Ferdy Druijf Tunggu Masa Perkuat Harimau Malaya

Penyerang berdarah Malaysia-Belanda, Ferdy Druijf kini menunggu masa untuk memperkuat Harimau Malaya. Ini selepas Future Talents melaporkan penyerang berusia 26 tahun itu telah menghantar dokumen yang mengesahkan dirinya memiliki darah Malaysia menerusi neneknya. Menariknya, Druijf kini melalui proses sama yang diharungi bek kanan Go Ahead Eagles, Mats Deijl sebelum berpeluang mewakili skuad negara. “Ferdy Druijf […]

AFC Beri ‘Lampu Hijau’ Harimau Malaya Diurus Entiti Luar

Konfederasi Bola Sepak Asia (AFC) tidak akan menghalang andainya skuad Harimau Malaya bakal diuruskan oleh sebuah entiti luar kelak. Perkara ini dijelaskan oleh Setiauasaha Agung AFC, Datuk Seri Windsor John mengenai desas-desus skuad bola sepak kebangsaan yang bakal diuruskan entiti luar dan bergerak berasingan. Menurut beliau, keutamaan harus diberikan kepada pihak AFC untuk meneliti terlebih […]

FAM Dilaporkan Hubungi Bekas Pemain Luton Town

Bekas pemain Luton Town, Elliot Thorpe dilaporkan telah dihubungi oleh Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM). Laman FutureTalents melaporkan pemain tengah berusia 23 tahun itu sedia mempertimbang peluang mewakili Harimau Malaya di pentas antarabangsa. Atas sebab itu, FAM dikatakan sudah berhubung dengan Thorpe menerusi ejennya. “Elliot Thorpe yang berusia 23 tahun sedia mempertimbang mewakili Malaysia dan […]

Kualiti Harimau Malaya Raih Pujian Dua Jurulatih Eropah

Kualiti yang dimiliki oleh Harimau Malaya menerima pujian dua jurulatih kelahiran Eropah. Prestasi cemerlang yang ditampilkan oleh skuad kebangsaan berjaya membuka mata ramai pihak terutamanya selepas muncul juara Pestabola Merdeka 2024. Penambahan mata FIFA sebanyak +10.16 mata membuka lembaran baharu pada era Pau Marti Vicente menjelang sepak mula Piala AFF Mitshubishi Electric akhir tahun ini. […]

Pau Marti Letak Syarat Ketat Pemain Warisan Baharu

Ketua Jurulatih Malaysia, Pau Marti Vicente meletakkan syarat ketat untuk mengambil pemain warisan baharu. Beliau berjaya menempa kejayaan apabila membantu Harimau Malaya untuk muncul juara Pestabola Merdeka 2024. Skuad negara berjaya menundukkan pasukan ke-116 dunia, Lubnan dengan keputusan 1-0 hasil jaringan tunggal Romel Morales pada babak pertama. Bekas pembantu jurulatih di Barcelona B itu juga […]

Pemain Kacukan Itali, Danish Pesenti Lulus Ujian Juan Torres

Pemain kacukan Itali, Danish Pesenti telah lulus ujian pertama oleh Juan Torres. Pemain berusia 19 tahun itu baru menyertai Johor Darul Ta’zim (JDT) pada musim ini dan beraksi buat JDT III. Beliau mendapat panggilan kali pertama untuk membantu cabaran skuad Malaysia B-19 pada aksi Kelayakan Piala Asia B-20 di Uzbekistan. Berdasarkan senarai 23 orang pemain […]

Tonggak Osaka Bantu Malaysia Di Kelayakan Piala Asia B-20

Tonggak kelab Jepun dipanggil untuk membantu Malaysia beraksi di Kelayakan Piala Asia B-20. Skuad kendalian Juan Torres kini melakukan persiapan rapi untuk beraksi dalam kejohanan penting berdepan 4 lawan hebat. Malaysia B-19 sebelum ini telah beraksi dalam siri persahabatan di China dan tewas tiga perlawanan menentang Uzbekistan, China dan Vietnam. Misi besar diteruskan apabila skuad […]

FAM Dilaporkan Sudah Hubungi Sem Scheperman

Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM) dilaporkan sudah menghubungi pemain warisan Malaysia yang kini beraksi di Liga Eridivise Belanda, Sem Scheperman. Pemain tengah berusia 22 tahun itu dikatakan sudah dihubungi FAM mengenai masa depan untuk menyarung jersi skuad kebangsaan Malaysia pada masa akan datang. Perkara tersebut telah dikongsikan oleh laman pencari bakat warisan, FR Future Talents di […]

