Ketibaan Pemain Malaysia Di Qatar Jadi Bualan Peminat

Ketibaan pemain Malaysia yang baru sahaja tiba di Qatar bagi menghadapi aksi Piala Asia 2023 menjadi tumpuan para peminat bola sepak tanah air. Skuad kendalian Kim Pan-gon berjaya menamatkan penantian selama 43 tahun untuk melayakkan diri ke kejohanan berprestij ini. Para pemain negara telah pun berlepas ke Qatar awal pagi tadi dan sudah pun tiba […]
“Mana Tahu Lepas Ini Piala Dunia Pula” – Faisal Halim

Pemain sayap lincah Harimau Malaya, Faisal Halim sememangnya tidak pernah menjangkakan sejak kecil bahawa dirinya akan menyarung jersi Malaysia ke kejohanan berprestij seperti Piala Asia. Pemain berusia 25 tahun itu turut menganggap peluang beraksi di Qatar itu membuatkan dirinya terharu dan bangga menjadi seorang pemain. Bagi Faisal, di dalam bola sepak tiada apa yang mustahil. […]
“Peluang Mereka Masih Ada” – Razman Roslan

Lagenda bola sepak Malaysia, Razman Roslan menyifatkan peluang untuk mana-mana pemain dalam senarai bersedia masih terbuka untuk merebut tempat ke Piala Asia. Bekas pertahanan Selangor itu memberi penjelasan kepada Astro Arena berkenaan situasi kem kebangsaan yang sedang melakukan persiapan sebelum melangkah ke Qatar tidak lama lagi. Katanya, para pemain yang telah dipanggil oleh ketua jurulatih, […]
Bakat Baru: Kapten Kelab England Hampiri Harimau Malaya?

Selepas beberapa pemain dari England telah menyarung jersi Harimau Malaya, kini Malaysia berpeluang mendapat seorang lagi pemain dari negara tersebut. Pemain yang dimaksudkan ialah kapten Scunthorpe United, Michael Edward Clunan. Untuk info, Scunthorpe United kini mendahului Liga Kebangsaan Utara yang mana merupakan kasta keenam Liga England. Dalam satu hantaran di laman Instagram frfuturetalents, Clunan dikatakan […]
“Semangat Bola Sepak Di Malaysia Amat Hebat” – Kim Pan-gon

Semangat yang ditunjukkan penyokong bola sepak di Malaysia skuad kebangsaan amat mengagumkan pengendali Harimau Malaya, Kim Pan-gon. Malah, semangat penyokong terutama Ultras Malaya menjadi sebab jurulatih Korea Selatan itu menerima tawaran Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM) untuk menjadi jurulatih skuad senior negara. Pan-gon mengakui aura yang ditonjolkan Ultras Malaya memberi semangat kepada Harimau Malaya setiap […]
Nilai Pasaran Dominic Tan Melonjak Tinggi

Persembahan memukau yang ditampilkan oleh pertahanan tengah Sabah FC, Dominic Tan membantu beliau untuk meningkatkan nilai pasaran dengan begitu progresif. Pemain berusia 26 tahun itu menjadi pilihan utama oleh ketua jurulatih, Ong Kim Swee untuk mengemudi jentera pertahanan pasukan. Dominic memainkan peranan yang cukup penting terutamanya membantu cabaran The Rhinos untuk melangkah ke pentas separuh […]
Bangkit Tewaskan Kyrgyzstan, Kim Pan-gon Dedah Ungkapan Semasa Rehat Kepada Pemain

Ketua jurulatih Malaysia, Kim Pan-gon berkongsi kisah di bilik persalinan ketika kejayaan mengejutkan Kyrgyztan pada aksi Kelayakan Piala Dunia 2026 yang lalu. Aksi kebangkitan itu menjadi tumpuan peminat bola sepak dunia bahkan menjadi salah satu topik yang dibahas ketika Kim Pan-gon ditemu bual oleh Persekutuan Persatuan Bola Sepak Antarabangsa (FIFA). Pan-gon menceritakan bahawa ramai pihak […]
“Bulan Januari Nanti Akan Ada Perubahan”

Penyerang muda negara, Luqman Hakim Shamsudin memberi bayangan bahawa akan ada perubahan terhadap masa depannya seawal Januari kelak. Pemain berusia 22 tahun itu berada dalam senarai ketua jurulatih, Juan Torres ketika menghadapi aksi persahabatan di Shanghai, China pada 23 dan 26 Disember lalu. Beliau bagaimanapun tidak dapat diturunkan susulan mengalami kecederaan yang memaksa hanya berada […]
Kim Pan-gon Beri Sebab Pilih Malaysia Berbanding Negara Lain

