Pemain Warisan Malaysia Dapat Peluang Kedua Di England

Pemain warisan Malaysia, Richard Chin memperoleh peluang baharu untuk terus merebut tempat dalam kesebelasan utama pasukannya, Charlton Athletic. Bintang muda berusia 20 tahun itu dipinjamkan ke Dartford pada musim lalu untuk mendapatkan lebih banyak minit bermain. Beliau telah pun pulang ke pangkuan kelabnya namun bergelut untuk mendapatkan peluang untuk beraksi di bawah kendalian Dean Holden. […]

Jurulatih Syria Pilih Percaturan Ganjil Berdepan Malaysia

Percaturan ketua jurulatih Syria meraih perhatian para penyokongnya selepas memilih skuad ganjil berdepan Malaysia. Pasukan ke-94 dunia itu bakal menjadi lawan pertama pasukan bimbingan Kim Pan-gon di Chengdu, China namun barisan pilihan pasukan Timur Tengah itu mencuri tumpuan. Keputusan Héctor Cúper untuk membawa barisan ‘kuda tua’ berdepan Harimau Malaya telah membawa kritikan penyokong Syria. Pengendali […]

Dion Cools: Saya Dalam Kondisi Terbaik

Bek tengah Harimau Malaya, Dion Cools mengakui dirinya berada pada tahap terbaik untuk membantu pasukan mendepani dua aksi persahabatan menentang Syria dan China. Selepas tunduk 2-0 kepada Bangkok United dalam aksi Thailand Champions Cup, Cools memastikan Buriram United kekal tanpa kalah dalam tiga perlawanan awal Thai League 1. Selain membuat permulaan baik dalam liga, Cools […]

Ini Senarai Akhir Barisan Unik Malaysia Ke Kelayakan Piala Asia B-23

Teka teki mengenai barisan akhir yang bakal dibawa ke Kelayakan Piala Asia B-23 bagi mewakili Malaysia akhirnya terjawab. Ketua jurulatih B-23 kebangsaan, E. Elavarasan telah membuat keputusan muktamad bagi mengharungi kempen Kelayakan Piala Asia B-23 2024. Berdasarkan kemas kini yang dimuat naik oleh FAM, terdapat kelibat barisan pemain yang diharapkan mampu mencipta impak segera di […]

Aksi Malaysia-China Bakal Sepi Tanpa Ultras

Aksi persahabatan Malaysia dan China yang bakal diadakan pada 9 September ini di Chengdu dijangka sepi tanpa kehadiran ultras. China Sports Vision 2050 melaporkan untuk dua aksi persahabatan China pada September ini, penyokong hanya dibenarkan hadir secara individu dan bukan secara berkumpulan. Tidak diketahui apa yang mendorong arahan tersebut dikeluarkan. Bagaimanapun, China Sports Vision 2050 […]

Penjaga Gol Malaysia Terima Penilaian Tertinggi

Ketangkasan penjaga gol Malaysia telah memberikan kelebihan buat pasukan negara terutamanya untuk melangkah ke Kelayakan Piala Asia B-23 tidak lama lagi. Sungguhpun skuad muda negara melalui detik yang agak mencabar apabila tidak mencapai sasaran yang diharapkan dalam dua kejohanan sebelum ini, terdapat beberapa perkembangan positif yang boleh dilihat. Hal ini juga termasuklah aksi yang ditampilkan […]

Darren Lok Lihat Malaysia Kini Sudah Berbeza

Penyerang kebangsaan, Darren Lok menjangkakan satu perlawanan yang menarik bakal dipertontonkan Harimau Malaya ketika menentang Syria dan China kelak. Beliau yang ditemu bual ketika sesi latihan terakhir Harimau Malaya di Wisma FAM hari ini menzahirkan keterujaan bakal bertemu lawan yang berada di ranking yang lebih tinggi. “Kami jangkakan perlawanan yang sukar. Macam kamu kata, kita […]

“Skuad Ini Kembalikan Era Gemilang Malaysia”

Kecemerlangan prestasi yang ditampilkan oleh Malaysia dalam beberapa tahun kebelakangan ini mendapat pujian dan perhatian lagenda bola sepak negara, Dollah Salleh. Bekas penyerang kebangsaan itu melihat pasukan negara kini dalam momentum terbaik untuk membentu satu era ’emas’ baharu buat Harimau Malaya. Beliau ketika ditemui di Majlis Pelancaran Pestabola Merdeka di Wangsa Maju menjelaskan, kembalinya penganjuran […]

