Kim Pan-gon Terdiam Ketika Ditanya Mengenai Padang SNBJ

Pengendali skuad senior Malaysia, Kim Pan-gon terdiam apabila ditanya media tentang status terkini padang Stadium Nasional Bukit Jalil (SNBJ). Sebelum ini, isu padang SNBJ timbul apabila tidak berada dalam keadaan terbaik apabila Malaysia menentang Oman pada penghujung Mac lalu. Kualiti padang SNBJ yang kurang elok ketika itu bukan saja mengundang rasa kurang senang dalam kalangan […]

Paulo Josue Optimis Jayakan Misi Tujuh Gol Harimau Malaya

Pemain naturalisasi Malaysia, Paulo Josue mengakui misi mendapatkan tujuh gol bukan mudah buat skuad negara menjelang aksi menentang Chinese Taipei esok. Selepas lima perlawanan Kumpulan D Kelayakan Piala Dunia 2026, skuad negara mengumpul tujuh mata di tangga ketiga kumpulan. Harimau Malaya masih berpeluang layak ke pusingan ketiga kelayakan dengan syarat mereka bukan saja perlu mendapatkan […]

Kim Pan-gon Mahu Jadikan SNBJ Gelanggang Sengsara Buat Chinese Taipei

Ketua Jurulatih Harimau Malaya, Kim Pan-gon menegaskan bahawa pasukannya akan turun bermati-matian berdepan Chinese Taipei. Beliau menegaskan perkara itu ketika sesi sidang media pra-perlawanan yang berlangsung pada 10 Jun 2024 di Wisma FAM. Keputusan untuk memanggil penyerang Sri Pahang, Sergio Aguero juga bagi menjayakan misi untuk mencari 8 jaringan di laman sendiri. Katanya, beliau sedar […]

Gary White: Boleh Tanya Kim Pan-gon, Tak Mudah Lawan Chinese Taipei

Ketua Jurulatih Chinese Taipei, Gary White mahu menyaksikan kebangkitan Malaysia terbantut di laman sendiri. Pengendali kelahiran England ini telah membawa cabaran pasukannya namun tewas kesemua lima perlawanan yang diharungi. Jurulatih berusia 49 tahun ini optimis untuk memastikan persembahan pasukan berjalan lancar. “Persiapan kami amat bagus sejak berada di sini. Latihan kami hanya beberapa hari sahaja […]

S. Subramaniam: Chinese Taipei Bukan Lawan Malaysia

Bekas pemain pertahanan kebangsaan, S. Subramaniam menyifatkan Chinese Taipei bukan lawan sebenar Malaysia dengan mengambil kira rekod perlawanan yang lepas. Hal ini dinyatakan beliau kepada wartawan Astro Arena, Fina Nasrom untuk Nadi Arena semalam. Subramaniam berpandangan sedemikian selepas melihat skuad negara mendominasi pasukan yang diberi jolokan The Blue Wings itu dalam aksi kedua Kumpulan D […]

Foto Padang SNBJ Tersebar Kurang 24 Jam Sebelum Aksi Malaysia & Chinese Taipei

Foto padang Stadium Nasional Bukit Jalil (SNBJ) tular kurang 24 jam sebelum sepak mula aksi antara Malaysia dan juga Chinese Taipei. Pasukan bimbingan Kim Pan-gon mengharungi detik yang amat baik apabila berjaya mengikat pasukan ke-100 dunia, Kyrgyzstan dengan keputusan 1-1. Hasrat besar dibawa ke SNBJ apabila perlu berdepan dengan lawan sambil mengharapkan keadaan padang memihak […]

Kim Pan-gon Panggil Sergio Aguero Perkuat Malaysia

Skuad senior Malaysia menerima suntikan semangat apabila jurulatih pasukan, Kim Pan-gon memanggil kapten Sri Pahang FC, Sergio Aguero. Perkara ini dinyatakan Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM) dalam satu kenyataan yang disiarkan di platform media sosial rasmi mereka hari ini. “Pemain Sri Pahang FC, Sergio Aguero menyertai sesi latihan skuad Harimau Malaya di Wisma FAM, Kelana […]

“Kita Pun Tak Sangka Dia Boleh Rembat Macam Tu” – Dollah Salleh

Lagenda bola sepak negara, Datuk Dollah Salleh mengakui tahap bola sepak wanita di Malaysia makin meningkat. Bekas pengendali kebangsaan itu teruja dengan kemajuan yang ditunjukkan oleh bakat wanita negara yang berpotensi besar untuk membantu pasukan kebangsaan. Beliau juga mengakui pemain bola sepak wanita sekarang dapat beraksi mengikut penerapan taktikal yang dimahukan oleh barisan kejurulatihan. “Kalau […]

