

Aksi Malaysia & Arab Saudi Bakal Jadi Kenyataan

Menjelang Piala Asia 2023 yang diadakan pada Januari tahun hadapan, Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM) sibuk mengatur beberapa aksi persahabatan sebelum kejohanan itu bermula. Dan satu daripadanya bakal menjadi kenyataan iaitu aksi persahabatan membabitkan Malaysia dan Arab Saudi. Difahamkan aksi persahabatan membabitkan Harimau Malaya dan Arabian Falcons itu bakal diadakan sekitar Disember ini atau Januari […]

Hamidin: Brazil & Argentina Pelawa Malaysia Berentap

Dengan Indonesia bakal berentap dengan Argentina untuk aksi persahabatan pada 19 Jun ini, ramai penyokong tertanya-tanya kenapa Malaysia tidak melakukan perkara sama. Tetapi menurut Datuk Hamidin Mohd Amin, sebenarnya Harimau Malaya ada menerima jemputan daripada Argentina dan Brazil untuk aksi persahabatan. Beliau yang juga Presiden Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM) bagaimanapun berpandangan ini bukanlah masa […]

Malaysia Bakal Diuji Papua New Guinea

Susulan tindakan Yaman membatalkan perlawanan persahabatan dengan Malaysia pada 20 Jun ini, Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM) segera mencari pengganti pasukan berkenaan. Hari ini, FAM mengesahkan Papua New Guinea bakal menentang skuad negara pada tarikh yang sama. Menurut Setiausaha Agung FAM, Noor Azman Hj Rahman, pembatalan perlawanan Malaysia-Yaman dibuat oleh Persatuan Bola Sepak Yaman (YFA) […]

Yaman Mahu Batalkan Aksi Persahabatan Bertemu Malaysia

Mengikut kalendar antarabangsa FIFA, Malaysia sepatutnya bertemu Kepulauan Solomon dan Yaman pada 14 dan 20 Jun ini. Bagaimanapun, berdasarkan maklumat terkini, perlawanan Harimau Malaya-Yaman dijangka tidak akan menjadi kenyataan. Menurut pemilik akaun Twitter Piang Shankly, Persatuan Bola Sepak Yaman (YFA) sudah menghantar surat memohon pembatalan perlawanan tersebut kepada Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM). Ini sekaligus […]

Ryan Bakery Selami Ragam Penyokong Bola Sepak Malaysia

Pempengaruh media sosial, Ryan Bakery baru-baru ini memuat naik satu video yang menyelami ragam penyokong bola sepak Malaysia. Beliau yang terkenal dengan penghasilan video-video lucu sering mengimbau kenangan zaman dahulu dan menghasilkan video-video yang dekat di hati rakyat Malaysia. Pencipta kandungan kreatif itu memaparkan dua sisi berbeza penyokong bola sepak tempatan, satu ketika skuad negara […]

Seorang Lagi Pemain Warisan Malaysia Tembusi Pasaran Australia

Malaysia kini serius untuk mencari lebih ramai pemain warisan berkualiti untuk membantu skuad kebangsaan apabila menemui seorang lagi pemain yang berpotensi besar buat skuad negara. Menerusi perkongsian yang dibuat oleh Harimau Abroad, pemilik nama Airden Rawlins merupakan bintang dalam pembikinan yang kini mula disebut-sebut sebagai bintang berpotensi besar di Australia. Baru berusia 14 tahun, beliau […]

Richard Chin Bersungguh-Sungguh Mahu Wakili Malaysia Berbanding England

Pemain warisan negara, Richard Chin menyatakan hasrat untuk mewakili Malaysia berbanding gergasi dunia bola sepak, England. Menerusi satu temubual bersama Astro Arena, pemain muda berusia 22 tahun itu kini berada di Malaysia bagi menyelesaikan urusan dokumentasi bagi membolehkannya mewakili Harimau Malaya. Katanya, beliau melihat peluang dan kemampuan bola sepak Malaysia untuk terus berkembang selain sudah […]

Taiwan Ajak Malaysia Berentap

Dengan reputasi skuad senior Malaysia semakin meningkat, semakin banyak pasukan yang berminat mengadakan perlawanan persahabatan dengan skuad bimbingan Kim Pan-gon itu. Dan terbaru, Taiwan dikatakan berminat menguji keupayaan Harimau Malaya. Mengikut laporan ASEAN Football, pasukan yang menduduki kedudukan ke-156 mengikut ranking FIFA berharap dapat menguji Harimau Malaya untuk kalendar antarabangsa FIFA pada September ini. Justeru, […]

