Corbin-Ong Buat Penyokong Malaysia Tersenyum Semula

Pertahanan kental Harimau Malaya, La’vere Corbin-Ong kini memberi khabar gembira buat pasukan negara selepas kembali menjalani latihan bersama Malaysia. Pemain berusia 33 tahun itu difahamkan tidak dapat diturunkan bersama Malaysia ketika berdepan pasukan ke-91 dunia, Syria. Menerusi laporan oleh Astro Arena, pemain tinggi lampai ini difahamkan mengalami kecederaan ringan ketika menjalani latihan sekaligus memberikan khabar […]
Hasrat Bintang ‘RM31 Juta’ Jordan Jadi Lawan Corbin-Ong Tidak Kesampaian

Kelibat bintang berpengalaman Jordan yang mencecah nilai 6 Juta Euro (RM31 Juta) bakal menjadi cabaran hebat buat pertahanan kiri negara, La’Vere Corbin-Ong. Pemain berusia 33 tahun itu menjadi pilihan utama pada posisi pertahanan kiri Harimau Malaya namun berdepan lawan yang cukup hebat di Piala Asia kelak. Skuad kendalian Kim Pan-gon memulakan langkah yang cukup baik […]
Bakat Baru: Prospek Arkitek Harimau Malaya Dikesan Di Belanda

Malaysia kini mempunyai satu lagi prospek dari Belanda yang mampu dipanggil ke dalam skuad Harimau Malaya pada masa hadapan. Prospek yang dimaksudkan adalah pemain kelab Heracles Almelo, Sem Scheperman. Pemain berusia 21 tahun itu merupakan pemain utama kelab Heracles yang kini menghuni tangga ke-15 liga utama Belanda iaitu Liga Eredivisie. Pemain yang mempunyai ketinggian 1.88 […]
Bahrain Diaibkan Pasukan Ke-117 Dunia

Aksi persahabatan antarabangsa antara pasukan Bahrain dan Angola berkesudahan dengan kemenangan memihak kepada pasukan ke-117 dunia itu. Aksi yang berlangsung di Stadium Qatar itu memberi tampadan hebat kepada anak buah Juan Antonio Pizzi yang kini berada dalam momentum kurang baik. Pasukan ke-86 dunia ini bergelut untuk mencari rentak sebenar apabila gagal menjaringkan sebarang gol dalam […]
Lim Teong Kim Kembali ‘Berbakti’ Di Malaysia

Bekas ketua jurulatih Perak FC, Datuk Lim Teong Kim bakal kembali ke Malaysia setelah lama menyepi dari arena bola sepak tempatan. Jurulatih berusia 58 tahun itu kembali ke Malaysia pada awal tahun lalu untuk membimbing The Bos Gaurus namun hanya bertahan selama setengah musim. Hal ini susulan persembahan yang kurang memberangsangkan oleh pasukan utara tanah […]
Daniel Ting: Persaingan Dalam Harimau Malaya Pada Tahap Tinggi

Bek kiri Sabah FC, Daniel Ting mengakui tahap persaingan dalam skuad Harimau Malaya ketika ini berada pada tahap yang berbeza. Ini kerana 26 pemain yang dipilih Kim Pan-gon untuk mewakili Malaysia ke Piala Asia 2023 merupakan pemain terbaik. Ini mendorong mereka memberi komitmen tinggi semasa berlatih. Bagi Daniel, mana-mana pemain yang terpilih dalam kesebelasan utama […]
Bayangan Awal Skuad Malaysia Lawan Jordan Sudah Muncul

Bayangan awal barisan pemain yang bakal dipertaruhkan oleh Malaysia bagi aksi pembukaan Piala Asia 2023 sudah pun muncul. Skuad kendalian Kim Pan-gon bakal memulakan aksi di Qatar berdepan pasukan ke-87 dunia, Jordan pada 16 Januari 2024. Harimau Malaya berada dalam momentum terbaik selepas merekodkan keputusan seri berdepan jaguh Timur Tengah, Syria dengan keputusan 2-2 hasil […]
Faisal Halim: Pemain Yang Diturunkan Karakternya Sama, Hanya Peranan Berbeza

Pemain sayap lincah Harimau Malaya, Faisal Halim mengatakan semua pemain yang diturunkan di dalam kejohanan Piala Asia 2023 mempunyai karakter sama, hanya peranan sebagai pemain berbeza. Pemain berusia 25 tahun itu bersyukur skuad negara berada di tahap tertinggi dunia dan berpeluang beraksi di Qatar. Beliau akui, cabaran besar buat pasukan negara berhadapan pasukan-pasukan di ranking […]
Nama Arif Aiman Jadi Bualan Orang Argentina

