Penganalisis Ini Kongsi Bagaimana Dion Cools Boleh Jaringkan Dua Gol

Umum mengetahui pemain bintang Malaysia, Dion Cools berjaya meledak dua gol dalam kemenangan bermakna 4-3 Malaysia ke atas Kyrgyzstan dalam aksi Kelayakan Piala Dunia 2026 tempoh hari. Tetapi bagaimana jaringan itu terjadi? Seorang pengalanisis taktikal, Shaiful Shazwan telah berkongsikan mengenai bagaimana dua gol Dion Cools itu boleh dihasilkan. Situasi gol pertama Dion Cools minit ke-7 […]

Faisal Halim Kongsi Detik Kekejangan Ketika ‘Siu’

Pemain sayap kebangsaan, Faisal Halim berkongsi detik kekejangan yang dialaminya ketika meraikan jaringan kemenangan di Stadium Bukit Jalil pada kelmarin. Faisal Halim menjadi watak penting pasukan apabila ledakannya pada babak akhir memberi kemenangan bermakna buat Harimau Malaya. Tiga mata penting berjaya diraih Malaysia dalam aksi pertama saingan Kelayakan Piala Dunia 2026 selepas menewaskan Kyrgysztan, 4-3. […]

Sikap Menyentuh Hati Pemain Malaysia Jadi ‘Payung Teduh’ Kanak-Kanak Pengiring

Perlawanan antara Malaysia dan juga Kyrgyzstan bukan sahaja bermakna apabila skuad negara berjaya melakar kemenangan, namun tindakan bermoral para pemain turut diberi perhatian. Langkah setiap pemain diperhatikan sejak kali pertama masuk ke atas padang untuk memulakan aksi. Perlawanan yang berlangsung dengan hujan renyai pada awalnya telah mempamerkan sisi berbeza para pemain terhadap kanak-kanak pengiring yang […]

Arif Aiman ‘Balas’ Kerisauan Penyokong Kyrgyzstan Dengan Aksi Menakjubkan

Pemain sayap kebangsaan, Arif Aiman Hanapi membalas kerisauan peminat dan penyokong pasukan bola sepak Kyrgyzstan dengan aksi yang menakjubkan. Diberi kepercayaan oleh pengendali kebangsaan, Kim Pan-gon untuk turun dalam kesebelasan utama pasukan, Arif mempamerkan kualiti yang beliau miliki dengan membantu Malaysia mencatat jaringan. Kemenangan 4-3 Malaysia mengatasi Kyrgyzstan pada kelmarin merupakan satu langkah kanan buat […]

Penyokong Puas Hati Keadaan Padang Terkini SNBJ, Terima Kasih TMJ

Keadaan padang di Stadium Nasional Bukit Jalil (SNBJ) semalam menjadi antara sebab penting yang membolehkan Malaysia memperagakan aksi terbaik untuk menewaskan Kyrgyzstan dengan keputusan 4-3. Ucapan penghargaan dan setinggi-tinggi terima kasih perlu diberikan kepada Duli Yang Amat Mulia, Tunku Ismail Sultan Ibrahim (TMJ) atas jasanya untuk menawarkan penukaran rumput Zeon Zoysia di Stadium Nasional Bukit […]

Kim Pan-gon: Saya Sangat Cemburu

Ketua jurulatih pasukan Malaysia, Kim Pan-gon menyatakan rasa cemburu terhadap sambutan yang diterima teutamanya pada kejohanan bola sepak di Korea Selatan. Pengendali berusia 54 tahun itu membawa kejayaan bermakna buat Harimau Malaya selepas menundukkan Kyrgyzstan menerusi satu kemenangan dramatik 4-3 pada saat akhir. Beliau yang ditemui ketika tamat perlawanan menceritakan detik manis tersebut dan tidak […]

Perlian Penyokong India Terhadap Malaysia Memakan Diri Sendiri

Sebahagian penyokong India yang dilihat terlalu ghairah untuk menghukum Malaysia tatkala ketinggalan berdepan Kyrgyzstan akhirnya membawa padah. Harimau Malaya turun di laman sendiri untuk melayan pasukan ke-97 dunia, Kyrgyzstan dengan harapan memungut tambahan +15.49 mata untuk melonjak 7 anak tangga. Permulaan aksi pasukan negara bagaimanapun kurang cemerlang apabila ketinggalan 1-2 pada babak pertama selepas bolos […]

Angka ‘7’ Beri Tuah Buat Malaysia

Seperti semua sedia maklum, Malaysia memulakan aksi sulung Kelayakan Piala Dunia 2026 dengan langkah kanan apabila berjaya menewaskan pasukan di tangga ke-97 dunia, Kyrgyzstan dengan keputusan 4-3 semalam. Namun ramai yang tidak tahu terdapat angka yang memberikan tuah kepada kemenangan Malaysia itu. Angka tersebut adalah angka ‘7’. Mengapa angka ‘7’? Salah seorang penyokong Harimau Malaya […]

