Dion Cools Tak Mampu Bersabar Lagi

Pertahanan Harimau Malaya, Dion Johan Cools menyatakan bahawa beliau kini tidak sabar untuk beraksi di hadapan penyokong Harimau Malaya. Malaysia bakal menjadi salah satu tuan rumah bagi kejohanan Kelayakan Piala Asia 2023 pada Jun ini yang menyaksikan pasukan negara diundi bersama Bahrain, Turkmenistan dan juga Bangladesh. Dalam satu temubual bersama wartawan Astro Arena, Zulhelmi Zainal […]
Kim Pan-gon Tak Sabar Berhadapan Dengan Ultras Malaya

Pengendali baharu Harimau Malaya, Kim Pan-gon yakin kelebihan beraksi di laman sendiri bakal menjadi kelebihan buat pasukan negara dalam Kelayakan Piala Asia 2023. Malaysia telah dipilih sebagai salah satu venue tatkala perlawanan akan diadakan secara berpusat dan semua perlawanan mengikut format ‘single round robin’. Namun begitu, pengendali berusia 53 tahun itu yakin bahawa aksi di […]
E. Elavarasan Sah Jadi Penolong Kim Pan-gon

Ketua jurulatih pasukan kebangsaan, Kim Pan-gon telah pun mengesahkan bahawa beliau telah pun memilih E. Elavarasan sebagai penolong jurulatih tempatan dalam senarai barisan kejurulatihan Harimau Malaya. Jurulatih kelahiran Korea Selatan itu telah meneliti kesemua calon yang memohon jawatan tersebut dan mahu menjadikan pengendali berusia 60 tahun itu dalam senarai barisan kejurulatihan Harimau Malaya kendaliannya. Bukan […]
Safee Sali Terharu, Rakyat Indonesia Masih Mengingatinya

Bekas penyerang pasukan kebangsaan, Safee Sali menzahirkan rasa terharu kepada para penyokong yang menyatakan sokongan terhadap pandangan yang diutarakan oleh beliau mengenai situasi semasa bola sepak Malaysia. Pemain berusia 38 tahun ini telah memuat naik satu hantaran berkaitan dengan prestasi yang ditunjukkan oleh pasukan muda negara apabila tersingkir dalam kejohanan Piala AFF bawah 23 tahun […]
Jangan Kacau Pan-gon

Legenda bola sepak negara, Bakri Ibni menegaskan supaya jangan ganggu urusan pengendali baharu Harimau Malaya, Kim Pan-gon, beliau perlu diberi kebebasan untuk membina sendiri cara permainan yang sesuai untuk pasukan negara. Bakri mengakui telah lali dengan isu sebegini, kerana sejak beliau menjadi pemain lagi telah ada urusan campur tangan luar ini, namun isu dahulu dan […]
Kim Swee Anggap Malaysia Pandang Lawan ‘Sebelah Mata’

Jurulatih pasukan Sabah FC, Datuk Ong Kim Swee meluahkan rasa kecewanya berikutan persembahan longlai yang ditampilkan oleh pasukan muda negara. Pengendali berusia 51 tahun itu menjelaskan, sifat memandang rendah cabaran negara-negara seperti Laos, Kemboja, Timor Leste dan Filipina mengundang padah buat pasukan negara. Ini juga menyaksikan pasukan kendalian Brad Maloney terpaksa akur untuk tewas 1-2 kepada […]
Jamal Nasir: Jika Dapat Lawan Gergasi Asia, Baru Boleh Cerita Piala Dunia

Jurulatih baharu Harimau Malaya, Kim Pan-gon sebelum ini ada mensasarkan untuk ke Piala Dunia sebagai satu sasaran jangka panjang dan ianya dilihat tidak mustahil. Selepas selesai Piala Dunia 2022 di Qatar, sembilan slot bakal diperuntukkan untuk benua Asia dalam Piala Dunia yang akan datang. Tetapi bekas pemain kebangsaan, Datuk Jamal Nasir Ismail mempunyai pendapat berbeza […]
Irfan Bakti Yakin Pan-gon Tak Pilih Pemain Tangkap Muat

Pengendali Kuching City FC, Irfan Bakti bersikap positif apabila Pan-gon benar-benar mahu mencari pemain yang bernilai dalam pasukan kebangsaan. Beliau berharap agar jurulatih baru skuad negara itu tidak memilih pemain dengan sambil lewa kerana perkara ini sangat penting bagi memperkuatkan lagi barisan skuad Harimau Malaya. Dalam pada itu, Irfan turut menegaskan tidak perlu ada unsur-unsur […]
Terpukau, Kim Pan-gon Lawat Fasiliti JDT