Ketua jurulatih Malaysia, Kim Pan-gon memberi sebab terperinci tentang pilihannya untuk mengemudi Harimau Malaya berbanding negara lain. Kisah kejayaan Malaysia kini tular ke serata dunia termasuklah ketika merakamkan kebangkitan untuk menewaskan pasukan ke-102 dunia, Kyrgyzstan dengan keputusan 4-3. Skuad kebangsaan juga melakukan kejutan untuk membenam cabaran India di Pestabola Merdeka sekaligus membuka mata ramai pihak […]
Safawi Rasid Buru Kebangkitan Di Qatar, Tunggu Peluang Beraksi

Pemain sayap negara, Safawi Rasid bersedia memberi yang terbaik demi membantu Malaysia dalam Piala Asia 2023 di Qatar. Musim ini menyaksikan Safawi hanya merekodkan tiga penampilan bersama Johor Darul Ta’zim FC (JDT FC) selepas pulang dari tempoh pinjaman bersama Ratchaburi. Justeru, beliau berharap dapat menggunakan tahun 2024 sebagai medan kebangkitan untuk menemui sentuhan terbaiknya. Safawi […]
Endrick Dos Santos Kembali Perkuat Harimau Malaya

Sesi latihan Harimau Malaya hari ini kembali disertai pemain tengah Johor Darul Ta’zim (JDT), Endrick Dos Santos. Menurut wartawan MakanBola, Nik Faris, kelibat pemain berusia 27 tahun itu dirakam menyertai rakan sepasukannya di Wisma FAM pada hari keempat sesi latihan skuad kebangsaan. “Endrick Dos Santos menyertai sesi latihan Harimau Malaya hari ini untuk melengkapkan 25/26 […]
Harimau Malaya Bakal Dapat Pemain Naturalisasi Kelahiran Jepun?

Malaysia berpotensi untuk memiliki seorang lagi pemain naturalisasi baharu menjelang tahun 2025 untuk membantu perjalanan Harimau Malaya. Skuad bimbingan Kim Pan-gon kini sedang melakukan persiapan rapi untuk melangkah ke Piala Asia yang dijadualkan berlangsung pada bulan Januari. Senarai 26 orang pemain yang dibawa oleh pengendali kelahiran Korea Selatan itu menyaksikan empat pemain naturalisasi negara iaitu […]
Kim Pan-Gon Taruh Harapan Besar Kepada Natxo Inso

Kelebihan yang dimiliki Natxo Insa bakal dimanfaatkan Kim Pan-gon menjelang Piala Asia yang akan membuka tirai tidak lama lagi. Kim Pan-gon yang ditemui ketika sesi latihan skuad Harimau Malaya di Wisma FAM pada Selasa berkata, pengalaman yang dimiliki pemain berusia 37 tahun itu sangat ditagih bagi menghadapi lawan yang lebih kuat. ”Saya jarang bercakap berkenaan […]
Harith Haiqal Dikesan Berlatih Bersama Harimau Malaya

Kelibat pertahanan skuad bawah 23 tahun, Harith Haiqal bersama skuad kebangsaan menjadi tumpuan selepas kembali dari tugasan bawah 23 tahun negara. Menurut wartawan MakanBola, Nik Faris, kapten skuad bawah 23 tahun negara itu dilihat bersama pemain-pemain lain menjalani sesi latihan di Wisma FAM pada Khamis. “Kelibat pertahanan pasukan b-23 Malaysia, Harith Haiqal dikesan berada dalam […]
Ranking Bahrain Menjunam, Persiapan Ke Piala Asia Sepi

Kemas kini ranking FIFA menyaksikan kedudukan Bahrain semakin merudum menjelang sepak mula Piala Asia tidak lama lagi. Gergasi Timur Tengah itu diundi dalam satu kumpulan bersama Malaysia setelah berdepan lawan yang sama pada aksi Kelayakan Piala Asia tahun lalu. Pasukan bimbingan Juan Antonio Pizzi berada dalam momentum yang kurang cemerlang selepas menang tiga, kalah dua […]
Sebuah Kelab Di Qatar Dijangka ‘Ganti’ Arab Saudi

Selepas Arab Saudi membatalkan aksi persahabatan menentang Malaysia, skuad negara kini memiliki pilihan alternatif sebagai persiapan Piala Asia 2023 di Qatar. Perkara ini didedahkan oleh Presiden Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM), Datuk Hamidin Mohd Amin dalam sidang media selepas majlis doa selamat sempena Piala Asia 2023 dan Pusingan Kelayakan Piala Dunia 2026/Piala Asia 2027. Beliau […]