Pestabola Merdeka: Malaysia Diundi Bertemu Filipina

Aksi Pestabola Merdeka 2024 menyaksikan Malaysia diundi bertemu Filipina. Skuad kendalian Pau Marti Vicente bakal memulakan tugas pertama selepas pemergian Ketua Jurulatih, Kim Pan-gon. Harimau Malaya kini dalam misi untuk kembali mendapatkan momentum terbaik selepas teringkir pada pusingan kedua Kelayakan Piala Dunia 2026. Berdasarkan undian yang aksi Pestabola Merdeka 2024 yang dijalankan, skuad negara diundi […]

Filipina ‘Tempang’ Ke Malaysia

Filipina tempang ke Malaysia bagi menghadapi aksi Pestabola Merdeka 2024. Skuad kendalian Tom Saintfiet tidak berada dalam momentum terbaik ketika ini terutamanya selepas tersingkir daripada pusingan kedua Kelayakan Piala Dunia 2026. The Azkals bagaimanapun dibarisi oleh beberapa mula baharu dalam pasukan seperti Zico Bailey, Alex Moris, Pocholo Bugas dan Santi Rublico. Rekod bagaimanapun tidak memihak […]

Prestasi Tajikistan & Lubnan Merisaukan Menjelang Pestabola Merdeka

Prestasi merisaukan dialami oleh juara bertahan, Tajikistan dan juga Lubnan menjelang Pestabola Merdeka 2024. 4 pasukan bakal menghangatkan saingan Pestabola Merdeka 2024 dengan tuan rumah iaitu Malaysia, Tajikistan, Filipina dan juga Lubnan. Tajikistan bagaimanapun turun tanpa tonik utama selepas bekas pengendali, Petar Segrt telah mengumumkan peletakan jawatannya Februari lalu. Kemas kini ranking FIFA menyaksikan Tajikistan […]

Peluang Malaysia Pintas Indonesia Terbuka Luas

Peluang Malaysia untuk memintas kedudukan Indonesia kini terbuka luas. Ketua Jurulatih Harimau Malaya, Pau Marti Vicente bakal menempuh ujian pertamanya selepas pemergian Ketua Jurulatih, Kim Pan-gon. Bekas pembantu jurulatih Barcelona B itu bakal membawa cabaran negara bagi aksi Pestabola Merdeka 2024 di Stadium Nasional Bukit Jalil. Peluang ini sudah pasti mahu dimanfaatkan sebaik mungkin terutamanya […]

Pesanan Terakhir Kim Pan-gon Kepada Faisal Halim

Bekas Ketua Jurulatih Malaysia, Kim Pan-gon telah menitipkan pesanan terakhir kepada Faisal Halim. Pemain berusia 26 tahun itu telah kembali dalam senarai pemain Gergasi Merah menentang Terengganu FC bagi aksi separuh akhir Piala FA 2024. Kehadirannya jelas menyuntik semangat pemain Selangor apabila mencatatkan kemenangan 4-1 di Stadium MBPJ. Faisal Halim dalam satu kenyataan kepada Selangor […]

5 Calon Jurulatih Tempatan Kemudi Harimau Malaya

5 jurulatih berbakat tempatan dicadang untuk mengemudi skuad Harimau Malaya. Pemergian mengejut Ketua Jurulatih, Kim Pan-gon menyaksikan tempoh cemerlang selama dua tahun 6 bulan akhirnya menemui titik noktah. Berikut merupakan lima calon pengendali berpotensi besar sekiranya diberikan peluang memimpin skuad kebangsaan. 1. Tan Cheng Hoe Bekas jurulatih Malaysia ini baru sahaja tamat tugas bersama kelab […]

Ryan Teague Didakwa Keturunan Malaysia, Pengganti Brendan Gan?

Pengganti jangka panjang Brendan Gan iaitu Ryan Teague ditemui lincah beraksi di Australia. Pemain berusia 36 tahun itu beraksi bersama KL City FC pada musim ini setelah meninggalkan Selangor FC. Jeneral tengah kelahiran Suttherland Shire, Australia ini menjadi watak penting pasukan kebangsaan sejak hampir 8 tahun lalu telah memasuki fasa akhir kariernya. Pengganti Brendan Gan […]

Nama 3 Pemain Dicadang Perkuat Harimau Malaya

3 pemain Harimau Malaya dicadang untuk memperkuat pasukan di bawah kendalian Pau Marti. Keputusan mengejut oleh bekas pengendali kebangsaan, Kim Pan-gon meninggalkan pasukan telah membuak ruang buat jurulatih Sepanyol itu berkhidmat sebagai ketua jurulatih. Menurut pemerhatian bekas pemain negara, Razman Roslan, beliau mahu melihat pemain yang menyerlah dalam liga dipanggil untuk membawa cabaran Harimau Malaya. […]

Tonggak Harimau Malaya Ke Liga Vietnam?

