Siaran Langsung Pestabola Merdeka: Malaysia vs India, Kesebelasan Utama & Info Siaran

Aksi Pestabola Merdeka kembali memeriahkan suasan bola sepak negara apabila pertemuan pasukan ke-134 dunia, Malaysia dan India (102 dunia) menjadi tumpuan. Perlawanan yang berlangsung di Stadium Nasional Bikit Jalil itu membolehkan skuad Harimau Malaya menjadi pasukan pertama menguji padang baharu dengan rumput Zeon Zoysia. Pasukan bimbingan Kim Pan-gon berada pada momentum terbaik selepas berjaya mengikat […]
Ranking FIFA Futsal: Malaysia Turun Dua Tangga, Indonesia Terus Merudum

Kemas kini terbaru ranking FIFA menyaksikan skuad futsal Malaysia berdepan tugas getir selepas turun dua tangga sekaligus memberikan tamparan hebat kepada pasukan. Skuad bimbingan Rakphol Sainetngam mengharungi kempen Kelayakan Futsal Asia 2024 yang menyaksikan pasukan negara mengakhiri cabaran peringkat kumpulan di tempat ke-3. Malaysia berjaya mencatatkan satu kemenangan berdepan Kemboja dan tewas dua perlawanan menentang […]
Taiwan Hampiri Jejak Malaysia

Pasukan kebangsaan Taiwan menghampiri jejak untuk mengikuti langkah Malaysia ke Kelayakan Piala Dunia 2026 dan Piala Asia 2027. Pasukan ke tangga ke-154 dunia itu mempamerkan persembahan cemerlang untuk selangkah mengiringi perjuangan Malaysia. Skuad kendalian Kim Pan-gon kini dalam momentum terbaik dan bakal menghadapi India bagi aksi Pestabola Merdeka 2023 pada 13 Oktober jam 9 malam. […]
“Keyakinan Pemain Malaysia Tinggi Berdepan India” – Kim Pan-gon

Menjelang aksi Pestabola Merdeka Malaysia menentang India malam ini, Kim Pan-gon percaya anak-anak buahnya memiliki keyakinan berdepan pasukan dari Asia Selatan itu. Ini disebabkan barisan kejurulatihan Harimau Malaya sudah mengatur persiapan rapi untuk perlawanan malam ini. Selain itu, keterujaan para pemain beraksi di hadapan penyokong sendiri di padang Stadium Nasional Bukit Jalil (SNBJ) yang berwajah […]
Lebih 40,000 ‘Ekor’ Harimau Malaya Bakal Gegar India

Kejohanan Pesta Bola Merdeka bakal membuka tirainya malam ini. Pertembungan antara pasukan Malaysia dan juga India di Stadium Nasional Bukit Jalil dijangka akan dibanjiri lebih 40,000 ekor Harimau Malaya. Aksi pertama ini menjadi penentu kepada pasukan yang menang untuk layak ke pentas akhir Pesta Bola Merdeka bertemu Tajkistan pada Selasa, 17 Oktober kelak. Sokongan padu […]
Ranking FIFA: Malaysia ‘Selangkah’ Kembali Ke Kelompok 120 Dunia Selepas 21 Tahun

Ranking FIFA Malaysia: Malaysia berpeluang untuk menghampiri kedudukan ke-120 terbaik dunia selepas kali terakhir berjaya melakukannya kira-kira 21 tahun lalu. Skuad Harimau Malaya dijadualkan berdepan India bagi aksi Pestabola Merdeka, 13 Oktober ini sungguhpun terlepas peluang untuk beraksi dua aksi persahabatan antarabangsa kali ini. Hal ini susulan Palestin yang menarik diri akibat pergolakan yang berlaku […]
Kos Naik Taraf SNBJ Cecah Hampir RM5 Juta

Projek Kerja-Kerja Menaik Taraf Padang Stadium Nasional Bukit Jalil (SNBJ) telah menelan belanja hampir RM5 Juta. Menerusi satu kenyataan oleh Menteri Belia dan Sukan, Hannah Yeoh, beliau memaklumkan bahawa serahan tapak projek kepada syarikat Talenttwo (M) Sdn Bhd telah dilaksanakan pada 1 April 2023 dan kerja penukaran rumput telah dijalankan sehingga 30 September 2023. Tempo […]
Matthew Davies Mahu Buat Rakyat Malaysia Berbangga

Pemain pertahanan kebangsaan, Matthew Davies tekad untuk membantu skuad Harimau Malaya meraih kemenangan di Kejohanan Pesta Bola Merdeka. Ketika sesi sidang media pra-perlawanan, Matt akui amat teruja dapat beraksi di hadapan puluhan ribu penyokong Harimau Malaya. Beliau turut merindui suasana dan aura di Stadium Nasional Bukit Jalil. “Kita rasa gembira kerana dapat bermain di sini […]
Igor Štimac: India Pasukan Yang Berkualiti Di Asia

