3 Lagi Pemain Dijangka Tinggalkan JDT

3 orang pemain ternama pasukan Johor Darul Ta’zim (JDT) dijangka akan menyertai KL City FC bagi saingan musim 2024/25. Setiap kelab di Liga Malaysia sedang rancak melakukan persiapan menjelang sepak mula yang akan berlangsung pada bulan Mei nanti. Perkhabaran terbaru dilaporkan oleh wartawan Astro Arena, Zulhelmi Zainal Azam berkenaan perancangan pasukan Ibu Kota, KL City […]

Arif Aiman Tiada Dalam Senarai Juan Torres Ke Piala Asia

Nama pemain muda berbakat negara, Arif Aiman Hanapi tiada dalam senarai ketua jurulatih skuad b-23 negara, Juan Torres Garrido untuk menjalani latihan pusat bagi persiapan ke Piala Asia B-23. Pemain berusia 22 tahun itu mencipta sensasi apabila membantu Harimau Malaya pada aksi Piala Asia 2023 di Qatar tempoh hari. Beliau mencatat nama selaku penjaring untuk […]

Azam Azmi Sedia Galas Dua Peranan Dalam Satu Masa

Bek kanan Terengganu FC, Azam Azmi Murad mengakui bersedia menggalas dua peranan dalam satu masa jika diperlukan. Azam perlahan-lahan bukan saja mendapat tempat dalam skuad senior Malaysia. Malah, beliau juga merupakan tonggak pertahanan skuad Malaysia Bawah 23 Tahun (B-23). Meskipun begitu, dengan dua tugasan penting iaitu aksi kelayakan Piala Dunia 2026 menentang Oman pada bulan […]

Persaingan Terlalu Sengit, Nooa Laine Sasar Rebut Tempat Ke Oman

Perancang tengah muda negara, Nooa Laine optimis untuk memberikan yang terbaik bersama skuad kebangsaan sekiranya terpilih dalam senarai 25 pemain bagi aksi Kelayakan Piala Dunia 2026. Pemain berusia 22 tahun itu memilih untuk pulang ke Malaysia secara pinjaman apabila menyertai Selangor FC bagi saingan musim 2024/25. Bintang kelahiran Finland itu bagaimanapun optimis untuk terus membawa […]

Luqman Hakim & Annil Vigneswaran Dalam Senarai 17 Pemain Muda Malaysia Ke Kem Latihan Pusat

Penyerang lincah negara, Luqman Hakim Shamsudin mengetuai senarai 17 orang pemain skuad muda Malaysia ke latihan pusat menjelang Piala Asia B-23 di Qatar April ini. Menerusi satu kenyataan oleh Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM), latihan yang bermula pada Ahad, 17 Mac 2024 adalah sebahagin daripada persiapan menjelang Piala Asia B-23 2024 di Qatar, 15 April […]

Darren Lok Rungkai Keistimewaan Romel Morales Bersama Harimau Malaya

Penyerang pasukan Malaysia, Darren Lok memiliki pandangan tersendiri tentang kehadiran Romel Morales bersama Harimau Malaya. Pemain kelahiran Colombia itu dipanggil kali pertama bersama skuad kebangsaan pada aksi Piala Asia 2023 tempoh hari. Beliau tidak menunggu lama untuk mencipta impak apabila beraksi cemerlang termasuklah menjaringkan satu gol ketika bertemu Korea Selatan. Menerusi satu temu bual di […]

“Pemain Malaysia Dalam Skuad Sedikit Malang”

Pemain sayap lincah Malaysia, Faisal Halim menzahirkan rasa simpati dengan barisan pemain yang dipanggil bagi tugasan negara kali ini. Pemain berusia 26 tahun itu merupakan watak penting buat skuad kendalian Kim Pan-gon terutamanya ketika membantu skuad kebangsaan di Piala Asia 2023 tempoh hari. Beliau ketika ini bersama barisan pemain negara sedang menjalani persiapan memasuki hari […]

“Sekiranya Saya Tak Berikan Yang Terbaik Lawan Oman, Saya Akan Dihentam” – Faisal Halim

Pemain sayap Harimau Malaya, Faisal Halim mengakui bahawa beliau perlu menunjukkan prestasi terbaik bila turun menentang Oman nanti. Nama pemain sayap Selangor FC itu menjadi sebutan penyokong negara apabila memenangi undian Gol Terbaik Piala Asia 2023. Faisal mengakui selepas menggondol anugerah tersebut, beliau tidak merasai sebarang tekanan daripada penyokong. Bagaimanapun, pada masa sama, bekas pemain […]