Matthew Davies Kesan Keserasian Pemain Malaysia Hampir Sempurna

Pertahanan kental Malaysia, Matthew Davies yakin keadaan semasa pasukan negara berada pada tahap yang cukup memberangsangkan. Beliau ketika ditemui di Wisma FAM hari ini menjelaskan, para pemain kini semakin mendapat sentuhan yang diharapkan selepas beberapa hari menjalani latihan. Mengulas lanjut, pertahanan kebal JDT ini memaklumkan bahawa persiapan pasukan berjalan lancar terutamanya dari segi taktikal dan […]

“Malaysia Amat Dahagakan Kejayaan” – Mukhairi Ajmal

Kapten pasukan bawah 23 tahun Malaysia, Mukhairi Ajmal optimis dengan kebangkitan yang bakal dipamerkan oleh skuad muda negara di Thailand. Pemain berusia 22 tahun itu berada dalam senarai pemain yang dibawa oleh E. Elavarasan ke kem latihan pusat. Mengulas lanjut, beliau bagaimanapun sedar akan harapan yang diletakkan kepada skuad muda negara selepas terlepas peluang pada […]

Pemain Malaysia Lakukan Analisis Khas Kaji Kekuatan Syria

Persiapan para pemain Malaysia untuk berdepan dua lawan yang lebih kuat pada musim ini berterusan apabila pasukan kini melakukan kajian khas terhadap kekuatan lawan. Harimau Malaya akan terbang ke Chengdu, China bagi menghadapi dua aksi persahabatan FIFA Tier 1 menentang tuan rumah, China dan juga Syria. Kedua-dua pasukan kini berada pada kedudukan yang lebih tinggi […]

Corak Latihan Kim Pan-gon Dilabel Unik

Persiapan latihan Malaysia menjelang aksi persahabatan di China September ini terus menjadi tumpuan. Semua mata tertumpu kepada percaturan yang bakal diterapkan oleh ketua jurulatih Malaysia, Kim Pan-gon untuk mempersiapkan skuad negara ke Chengdu. Malaysia bakal memulakan cabaran berdepan Syria pada 6 September sebelum turun berdepan pasukan ke-78 dunia, China. Mengulas lanjut, antara perkara yang menarik […]

Azam Azih: Kim Pan-gon Beri Saya Peluang Kedua

Pemain tengah kebangsaan Nor Azam Azih menghargai kepercayaan yang diberikan pengendali kebangsaan, Kim Pan-gon. Ekoran kecederaan yang membelenggu sebelumn ini, beliau akui sedikit tertekan untuk mencari semula prestasi dan berada pada tahap terbaik. “Bagi saya alhamdulilah panggilan kali ini, jurulatih Kim Pan-gon memanggil saya semula. Selepas sebelum ini saya mengalami tiga kali kecederaan ketika di […]

“Malaysia Miliki Skuad Terbaik” – Paulo Josue

Pemain naturalisasi negara, Paulo Josue optimis dengan barisan pemain sedia ada untuk membawa cabaran negara ke China. Beliau ketika ditemui di Wisma FAM memberitahu bahawa persiapan pasukan kini berada pada landasan terbaik untjk berdepan lawan yang berada pada kedudukan yang lebih tinggi. Katanya, Harimau Malaya membawa barisan pemain terbaik dalam negara sambil mengetahui kekuatan yang […]

Zainal Abidin: Pestabola Merdeka Ibarat Piala Dunia Di Asia

Lagenda bola sepak negara, Zainal Abidin Hassan melabel Pestabola Merdeka setaraf Piala Dunia bagi kalangan penyokong di Asia. Pengendali berusia 60 tahun itu menyatakan keterujaan apabila kembalinya Pestabola Merdeka selepas 10 tahun tidak diadakan. Mengulas lanjut, beliau sempat berkongsi detik manis ketika mula-mula mewakili Malaysia dan beraksi di Stadium Merdeka. Katanya, beliau yakin bahawa Pestabola […]

“Saya Kembali Lebih Kuat” – Faisal Halim

Pemain sayap pasukan Malaysia, Faisal Halim sedia bangkit untuk kembali membantu Harimau Malaya tampil lebih baik kali ini. Pemain berusia 25 tahun itu menjalani penggantungan selama satu bulan yang menyaksikan beliau hanya beraksi 45 minit selepas 5 perlawanan. Beliau bagaimanapun tetap optimis untuk terus membantu pasukan bimbingan Kim Pan-gon lebih cemerlang. Faisal ketika ditemui pada […]