Jurulatih baharu pasukan Harimau Malaya, Kim Pan-gon hari ini melakukan lawatan rasmi ke kelab Johor Darul Ta’zim (JDT). Menurut satu hantaran oleh laman rasmi pasukan iaitu Johor Southern Tigers, pengendali berusia 52 tahun itu bersama-sama barisan kejurulatihan baharu Harimau Malaya dan Pegawai-Pegawai Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM) melakukan rombongan tersebut. Tujuan lawatan itu diadakan adalah untuk […]
Zaquan Adha Idam Sarung Jersi Kebangsaan

Kapten pasukan Negeri Sembilan FC, Zaquan Adha meluahkan hasrat untuk kembali beraksi bersama skuad Harimau Malaya jika khidmatnya diperlukan lagi. Pemain berpengalaman yang berusia 35 tahun ini menyatakan bahawa beliau dilihat akan menghasilkan sesuatu yang lebih baik untuk membantu pasukannya layak dalam saingan Liga Super nanti. “Saya tidak akan menolak sekiranya dipanggil menyertai skuad kebangsaan. […]
Debut Kim Pan-gon Bersama Harimau Malaya Menentang Filipina Bulan Depan

Pelantikan Kim Pan-gon sebagai jurulatih baharu skuad Harimau Malaya ternyata telah mendapat pelbagai reaksi daripada peminat bola sepak tanah air. Rata-rata mereka memahami berkenaan ‘proses’ sebelum tibanya kejayaan. Para peminat pastinya tertunggu-tunggu perlawanan pertama Kim Pan-gon dalam mengendalikan pasukan Harimau Malaya yang terluka selepas tersingkir awal di Piala AFF Suzuki 2020 tahun lepas. Persatuan Bola […]
Kim Pan-gon Beri Bayangan Masa Depan Pemain Naturalisasi

Jurulatih Harimau Malaya, Kim Pan-gon hari ini menjelaskan kepada umum mengenai perancangan beliau sebaik sahaja dimumkan sebagai pengendali baharu Malaysia. Dalam sidang media tersebut, jurulatih berusia 52 tahun itu sudah pun memberi gambaran awal mengenai hasrat dan juga keinginannya untuk memperbaiki beberapa kelemahan dalam kem negara. Bukan itu sahaja, beliau juga optimis untuk memberikan segalanya […]
Kim Pan-gon Mahu Berikan Segalanya Buat Harimau Malaya

Pengendali baharu Harimau Malaya, Kim Pan-gon secara rasminya telah diperkenalkan oleh media hari ini sebagai jurulatih bersama-sama 4 orang pembantunya sekaligus mengesahkan keberadaan bersama pasukan kebangsaan bermula hari ini. Dalam sidang media sebentar tadi, pengendali berusia 52 tahun itu menjelaskan bahawa beliau berasa sangat bertuah kerana diberi peluang untuk melatih pasukan kebangsaan Malaysia. ‘Peluang untuk […]
Pembantu Kim Pan-gon Telah Dikenal Pasti

Seorang jurulatih Liga Super telah pun dimuktamadkan bakal menjadi individu terakhir bagi melengkapkan senarai barisan kejurulatihan skuad kebangsaan yang diketuai oleh Kim Pan-gon. Menurut satu ciapan yang dimuat naik oleh pengacara terkenal Astro Arena, Hafizal Hamad memberi bayangan mengenai kriteria yang berjaya menambat hati pihak FAM dan juga Pan-gon sendiri. Jelas beliau dalam ciapan tersebut, […]
Malaysia Selangkah Ke Separuh Akhir

Pasukan bimbingan Brad Maloney kini berada pada landasan yang tepat untuk mara ke peringkat seterusnya setelah memperoleh kemenangan percuma berdepan Myanmar petang tadi. Perkara ini telah pun diumumkan oleh laman rasmi Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM) mengenai insiden yang tidak diduga itu sambil hasrat peminat bola sepak tanah air untuk melihat aksi pertama pasukan bawah 23 […]
Safiq Rahim Idam Tamatkan Karier Gemilang Bersama Harimau Malaya

Pemain paling bernilai Liga Malaysia musim 2015, Safiq Rahim menyatakan bahawa sedia sahut cabaran untuk kembali beraksi bersama skuad kebangsaan sebelum akhiri karier profesionalnya. Pemain tengah berusia 34 tahun itu menegaskan tentang peluang dan rezeki yang datang jangan dipersiakan sebaliknya menghargai peluang yang ada untuk kembali cemerlang untuk pasukan dan buat dirinya. Dalam pada itu, […]