Faisal Halim Jalani Pembedahan Ke-4, Berpotensi Pulang Lebih Awal

Pemain sayap pasukan Selangor FC, Faisal Halim bakal menjalani satu lagi pembedahan pada hari ini sebelum boleh dibawa pulang ke rumah. Tonggak berusia 26 tahun itu menerima rawatan sejak 5 Mei yang lalu selepas beliau diserang individu misteri dengan cecair yang difahamkan asid. Beliau ketika ini menerima rawatan di salah sebuah hospital yang terletak di […]

Akhbar UK Sahkan Ethan Wheatley Miliki Salasilah Malaysia

Akhbar United Kingdom (UK) mengesahkan bahawa pemain muda Manchester United, Ethan Wheatley memiliki salasilah Malaysia. Pemain berusia 18 tahun ini ini sudah beberapa kali berada dalam skuad senior The Red Devils untuk membawa cabaran di Liga Perdana Inggeris (EPL). Beliau sebelum ini menjaringkan dua gol yang membantu pasukan merangkul Piala Liga Perdana Inggeris (EPL) Bawah […]

SPRM Sahkan FAM Bebas Dua Tuduhan Rasuah & Salah Guna Kuasa

Suruhanjaya Pencegah Rasuah Malaysia (SRPM) mengesahkan bahawa Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM) bebas dua tuduhan rasuah dan salah guna kuasa. Dua siasatan telah pun dijalankan membabitkan FAM oleh Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) disahkan tidak mempunyai sebarang isu rasuah, salah guna kuasa mahupun penyelewengan. Menurut laporan oleh Berita Harian, siasatan telah dijalankan oleh agensi penguatkuasa […]

Arif Aiman Beri Khabar Duka Kepada Kim Pan-gon

Pemain sayap pasukan Johor Darul Ta’zim (JDT), Arif Aiman Hanapi memberi khabar duka kepada Ketua Jurulatih Harimau Malaya, Kim Pan-gon. Tonggak berusia 22 tahun itu diketepikan ketika skuad Harimau Selatan mencatatkan kemenangan 3-1 ke atas Negeri Sembilan di Stadium Sultan Ibrahim. Beliau tidak berada dalam kesebelasan utama pasukan dan juga senarai pemain di bangku simpanan […]

Pemain Chelsea, Dylan Williams Dikesan Layak Beraksi Buat Harimau Malaya

Pemain muda Chelsea, Dylan Williams dikesan sebagai pemain warisan terbaru yang layak mewakili skuad Harimau Malaya. Maklumat ini dikongsikan oleh Future Talents selepas pemain pertahanan itu menyerlah bersama skuad The Blues Bawah 21 Tahun (B-21) musim ini. Lahir di Telford, United Kingdom pada 13 September 2003, Williams memulakan karier bola sepak sebagai pemain remaja untuk […]

Kim Pan-gon Jenguk Faisal Halim, Motivasi Makin Meningkat

Susulan pemulihan Faisal Halim menunjukkan kemajuan yang positif, jurulatih Harimau Malaya, Kim Pan-gon melawat beliau di sebuah hospital swasta hari ini. Selepas menjadi mangsa kes simbahan asid baru-baru ini, bintang Selangor FC itu terpaksa mengharungi beberapa pembedahan bagi membantu proses pemulihannya. Kini, proses pemulihan Faisal berjalan lancar termasuk dipindahkan dari wad Unit Rawatan Rapi (ICU) […]

Ferdy Druijf Diam Membisu

Peledak kacukan Malaysia-Belanda, Ferdy Druijf tidak memberi respon ketika cuba dihubungi oleh pihak Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM). Perkara ini dijelaskan oleh Presiden Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM), Datuk Hamidin Mohd Amin ketika sesi temu bual eksklusif bersama MakanBola di Wisma FAM. Beliau berpendapat bahawa FAM bakal memiliki garis panduan ketat bagi melakukan pemilihan pemain […]

Kim Pan-gon Mula Intip Pemain Penang Beraksi

Ketua jurulatih Harimau Malaya, Kim Pan-gon mula menyaksikan secara dekat kemampuan pemain Penang beraksi. Pengendali kelahiran Korea Selatan itu mempunyai misi besar pada bulan Jun ini untuk memanggil barisan pemain bagi aksi Kelayakan Piala Dunia 2026. Skuad kebangsaan berpotensi untuk beraksi tanpa dua tonggak penting negara iaitu Akhyar Rashid dan Faisal Halim yang diserang individu […]