Ketua jurulatih pasukan kebangsaan India, Igor Štimac yakin pasukannya memiliki kelebihan berdepan Malaysia di Pestabola Merdeka. Pasukan ke-102 dunia itu turun dengan misi besar apabila berdepan pasukan bimbingan Kim Pan-gon di tempat lawan. Beliau bagaimanapun memberi gambaran bahawa India bakal turun tanpa beberapa tonggak utama yang dilanda kecederaan sementara pemain yang dibawa juga bergelut dengan […]
Lee Tuck Dalam Radar Kelab England

Perancang tengah negara, Lee Tuck kembali menjadi bualan selepas salah sebuah kelab di National League, England menunjukkan minat untuk mendapatkan khidmatnya. Pemain berusia 35 tahun itu kembali ke negara asalnya atas tujuan peribadi selepas mencapai persetujuan untuk menamatkan kontraknya bersama Kedah Darul Aman. Bekas pemain Terengganu yang kini merupakan ejen bebas difahamkan sedang mencari kelab […]
Nooa Laine Sasar Benam India Di Gelanggang Keramat Harimau Malaya

Pemain tengah kebangsaan, Nooa Laine berazam untuk memberikan yang terbaik di kejohanan Pesta Bola Merdeka, Jumaat ini. Bakal beraksi buat kali pertama di Stadium Nasional Bukit Jalil, pemain berusia 20 tahun ini bangga diberi kepercayaan untuk bersama skuad Harimau Malaya. Beliau menzahirkan rasa teruja dan gembira mendapat panggilan ketua jurulatih Malaysia, Kim Pan-gon kali ini. […]
Malaysia ‘Ratah’ Kemboja

Skuad futsal Malaysia mencatatkan kemenangan bergaya menentang Kemboja bagi aksi Kelayakan Futsal Asia 2024. Malaysia menurunkan kesebelasan terbaik untuk mencatat kemenangan pertama untuk mengubati duka selepas tewas dua aksi pertama berdepan Iraq dan Uzbekistan. Skuad negara bermula baik apabila menjaringkan gol pendahuluan pada minit ke-10 menerusi percubaan Awaluddin Nawi sebelum Saad Sani menggandakan kedudukan tidak […]
Liku Bola Sepak Malaysia Diabadikan Oleh Filem Harimau Malaya: The Untold Journey

Selepas kejayaan filem Ola Bola pada 2016, satu lagi filem genre sejarah sukan bakal menggamit memori rakyat Malaysia iaitu Harimau Malaya: The Untold Journey. Secara ringkas, filem terbitan 4Ward Pictures Sdn. Bhd. ini berkisar tentang perjalanan Harimau Malaya untuk layak ke Piala Asia 2023. Filem yang mendapat sentuhan pengarah dan penulis skrip terkenal, Dato’ Afdlin […]
Teknologi Eropah Dipakai Pada Rumput Zeon Zoysia Di SNBJ

Detik yang ditunggu-tunggu mengenai perkembangan semasa keadaan padang di Stadium Nasional Bukit Jalil akhirnya terjawab. Menerusi satu perkembangan yang dikongsikan oleh Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM), SNBJ bagaimanapun berada pada tahap terbaik untuk mengadakan aksi di sana. Sebelum ini, kerisauan wujud dalam kalangan penyokong mengenai tempoh padang boleh disiapkan namun projek penambahbaikan padang berlangsung mengikut waktu […]
Pestabola Merdeka: Palestin Sah Tarik Diri, Ini Format, Venue & Masa Terkini Kejohanan

Kejohanan berprestij di Malaysia yang bakal berlangsung tidak lama lagi berdepan tamparan hebat apabila salah sebuah pasukan iaitu Palestin secara rasminya tidak akan menyertai Pestabola Merdeka. Menerusi perkembangan terkini oleh Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM) hari ini, terdapat beberapa perubahan yang bakal berlaku susulan penarikan Palestin. Pasukan kebangsaan Palestin difahamkan tidak dapat meneruskan perjalanan ke Malaysia […]
Media Timur Tengah Lapor Palestin Tidak Sertai Pestabola Merdeka

Media Timur Tengah melaporkan bahawa pasukan kebangsaan Palestin tidak akan menyertai Pestabola Merdeka yang bakal berlangsung tidak lama lagi. Keadaan huru hara ketika ini sedang berlaku di Palestin akibat serangan antara dua pihak sekaligus menyebabkan persiapan pasukan bola sepak mereka turut terjejas. Beberapa sumber yang melaporkan kepada Football Palestine memberitahu bahawa Palestin tidak akan menurunkan […]