Stuart Wilkin Anggap Tuntutan Kim Pan-gon Amat Wajar

Perancang tengah pasukan negara, Stuart Wilkin yakin dengan kemampuan Malaysia untuk terus mempamerkan persembahan berkualiti dan memenuhi tuntutan Kim Pan-gon menentang Oman. Pemain berusia 26 tahun itu merupakan watak penting Harimau Malaya terutamnya pada aksi Piala Asia 2023 di Qatar. Beliau menjadi pilihan ketua jurulatih, Kim Pan-gon apabila diturunkan dalam ketiga-tiga aksi peringkat kumpulan di […]

FAM Puas Hati 100%, Yakin Padang SNBJ Boleh Pakai & Lebih Cantik

Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM) percaya Stadium Nasional Bukit Jalil (SNBJ) boleh digunakan untuk aksi kelayakan Piala Dunia 2026 membabitkan Malaysia dan Oman pada 26 Mac ini. Keyakinan itu disuarakan oleh Setiausaha Agung FAM, Datuk Noor Azman Rahman kepada media selepas menghadiri Majlis Sambutan Hari Bola Sepak Wanita Konfederasi Bola Sepak Asia (AFC) Ke-10 di […]

Oman Umum Barisan 26 Pemain Ampuh Berdepan Malaysia

Menjelang aksi kelayakan Piala Dunia 2026 menentang Malaysia pada 21 Mac dan 26 Mac ini, Oman mengumumkan barisan 26 pemain mereka. Pengumuman ini disiarkan menerusi satu hantaran di platform media sosial rasmi Persatuan Bola Sepak Oman (OFA) hari ini. Oman yang mendapat sentuhan jurulatih baru dari Republik Czech, Jaroslav Silhavy memilih mengekalkan majoriti pemain yang […]

Saingan Hebat Syihan Hazmi? Suhaimi Husin ‘Ikut’ Kata Kim Pan-gon

Penjaga gol Terengganu FC, Suhaimi Husin mengakui bersedia menjadi penjaga gol utama Malaysia sekiranya diminta oleh Kim Pan-gon. Perkara ini dinyatakan beliau apabila ditanya media tentang hal tersebut di Wisma FAM hari ini. Suhaimi melihat tidak kira siapa yang dipilih sebagai penjaga benteng terakhir negara nanti, beliau akan bersedia memberi yang terbaik. Ini kerana pada […]

Brendan Gan: Kem Latihan Kali Ini Akan Jadi Sangat Panjang

Pemain tengah kebangsaan, Brendan Gan tekad untuk membuktikan sesuatu apabila dipanggil pengendali kebangsaan, Kim Pan-gon ke kem latihan pusat skuad kebangsaan. Pemain berusia 35 tahun itu akui bahawa Malaysia ketika ini miliki sebuah skuad yang mantap di segenap posisi. Persiapan awal akan membantu setiap pemain untuk kekal cergas dan mengukuhkan persefahaman dalam kalangan pemain. “Kami […]

“Padang SNBJ Tidak Begitu Baik, Namun Pihak Teknikal Yakin Akan Pulih” – Kim Pan-gon

Ketua jurulatih Malaysia, Kim Pan-gon memberi kepercayaan penuh kepada pihak teknikal padang sungguhpun keadaan padang di SNBJ tidak berada dalam keadaan baik ketika ini. Perkara ini dikongsikan oleh pengendali kelahiran Korea Selatan itu pada sesi sidang media di Wisma FAM. Katanya, tinjauan yang dilakukan bersama-sama Presiden FAM, Datuk Hamidin Mohd Amin memberitahu bahawa keadaan padang […]

Malaysia Atur Aksi Pemanas Badan Berdepan Nepal

Skuad kebangsaan negara akan berdepan satu aksi persahabatan tertutup tidak lama lagi. Ketua jurulatih kebangsaan, Kim Pan-gon pada sesi latihan pertama Harimau Malaya menyatakan bahawa skuad negara bakal mengadakan satu aksi persahabatan berdepan Nepal. Perlawanan itu sebagai persediaan Malaysia sebelum mengharungi aksi sebenar berdepan Oman untuk kempen Kelayakan Piala Dunia 2026/Piala Asia 2027. “Kita akan […]

Skuad Muda Oman Tewas Dua Aksi Berturut-Turut

Skuad muda Oman mengharungi tempoh yang sukar apabila tewas dua perlawanan berturut-turut. Aksi pertama menyaksikan pasukan muda Oman berdepan dengan lawan yang amat hebat iaitu Qatar dalam perlawanan yang berlangsung di Qatar. Aksi sengit itu bagaimanapun memihak kepada pasukan Qatar dengan keputusan tipis 1-0. Perlawanan kedua pula menemukan skuad b-16 Oman yang bertandang bagi menentang […]