Kelibat penyerang sensasi Malaysia, Arif Aiman Hanapi menjadi bualan orang Argentina menjelang sepak mula Piala Asia 2023. Pemain berusia 22 tahun itu tersenarai dalam 26 orang pemain yang dibawa oleh ketua jurulatih, Kim Pan-gon untuk memacu cabaran negara ke Qatar. Harimau Malaya layak secara merit selepas 43 tahun tidak melakukannya sakaligus menjadi tumpuan di Asia. […]
Ketiadaan Tonggak Tengah Malaysia Cetus Kerisauan Peminat

Biarpun namanya sudah disenaraikan dalam senarai 26 pemain ke Piala Asia 2023 Qatar, kelibat Natxo Insa masih tidak kelihatan dalam perlawanan sebenar. Kerisauan itu ditimbulkan oleh pemerhati bebas bola sepak Malaysia, Piang Shankly dalam satu hantaran di laman X miliknya. “Jadi Jalil Elias tak lepas dgn Dion Cools & kawan-kawan malam tadi? Tapi aku lagi […]
Penyokong Dah Ada Nama Baru Buat Romel Morales

Walaupun baru pertama kali menyertai skuad kebangsaan, penyokong Harimau Malaya sudah mempunyai nama baharu buat pemain naturalisasi ke-9 negara, Romel Morales. Melalui tinjauan Makanbola di ruangan komen Facebook Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM), rata-rata penyokong menggelar Romel Morales dengan panggilan Ramli selepas mendapat kerakyatan Malaysia. Panggilan Ramli kepada Romel itu juga telah disokong dan digunakan oleh […]
Kim Pan-gon: Terlalu Banyak Potensi Pemain Malaysia

Ketua jurulatih Malaysia, Kim Pan-gon kagum dan mengakui bakat serta kebolehan yang dimiliki pemain-pemain negara. Baru-baru ini, Pan-gon menceritakan kepada sebuah portal Korea Selatan, Sports Chosun berkenaan potensi besar yang dimiliki oleh para pemain di Malaysia yang menjadikannya semakin berusaha keras sebagai seorang jurulatih. “Terdapat lebih banyak potensi di Malaysia daripada magis. Saya terpaksa menzahirkan […]
K. Rajagobal: Malaysia Mampu Layak Ke Pusingan 16

Bekas jurulatih skuad bola sepak negara, Datuk K. Rajagobal mengatakan Malaysia berada di landansan yang tepat dan seharusnya layak ke pusingan 16 di saingan Piala Asia 2023. Dalam temubual bersama Zulhelmi Zainal Azam, beliau yakin terhadap impak positif yang diberikan Harimau Malaya itu mampu berada di kelompok 16 pasukan terbaik. ”Saya yakin pasukan kebangsaan layak […]
Kim Pan-gon Gembira Dengan Semangat Juang Harimau Malaya

Pengendali skuad senior negara, Kim Pan-gon gembira dengan persembahan dan semangat juang yang ditampilkan mereka hari ini. Malaysia membuktikan mereka mampu bersaing dengan mana-mana pasukan apabila berjaya mengikat Syria 2-2 dalam aksi pemanas badan pra-kejohanan di Doha, Qatar awal pagi ini. Pemain sayap Johor Darul Ta’zim FC (JDT FC), Arif Aiman Hanapi meletakkan Harimau Malaya […]
Malaysia Gah Ikat Syria

Aksi persahabatan antara pasukan Malaysia dan Syria berkesudahan dengan skuad negara berjaya mengikat lawan dengan keputusan 2-2. Perlawanan pemanas badan itu menyaksikan ketua jurulatih Harimau Malaya, Kim Pan-gon menurunkan beberapa pemain terbaik dalam kesebelasan utama pasukan. Syria yang mendapat sentuhan ketua jurulatih, Hector Cuper tampil dengan strategi tersendiri untuk memburu kemenangan sebelum Piala Asia. Qasioun […]
Natxo Insa Pecah Rekod 43 Tahun Pemain Malaysia

Pemain tengah negara, Natxo Insa bakal memecahkan satu lagi rekod buat skuad negara apabila turun beraksi di kempen Piala Asia kali ini. Menerusi satu ciapan yang dimuatnaik oleh HarimauMYstats, Natxo Insa bakal menjadi pemain paling tua untuk pasukan Malaysia di pentas Piala Asia ini. “Natxo Insa akan menjadi pemain paling tua Harimau Malaya di Piala […]