Kisah Kebangkitan Saat Akhir Julang Malaysia Di Kejohanan AFF B-15

Dua tahun lalu, tanggal 3 Ogos 2019 adalah antara hari terbaik buat penyokong bola sepak Malaysia. Pasukan Bawah-15 Kebangsaan menjulang nama bola sepak negara selepas berjaya menumpaskan Thailand dengan jaringan 2-1 dalam aksi penuh dramatik di Stadium Kampus Institiut Pendidikan Jasmani Chonburi, Thailand. Kenangan dua tahun lalu yang pasti tidak dapat dilupakan penyokong bola sepak […]
Safee Sali: Kesungguhan Hadi Fayyadh Bakal Menjadikannya Penyerang Berbisa

Aksi penyerang muda bawah 23 tahun negara, Muhammad Hadi Fayyadh bin Abdul Razak yang beraksi di Liga ke-3 Jepun sejak 3 tahun lalu membuatkan para penyokong sentiasa mengikuti perkembangan bola sepaknya di sana. Fayyadh yang melengkapkan perpindahannya dari Johor Darul Ta’zim (JDT) ke Fagiano Okayama pada tahun 2019 berjaya menyesuaikan diri dengan baik sepanjang tiga […]
Lim Teong Kim: Media Perlu Lihat Cara Eropah Dalam Menilai Prestasi Pemain

Bekas Jurulatih NFDP Malaysia, Lim Teong Kim menjelaskan bahawa media-media di Malaysia perlu belajar dengan lebih mendalam dalam usaha menilai prestasi dan kualiti yang ada pada seseorang pemain. Dalam satu temubual bersama The Bola Bola Show, beliau menyatakan media perlu lebih celik untuk mengkelaskan tahap kemampuan pemain dan bukan hanya menilai kualiti hanya apabila seseorang […]
Aksi Amri Yahyah dan Guilherme De Paula Cetus Dilema Tan Cheng Hoe

Tatkala aksi Liga Super sudah memasuki perlawanan ke-16 pada minggu ini, para penyokong bola sepak tanah air sudah mula berteka-teki mengenai masa depan skuad Harimau Malaya. Ramai antara pemain yang tidak mendapat panggilan ke skuad kebangsaan sedang menikmati aksi yang cukup memberangsangkan ketika ini bersama pasukan masing-masing. Ini sekaligus menimbulkan teka-teki mengenai barisan pemain baharu […]
Safee Sali: Selepas Saya, Tiada Lagi Penyerang Tempatan Yang Boleh Jaringkan Gol

Pastinya kita tidak akan melupakan momen ketika skuad bolasepak negara menjulang Piala AFF Suzuki 2010 ketika menumbangkan Indonesia di final. Antara pemain yang menjadi tumpuan ramai ialah penyerang prolifik negara iaitu Safee Sali. Beliau berjaya meledak 5 gol sepanjang kejohanan sekaligus membawa pulang Trofi Kasut Emas untuk kejohanan tersebut. Pada tahun 2009 hingga 2011, Liga […]
Lim Teong Kim: Ada ‘Tangan’ Masuk Campur Urusan Pemilihan Pemain

MakanBola.com, Petaling Jaya – Ketika ditanya mengenai permasalahan campur tangan dalam pemilihan pemain, Lim Teong Kim dengan nada tegas mengakui perkara ini wujud dalam bola sepak Malaysia namun beliau tidak menyebut nama pasukan yang terlibat. Beliau menyatakan seorang jurulatih harus bebas memiliki kuasa sepenuhnya dalam urusan pemilihan pemain yang diingininya termasuklah kuasa mutlak kepada jurulatih […]
Malaysia Atur Perlawanan Persahabatan Bertemu Palestin?

Menurut Presiden Persatuan Bola Sepak Palestin, Jibril Rajoub, Malaysia dan Palestin dijangka bakal bertemu dalam satu perlawanan persahabatan antarabangsa pada September ini seperti yang dilaporkan oleh ASEAN Football. Perlawanan ini adalah sebagai persediaan kedua-dua pasukan untuk mengharungi perlawanan Kelayakan Piala Asia 2023. Malaysia dan Palestin layak ke pusingan ke-3 kelayakan Piala Asia setelah mengakhiri pusingan […]
Highlight: Thailand 0-1 Malaysia – World Cup Qualifiers 2021

Thailand yang berkongsi 9 mata dengan Malaysia melayani kunjungan Malaysia dalam satu perlawanan Kelayakan Piala Dunia Qatar 2022 dan Kelayakan Piala Asia 2023 di gelanggang berkecuali di United Arab Emirates (UAE). Corbin Ong, Mohamadou Sumareh, dan Syamer Kutty tidak dibenarkan beraksi dalam perlawanan terakhir kumpulan ini sekaligus memaksa barisan kejurulatihan yang diketuai oleh Tan Cheng […]
Apa Sebenarnya Yang Ingin TMJ Sampaikan?