Bekas Pertahanan Arsenal, Isaac Hayden Dikesan Berdarah Malaysia

Bekas pertahanan pasukan Liga Perdana Inggeris (EPL) bersama Arsenal FC, Isaac Hayden dikesan berdarah Malaysia. Perkara ini dilaporkan oleh laman Frfuturetalents mengenai pemain berusia 29 tahun itu yang difahamkan memiliki pertalian darah dengan Malaysia. Pemain kelahiran Chelmsford, England itu kini beraksi buat Queens Park Rangers (QPR) di Championship, England selepas beberapa kali dipinjamkan. Nama beliau […]

Perbezaan Ketara Nilai Pasaran Arif Aiman & Ikhsan Fandi

Nilai pasaran pemain sayap Johor Darul Ta’zim (JDT), Arif Aiman Hanapi dan Ikhsan Fandi menunjukkan perbezaan yang begitu ketara. Pemain berusia 22 tahun itu cemerlang membantu Harimau Selatan untuk menggondol 4 trofi domestik pada tahun lalu. Beliau turut merangkul beberapa anugerah termasuklah Pemain Paling Bernilai (MVP) buat tahun ketiga berturut-turut. Menerusi perkembangan oleh laman Transfermarkt, […]

Hamidin: Malaysia Tunjuk Peningkatan, Tak Boleh Tiba-Tiba Kalahkan Korea Selatan

Malaysia perlu menunjukkan peningkata bertingkat dalam usaha menjadi salah satu pasukan terbaik di Asia. Perkara ini dijelaskan oleh Presiden Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM), Datuk Hamidin Mohd Amin kepada MakanBola mengenai kemajuan skuad kebangsaan sejak diambil alih oleh Kim Pan-gon. FAM melihat kemajuan ranking yang ditunjukkan di bawah Pan-gon amat positif sehingga berjaya menembusi kelompok […]

Penjaga Gol Warisan Berdarah Johor Tangkas Beraksi Di England

Penjaga gol warisan berdarah Johor ditemui beraksi tangkas di England. Menerusi satu perkongsian oleh laman Frfuturetalents, pemain yang dimaksudkan itu ialah penjaga gol Exeter City FC iaitu Harry Lee. Pemain berusia 19 tahun itu dilaporkan memiliki pertalian darah dengan Malaysia sungguhpun dilahirkan di Torbay, England. Beliau memiliki sosok tubuh yang begitu baik apabila difahamkan berketinggian […]

Danial Amier Mahu Menikmati Semula Bola Sepak

Pemain tengah Kuching City FC, Danial Amier Norhisham mahu menikmati semula aksi bola sepak selepas dipinjamkan dari Johor Darul Ta’zim (JDT) musim ini. Danial berkata, beliau kini fokus untuk mendapatkan momentum dan sentuhan agar dapat membantu Kuching City bersaing dengan baik di dalam saingan domestik. Pemain berusia 27 tahun itu telah ditemubual oleh Astro Arena […]

Danial Amier Sasar Kembali Wakili Harimau Malaya

Pemain tengah Kuching City FC, Danial Amier Norhisham berharap dapat kembali menyarung jersi Harimau Malaya. Pemain tengah berusia 27 tahun itu merupakan antara rekrut terbaru The Cats yang tiba secara pinjaman semusim daripada Johor Darul Ta’zim FC (JDT FC). Selepas sebelum ini dibelenggu masalah kecederaan, Danial dilihat mula menemui sentuhan dalam aksi pembukaan Liga Super […]

Emosi Bercampur-Baur Lihat Gol Faisal Halim Kembali Jadi Sebutan Asia

Detik gol yang dijaringkan oleh pemain sayap Harimau Malaya, Faisal Halim kembali menjadi sebutan orang Asia. Laman AFC Asian Cup kembali membuat ulang tayang mengenai aksi antara Malaysia dan Korea Selatan dalam pertemuan di Piala Asia B-23. Skuad kendalian Kim Pan-gon berjaya mencipta kejutan untuk mengikat pasukan ke-25 dunia, Korea Selatan dengan keputusan 3-3. Menerusi […]

Fazrul Amir Pasang Impian Sarung Jersi Harimau Malaya

Pemain sayap Kelantan Darul Naim, Fazrul Amir telah menetapkan sasaran peribadi beliau bersama kelab baharunya itu dan salah satu impiannya adalah mengimpikan panggilan ke skuad Harimau Malaya. Fazrul yang berusia 24 tahun pada tahun ini dalam masa yang sama mahu mencetak seberapa banyak gol bersama Kelantan musim ini. Perkara tersebut disuarakan Fazrul dalam satu temubual […]