Corbin-Ong Disenarai Pendek Pertahanan Kiri Terbaik ACL 2022

Johor Darul Ta’zim (JDT) mengharungi kempen cemerlang dalam Liga Juara-Juara AFC (ACL) musim lepas termasuk mara ke pusingan 16 pasukan terbaik. Dan terkini, bek kiri Harimau Malaya dan JDT, La’Vere Corbin-Ong disenarai pendek sebagai bek kiri terbaik ACL musim 2022. Selain Corbin-Ong, tiga lagi pemain yang tersenarai ialah Kim Jin-su (Jeonbuk Hyundai Motors), Mohammed Al […]

Shahrel Fikri Bakal Buat Kim Pan-gon ‘Pening Kepala’

Prestasi mengagumkan penyerang Negeri Sembilan FC, Shahrel Fikri dilihat mampu untuk menambat hati pengendali Harimau Malaya, Kim Pan-gon. Umum mengetahui bahawa bekas penyerang Perak ini sudah pun melengkapkan perpindahan ke Negeri Sembilan selepas mengharungi dua musim yang cukup sukar di Selangor. Pemain berusia 28 tahun itu merupakan antara bintang terbaik yang dimiliki oleh Perak suatu […]

Kim Pan-gon & TMJ Bertemu Demi Bola Sepak Malaysia

Pertemuan ketua jurulatih Harimau Malaya, Kim Pan-gon dan juga pemilik kelab Johor Darul Ta’zim (JDT), Duli Yang Amat Mulia Tunku Ismail Sultan Ibrahim (TMJ) meraih tumpuan para peminat bola sepak tanah air. Kunjungan beliau ke Johor ditemani oleh Presiden Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM), Dato’ Hamidin Mohd Amin yang sempat bertentang mata di pejabat kelab JDT. […]

Jurulatih Buriram United Terpesona Dengan Kualiti Dion Cools

Ketua jurulatih Buriram United, Masatada Ishii memuji impak yang dibawa oleh pemain Malaysia, Dion Cools bersama pasukannya musim ini. Pemain berusia 26 tahun itu memiliki pengalaman yang cukup luas di pentas bola sepak Eropah termasuklah beraksi bersama beberapa buah kelab ternama di sana. Bekas bintang Club Brugge itu bagaimanapun membuat keputusan untuk berkelana di Asia […]

Dion Cools Julang Trofi Kedua Di Thailand

Selepas menjulang gelaran Thai League 1 pada minggu lepas, Dion Cools meraih satu lagi trofi bersama Buriram United. Ini selepas Thunder Castle berjaya menewaskan BG Pathum United 2-0 dalam aksi final Thai League Cup di Stadium Thunderdome semalam. Turun sebagai pasukan pilihan, anak-anak buah Masatada Ishii membuka tirai jaringan menerusi Goran Causic pada minit ke-13. […]

Aksi Harimau Malaya Bakal Terganggu Dengan Konsert Coldplay

Pada Januari lepas, ramai penyokong Harimau Malaya marah apabila penganjuran konsert Jay Chou mengurangkan kapasiti Stadium Nasional Bukit Jalil (SNBJ) untuk aksi separuh akhir Piala AFF 2022. Dan terbaru, konsert Coldplay pada 22 November ini dijangka bakal memberi kesan sama untuk perlawanan Kelayakan Piala Asia 2027 yang diadakan sehari selepas itu. Hal ini mula mengundang […]

Australia & Arab Saudi Jadi Pilihan Bertemu Malaysia

Malaysia dijangka akan terus melakukan persiapan terbaik sebelum melangkah ke Piala Asia Januari tahun hadapan. Menerusi satu kenyataan oleh wartawan Astro Arena, Zulhelmi Zainal Azam, skuad negara dijangka akan mengadakan beberapa siri persahabatan pada awal tahun hadapan sebelum ke Piala Asia. Umum mengetahui bahawa Harimau Malaya diundi dalam satu kumpulan bersama Korea Selatan, Jordan dan […]