Sedang hangat berkenaan status Tunku Mahkota Johor (TMJ) di Instagram storynya berkenaan topik Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM). Dalam hantaran terbarunya TMJ menyampaikan soalan dan jawapan seolah-olah ingin mengambil alih badan bola sepak Malaysia terbabit atau dengan nada lebih tepat menawarkan dirinya sebagai Pengerusi ataupun Presiden. Boleh jadi sebagai Penaung Di-Raja. Namun bukan semua memahami […]
Thailand Rangka Strategi Kekang Ancaman De Paula

Thailand yang sebelum ini tewas 2-1 ketika berhadapan Malaysia di Bukit Jalil, Kuala Lumpur merangka taktikal khas untuk mengekang ancaman dari pemain naturalisasi Malaysia. Menurut laporan yang dikeluarkan oleh media Thai FA dan laman berita Thairath, Ketua Jurulatih Thailand dari Jepun, Akira Nishino sedar ancaman dan asakan yang bakal diterima pasukannya apabila berhadapan pemain naturalisasi […]
“Nak Cakap Apa Lagi, Kita Tidak Sepatutnya Tewas” – Dion Cools

Sejurus perlawanan Malaysia – Vietnam tamat, pemain kacukan terbaru Malaysia, Dion Johan Cools meluahkan kekecewaannya di Twitter. “Nak cakap apa lagi, kita tidak sepatutnya tewas.” “Sangat menyedihkan”, jelas Dion Cools. Dion Cools beraksi dengan baik dalam perlawanan Malaysia menentang Vietnam namun nasib tidak menyelebahi skuad negara apabila Vietnam diberikan penalti 10 minit sebelum masa permainan […]
Analisa Perlawanan: Malaysia 1-2 Vietnam

Sebelum anda meneruskan pembacaan, ingin saya jelaskan bahawa Malaysia dan Vietnam bermain dengan baik. Kedua-dua pasukan berpeluang memenangi perlawanan dan lebih terarah kepada keputusan seri. Namun bola sepak begitulah dan akhirnya nasib lebih memihak kepada Vietnam dengan aksi tipikal pasukan kendalian Park Hang-seo. Tan Cheng Hoe sedikit sebanyak memberikan sinar baru kepada pasukan kebangsaan kerana […]
Sikap Dion Cools Yang Merendah Diri Buatkan Rakan Selesa Dengannya

Menurut laporan beberapa wartawan yang pernah berurusan dengan Dion Johan Cools, mereka menganggap Dion seorang yang tidak sombong, profesional, menetapi masa dan sangat merendah diri. Dion Cools dikatakan hanya bercakap perkara yang perlu, tidak bergosip dan tidak menceritakan apa-apa kisah kejayaannya di eropah melainkan apabila ditanya wartawan. Sikap merendah diri pemain kelahiran Kuching ini menyebabkan […]
‘Menyedihkan, Tapi Kami Belajar Darinya’ – Dion Johan Cools

Dion Cools yang melakukan debut bersama pasukan Harimau Malaya hari ini membuat satu hantaran di laman Instagramnya. “Menyedihkan, tapi kami belajar darinya.” “Paling penting, kita tidak menyerah kalah.” “Dua perlawanan lagi…” Dion Cools yang diletakkan sebagai pertahanan tengah bersama Aidil Zafuan beberapa kali berjaya melakukan hantaran kemas kepada bahagian serangan. Rata-rata penyokong berpuas hati dengan […]
Highlight: UAE 4-0 Malaysia – World Cup Qualifiers 2021

Pasukan Harimau Malaya yang dikendalikan oleh Tan Cheng Hoe bakal berhadapan pasukan United Arab Emirates (UAE) dalam satu perlawanan Kelayakan Piala Dunia di Stadium Zabeel, UAE. Kedua-dua pasukan berpeluang untuk layak ke pusingan seterusnya dalam kempen kelayakan Piala Dunia dan Piala Asia. Perlawanan ini juga merupakan penampilan pertama pemain berpengalaman di Eropah, Dion Johan Cools. […]
Dion Cools Korbankan Piala Dunia Demi Malaysia

Dion Johan Cools akhirnya diumumkan secara rasmi oleh Persatuan Bola Sepak Malaysia sebagai pemain kacukan terbaru yang dipanggil oleh Tan Cheng Hoe. Cools merupakan pemain yang beraksi bersama pasukan gergasi Denmark, FC Midtylland dan mempunyai pengalaman beraksi di pentas tertinggi eropah, Liga Juara-juara UEFA. Cools tidak pernah menyembunyikan hasratnya untuk beraksi bersama pasukan senior Belgium […]