Dua Penjaga Gol Malaysia Dijangka Bawa Diri Ke Kelab Baharu

Dua penjaga gol Malaysia dijangka membawa haluan ke kelab baharu. Baru-baru ini, tular penjaga gol Kedah Darul Aman, Kalamullah Al-Hafiz telah meninggalkan pasukan atas bersetujuan bersama. Tonggak utama Sang Kenari itu menjadi watak penting di bawah kendalian Nafuzi Zain namun membuat keputusan untuk membawa haluan baharu. Beliau dijangka bakal membawa diri ke Lembah Klang untuk […]

Oman Buka Gelanggang Lawan Pasukan Muda Malaysia

Oman bakal membuka tirai Kelayakan Piala Asia B-20 berdepan skuad muda Malaysia. Pasukan bimbingan Juan Torres Garrido baru sahaja pulang dari siri persahabatan di China tempoh hari. Skuad yang dikendalikan oleh Shukor Adan bagaimanapun tidak mendapat keputusan yang diharapkan apabila tewas ketiga-tiga perlawanan di sana. Aksi CFA Team China International Friendly Competition 2024 di Changsha, […]

Pemain Kacukan Itali Dalam Sesi Latihan Malaysia

Pemain kacukan Itali kini memperkuat skuad muda Malaysia buat kali pertama. Baru-baru ini, pengendali Malaysia B-19, Juan Torres Garrido telah mengumumkan senarai 23 orang pemain yang dipanggil ke kem latihan pusat menjelang aksi Kelayakan Piala Asia B-20 tahun 2025. 10 tonggak JDT lll dan juga 6 pemain Selangor telah berada dalam senarai tersebut untuk membawa […]

Irfan Bakti Rungkai Beza Arif Aiman Di JDT & Harimau Malaya

Pengendali berpengalaman negara, Irfan Bakti menjelaskan perbezaan peranan yang dimainkan oleh pemain sayap lincah, Arif Aiman bersama JDT dan juga Harimau Malaya. Tonggak berusia 22 tahun itu menjadi watak penting buat Harimau Selatan untuk menundukkan Penang FC dengan keputusan 5-0. Skuad kendalian Hector Bidoglio diserikan dengan jaringan daripada penyerang baharu, Jorge Obregon, Oscar Arribas, Bergson […]

Hamidin Puji Impak Segera Pau Marti

Presiden Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM), Tan Sri Hamidin Mohd Amin memuji impak segera yang dibawa Pau Marti Vicente kepada Harimau Malaya. Selepas diumumkan sebagai pemangku jurulatih pasukan itu susulan pemergian Kim Pan-gon, jurulatih Sepanyol itu fokus mencorak resepi terbaik untuk Pestabola Merdeka 2024. Hasilnya, skuad negara mengakhiri penantian 11 tahun bergelar juara Pestabola Merdeka […]

Palestin Hargai Jasa FAM Sediakan Fasiliti Terbaik Semasa Di Malaysia

Pasukan kebangsaan Palestin menghargai jasa Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM) yang menyediakan fasiliti terbaik semasa keberadaan mereka di Malaysia. Baru-baru ini, Palestin telah menggunakan Stadium Cheras bagi aksi pusingan ketiga Kelayakan Piala Dunia 2026 menentang naib juara Piala Asia, Jordan. Pasukan bimbingan Makram Dabboub telah tiba di Malaysia sejak 26 Ogos lalu dan menjalani persiapan […]

DNA Sepanyol Pau Marti Mula Meresap Dalam Jiwa Harimau Malaya

DNA Sepanyol yang cuba dibina oleh Ketua Jurulatih, Pau Marti kelihatan sudah meresap dalam jiwa pemain Harimau Malaya. Malaysia mencatatkan dua kemenangan berdepan Filipina dan juga Lubnan untuk mengumpul tambahan +10.16 mata dan muncul juara Pestabola Merdeka 2024. Skuad negara juga mempamerkan persembahan meyakinkan sungguhpun berdepan lawan Timur Tengah dan menamatkan penantian 25 perlawanan tanpa […]

Kualiti Harimau Malaya Terima Pujian Jurulatih Montenegro

Kualiti pasukan Harimau Malaya terima pujian jurulatih kelahiran Montenegro. Skuad kebangsaan berjaya menjulang Pestabola Merdeka 2024 apabila menundukkan Lubnan dengan keputusan 1-0 hasil ledakan Romel Morales. Kekecewaan jelas terpancar dari wajah pengendali Lubnan, Miodrag Radulovic apabila anak buahnya tewas kepada pasukan ranking lebih rendah. Jurulatih berusia 56 tahun itu memaklumkan bahawa tambahan beberapa pemain warisan […]