14 Lokasi Anjur Tayangan Skrin Besar Aksi Malaysia & Chinese Taipei

Kementerian Belia dan Sukan (KBS) bersama Jabatan Belia dan Sukan Negara (JBSN) akan menyediakan tayangan skrin besar di 14 lokasi terpilih untuk penyokong bola sepak menonton perlawanan Malaysia dan Chinese Taipei. Tayangan perlawanan di skrin besar ini merupakan sebahagian daripada inisiatif kerajaan untuk menggalakkan sokongan rakyat kepada Harimau Malaya. Skuad negara yang dibimbing Kim Pan-gon […]

Malaysia Bakal ‘Untung Besar’ Jika Kalahkan Chinese Taipei

Pasukan kebangsaan Malaysia memiliki peluang untuk mengaut kejayaan lumayan sekiranya menewaskan Chinese Taipei Selasa ini. Pasukan bimbingan Kim Pan-gon cemerlang mengikat pasukan ke-100 dunia, Kyrgyzstan dengan keputusan 1-1 di Bishkek. Beliau berjaya melakukan tugasan dengan baik sungguhpun tanpa 7 pemain sandaran Harimau Malaya yang mengalami kecederaan. Satu lagi tugasan besar menanti skuad negara dalam misi […]

Safee Sali Tak Sanggup Risikokan Arif Aiman

Bekas penyerang Malaysia, Safee Sali tidak sanggup untuk merisikokan pemain sayap lincah, Arif Aiman. Beliau beranggapan bahawa keputusan untuk memanggil pemain berusia 22 tahun itu saat akhir bertemu Chinese Taipei hanyalah sebagai butang panik. Safee dalam satu kenyataan kepada Astro Arena menganggap bahawa tindakan itu mustahil susulan tonggak JDT itu masih dalam proses pemulihan di […]

Pemain JDT & AMD Dominasi Senarai Akhir 29 Pemain Ke Kejuaraan B-16 Asean

Barisan pemain Johor Darul Ta’zim FC (JDT FC) dan Akademi Mokhtar Dahari (AMD) mendominasi senarai akhir skuad Malaysia Bawah 16 Tahun (B-16) hari ini. Skuad ini merupakan skuad yang akan jurulatih Sepanyol, Javier Jorda Ribera untuk saingan Kejuaraan B-16 ASEAN 2024 yang berlangsung dari 21 Jun hingga 4 Julai ini. Antara nama yang menonjol dalam […]

Prospek Warisan Malaysia Lincah Beraksi Buat Skuad Muda Juventus

Seorang prospek muda berbakat Malaysia lincah beraksi bersama skuad muda Juventus. Perkara ini dikongsikan oleh laman Frfuturetalents berkenaan pemain yang dikenali sebagai Matthew Wei-Jun Lee. Tonggak berusia 16 tahun itu merupakan pemain serangan yang versatil dan boleh beraksi pada beberapa posisi. Antara peranan yang boleh dimainkan olehnya adalah sebagai pemain tengah menyerang, pemain sayap kiri […]

Jurang Ranking Terkini Malaysia & Chinese Taipei Jadi Motivasi Tambahan

Jurang berdasarkan kedudukan semasa ranking FIFA antara Malaysia dan Chinese Taipei dapat menjadi motivasi tambahan. Skuad kendalian Kim Pan-gon mengharungi tugas yang cukup membanggakan apabila berjaya mengikat pasukan ke-100 dunia, Kyrgyzstan dengan keputusan 1-1 di laman lawan. Usaha yang tidak mengenal erti putus asa ini bakal diteruskan dengan misi besar untuk memastikan harapan untuk mara […]

Javier Ribera Sedia Ambil Pemain Warisan Bantu Malaysia Di Kelayakan Piala Asia B-17

Pengendali skuad Malaysia B-17, Javier Jorda Ribera memberi bayangan sedia mempertimbangkan pemain warisan di Kelayakan Piala Asia. Jurulatih muda itu baru sahaja dilantik untuk mengemudi skuad muda negara dan bakal menjalankan tugasan pertamanya dalam Kejuaraan B-16 ASEAN 2024 di Surakarta, Indonesia, 21 Jun hingga 4 Julai 2024. Malaysia B-17 diundi dalam Kumpulan C bersama Thailand, […]

Tanpa 7 Pemain Sandaran, Aksi Malaysia Menentang Kyrgyzstan Wajar Diberikan Pujian

Perjuangan hebat pemain Malaysia berdepan Kyrgyzstan tanpa 7 pemain sandaran wajar menerima pengiktirafan tertinggi rakyat Malaysia. Pelbagai dugaan melanda kem negara menjelang dua aksi berbaki bagi Kelayakan Piala Dunia 2026/Piala Asia 2027, Jun ini. Deretan kecederaan yang melanda kem negara seperti Arif Aiman, Faisal Halim sehingga kepada Darren Lok telah menjejaskan momentum awal pasukan. Semua […]