Tonggak Harimau Malaya dilaporkan bakal berkelana si Liga Vietnam. Perkara ini dikongsikan oleh wartawan Thailand, Offeris Wichithote berkenaan perkhabaran baharu bola sepak Asia Tenggara. Beliau dalam satu hantaran di laman sosial memaklumkan bahawa bakal ada perpindahan melibatkan pemain Malaysia yang bakal membawa haluan ke Vietnam. Pemain tersebut dijangka menyertai Ho Chi Ming City dalam saingan […]

Penjaga Gol Baharu JDT Bakal Wakili Harimau Malaya?

Penjaga gol baharu Johor Darul Ta’zim (JDT), Christian Abad Amat berkemungkinan bakal mewakili skuad kebangsaan, Harimau Malaya. Pemain berketinggian 194 sentimeter itu dilaporkan pemain warisan Malaysia berdarah Sepanyol. Ianya disahkan oleh pemerhati bebas bola sepak Malaysia, Juan Budiman dalam satu ciapan di laman X. “Selepas Natxo & Kiko Insa, jentera pertahanan JDT bakal diperkuatkan dengan […]

Australia Raih Tempat Ke-3, Atasi Skuad Muda Malaysia

Aksi Piala AFF B-19 menyaksikan Australia meraih kemenangan ke atas skuad muda Malaysia. Skuad kendalian Juan Torres mahu menebus kehampaan selepas ditundukkan Indonesia pada aksi separuh akhir tempoh hari. Jentera pertahanan skuad muda negara diuji hebat dalam 20 minit pertama permainan oleh Australia. Usaha itu akhirnya membuahkan hasil apabila pemain sayap lincah, Marcus Younis menewaskan […]

Siaran Langsung Piala AFF B-19: Australia vs Malaysia (Live Streaming)

Aksi Piala AFF B-19 dihangatkan dengan penentuan tempat ke-3 melibatkan Australia dan Malaysia. Hajat skuad muda negara melangkah ke pentas akhir tidak kesampaian apabila tunduk 1-0 di tangan tuan rumah, Indonesia. Australia pula dihukum oleh kesilapan sendiri apabila ditewaskan oleh Thailand dengan jaringan sama sekaligus bakal berdepan Malaysia B-19. Ketua Jurulatih Malaysia B-19, Juan Torres […]

Indonesia Ke Final, Singkirkan Skuad Muda Malaysia

Indonesia melangkah ke final selepas berjaya menyingkirkan skuad muda Malaysia. Pasukan bimbingan Juan Torres turun dengan momentum terbaik tanpa sebarang kekalahan pada peringkat kumpulan. Usaha mencari jaringan bermula seawal minit pertama dengan skuad muda negara mendominasi sebahagian besar perlawanan. Tekanan yang diberikan kepada pasukan bimbingan Indra Sjafri hampir membuahkan hasil namun percubaan Naim Zainudin berjaya […]

Penampilan Corbin Ong Cetus Kegusaran

Menjelang Pestabola Merdeka 2024 pada September depan, penampilan pemain pertahanan kiri, La’Vere Corbin-Ong bersama Johor Darul Ta’zim (JDT) mula mencetuskan kegusaran. Pertahanan berusia 33 tahun itu kini dilihat bergelut untuk menembusi kesebelasan utama skuad JDT kendalian Hector Bidoglio. Tempatnya di pertahanan kiri acap kali diisi oleh dua pemain import lincah, Oscar Arribas dan Murilo Henrique […]

Malaysia Sedia Hadapi Cabaran Indonesia

Pengendali Malaysia Bawah 19 Tahun (B-19), Juan Torres Garrido melihat anak buahnya bersedia menghadapi cabaran negara serumpun, Indonesia. Malaysia layak ke separuh akhir selaku juara Kumpulan C Kejuaraan ASEAN B-19 2024. Kejayaan ini dicapai meskipun skuad negara diikat 1-1 oleh Thailand dalam aksi terakhir kumpulan pada 25 Julai lalu. Ini disebabkan Harimau Muda telah merekodkan […]

Pengulas Indonesia Anggap Malaysia Lebih Bahaya Berbanding Thailand

Pengulas Indonesia melabel bahawa aksi Malaysia jauh lebih berbahaya berbanding Thailand. Situasi ini terjadi ketika pertembungan antara skuad muda negara menentang Thailand B-19 dalam Kejuaraan Asean B-19. Pertarungan sengit itu memaksa kedua-dua pasukan terpaksa berpuas hati untuk berkongsi satu mata dengan Malaysia B-19 muncul juara Kumpulan C. Indonesia bakal menjadi halangan besar anak didik Juan […]