Kim Pan-gon Macam Harimau – Faisal Halim

Pemain sayap kebangsaan, Muhammad Faisal Halim menzahirkan rasa syukur dapat membantu pasukan kebangsaan mencatat kemenangan dalam aksi berdepan Kyrgyzstan pada semalam. Beliau akui kerja keras setiap pemain membuahkan hasil apabila skuad Harimau Malaya kembali bangkit selepas ketinggalan. “Kita bekerja keras dari awal dan jujurnya saya tak sangka keputusan ini. Akan tetapi inilah bola sepak, kita […]

Stefan Tarkovic: Kami Tidak Yakin Berdepan Malaysia

Pasukan Malaysia di bawah kendalian Kim Pan-gon mencipta kejutan apabila berjaya menewaskan pasukan yang berada di ranking ke-97 dunia, Kyrgyzstan dengan keputusan 4-3 pada aksi di Stadium Nasional Bukit Jalil sebentar tadi (16 November). Kekalahan yang menimpa Kyrgyzstan itu nyata mengundang reaksi aneh jurulatih mereka, Stefan Tarkovic. Jurulatih dari Slovakia itu berpendapat pemain-pemain Kyrgyzstan kurang […]

Kim Pan-gon: Inilah Tahap Sebenar Pemain Malaysia

Ketua jurulatih pasukan kebangsaan Malaysia, Kim Pan-gon berpuas hati dengan persembahan yang diperagakan oleh anak buahnya selepas mencatat kemenangan dramatik berdepan Kyrgyzstan. Pengendali kelahiran Korea Selatan itu membimbing pasukan untuk membenam cabaran pasukan ke-96 dunia, Kyrgyzstan menerusi satu kebangkitan dramatik pada saat akhir. “Hari ini para pemain menunjukkan karakter sebenar pasukan. Inilah Harimau Malaya. Sungguhpun […]

Ranking Masa-Nyata FIFA: Malaysia Lonjak 7 Tangga, Kini Ke-130 Dunia

Kemenangan Malaysia ke atas pasukan ke-96 dunia, Kyrgyzstan menyaksikan kedudukan ranking FIFA negara melonjak 7 tangga untuk menghuni tangga ke-130 FIFA ketika ini. Pasukan kendalian Kim Pan-gon mempamerkan persembahan yang cukup memberangsangkan untuk memanfaatkan kelebihan beraksi di laman sendiri. Harimau Malaya berjaya merakamkan kemenangan 4-3 ke atas Kyrgyzstan sekaligus menyaksikan Malaysia memperoleh tambahan +15.49 mata. […]

Kelayakan Piala Dunia: Dion Cools Ketuai Kebangkitan Luar Biasa Malaysia, Benam Kyrgyzstan

Perlawanan kelayakan Piala Dunia malam ini menyaksikan pertembungan aksi pertama kumpulan D di antara Malaysia dan Kyrgyzstan yang berkesudahan dengan keputusan 4-3. Seawal minit ke-7 permainan, pertahanan kental Harimau Malaya, Dion Cools membuka akaun jaringan menerusi tandukan deras ke gawang gol melalui sepakan sudut yang diambil oleh Arif Aiman. Pada minit ke-42 permainan, pemain pertahanan […]

Siaran Langsung Kelayakan Piala Dunia: Malaysia vs Kyrgyzstan, Kesebelasan Utama & Info Siaran

Aksi Pestabola Merdeka kembali memeriahkan suasana bola sepak negara apabila pertemuan pasukan ke-137 dunia, Malaysia dan Kyrgyzstan (96 dunia) menjadi tumpuan peminat bola sepak tanah air. Perlawanan yang berlangsung di Stadium Nasional Bikit Jalil itu membolehkan skuad Harimau Malaya beraksi di atas padang baharu dengan kualiti lebih baik iaitu rumput Zeon Zoysia. Pasukan bimbingan Kim Pan-gon berada […]

Krisis Prestasi Kyrgyzstan Jadi Sandaran Malaysia ‘Hukum’ Lawan Di Bukit Jalil

Ketua jurulatih Kyrgyzstan, Stefan Tarkovic tetap melaungkan keazaman untuk meraih mata penuh berdepan Malaysia sungguhpun pasukannya dalam kemelut prestasi yang berpanjangan. Pengendali kelahiran Slovakia ini yakin kepulangan 12 tonggak utama pasukan yang mengalami kecederaan sebelum ini memberi tonik tambahan buat pasukan. Krisis ini bermula selepas Kyrgyzstan hanya mampu meraih tempat ke-4 dalam aksi CAFA Nations […]

Kedah Intai Aksi Pemain Kyrgyzstan Berdepan Malaysia?

Pasukan Liga Super, Kedah Darul Aman difahamkan sedang mengintai aksi pemain Kyrgyzstan berdepan Malaysia di Stadium Nasional Bukit Jalil malam ini. Perkara ini dikongsikan oleh pengurus pasukan Kedah Darul Aman FC, Joe Rozi yang turun ke Kuala Lumpur bagi menyaksikan aksi genting ini. Perlawanan menentang pasukan ke-96 dunia ini amat penting buat Harimau Malaya untuk […]