Daudsu Sedar Sikap Dan Tidak Berdisiplin Punca Pemain Bersara Awal

Bekas pertahanan Kelantan United FC, Daudsu Jamaluddin berkongsi beberapa sebab yang memungkinkan karier seseorang pemain itu akan berakhir lebih awal. Beliau yang kini sudah pun melangkau usia 37 tahun menjelaskan, terdapat perbezaan antara generasi kini dan juga generasi terdahulu terutamanya dari segi disiplin dan juga sikap yang dipamerkan sebagai seorang pemain bola sepak profesional. Selain […]

Jangkaan Formasi Pilihan Kim Pan-gon

Pemilihan Kim Pan-gon sebagai Ketua Jurulatih sebelum ini oleh Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM) disifatkan sebagai pemilihan yang tepat sebagai langkah pantas memperbaiki prestasi merosot skuad kebangsaan disamping perletakan jawatan mengejut Tan Cheng Hoe pada awal tahun ini. Persoalan formasi pilihan Kim Pan-gon dan pemain yang ingin digunakan jurulatih Korea tersebut mula timbul walaupun beliau baru […]

Kaut Keuntungan Buat Negara & Rakyat

Pensyarah Kanan UiTM Shah Alam, Mohd Sadek Mustafa, menyarankan Kementerian Belia dan Sukan (KBS) memanfaatkan peluang yang sedia untuk menjana pendapatan pada aksi kelayakan Piala Asia 2023 Jun kelak. Malaysia telah diberi hak untuk menjadi tuan rumah bagi saingan Kumpulan E dan Stadium Nasional Bukit Jalil menjadi venue pilihan. SNBJ bakal menjadi medan pertaruhan yang […]

Farizal Marlias Sedar Pengalaman Bukan Jaminan Jadi Pilihan Utama Pan-gon

Selepas penjaga gol, Rahadiazli Rahalim terpaksa digugurkan susulan dijangkiti COVID-19, bukanlah tiket untuk penjaga gol Johor Darul Ta’zim, Farizal Marlias berasa selesa untuk pastikan posisi berkenaan menjadi miliknya. Akan tetapi, sekiranya diberikan peluang sudah semestinya beliau akan memberikan yang terbaik untuk memikat hati jurulatih baharu negara Kim Pan-gon. Menurut Farizal, kedua-dua rakan sepasukannya itu layak […]

Daudsu ‘Spontan’ Jelaskan Sebab Tidak Dipanggil Kim Pan-gon

Bekas pemain pertahanan kebal Kelantan FC, Daudsu Jamaludin semalam menjelaskan sebab beliau tidak berada dalam senarai 30 orang pemain yang dipilih oleh Kim Pan-gon bagi membawa cabaran negara di Singapura. Beliau yang menerangkan perkara tersebut di laman rasmi tiktoknya semalam sedikit terkejut setelah salah seorang pengikutnya bertanyakan soalan tersebut. Namun begitu, Daudsu memberitahu bahawa beliau […]

Filipina Panggil Bintang Bundesliga, Gerrit Holtmann Hadapi Cabaran Malaysia

Skuad kebangsaan Filipina telah mengumumkan senarai 25 pemain yang bakal menghadapi aksi persahabatan bertemu Malaysia dan Singapura kelak. Malah Filipina turut memanggil pemain bintang Bundesliga yang beraksi bersama kelab Vfl Bochum, Gerrit Holtmann buat pertama kalinya. Pemain berdarah German-Filipina ini berusia 26 tahun dan beraksi dibahagian sayap kiri pasukan. Sebelum ini Holtmann pernah membuat penampilan […]

Aura ‘Korea’ Kim Pan Gon, Skuad Kebangsaan Rancak Berlatih Bertemankan Lagu K-pop

Skuad kebangsaan Harimau Malaya terus menjalani latihan harian seperti biasa pada hari ini namun suasana sewaktu sesi latihan tersebut meraih perhatian ramai apabila kedengaran lagu-lagu K-pop diputarkan. Dalam satu video pendek di Twitter, Zulhelmi Zainal Azam yang merupakan wartawan sukan melaporkan skuad kebangsaan menjalani latihan hari ke-5 namun lagu latar didalam video terbabit mendapat perhatian […]

Sesi Latihan Harimau Malaya Terganggu, Wajarkah Pindah Ke Fasiliti Latihan JDT?

Cuaca yang tidak menentu terutamanya di sekitar kawasan Kuala Lumpur dan juga Lembah Klang dalam seminggu dua ini sedikit sebanyak mengganggu persiapan Harimau Malaya ketika ini sekaligus menyebabkan JDT dilihat sebagai tempat yang paling ideal untuk dimanfaatkan bagi sesi latihan negara. Menurut laporan kajian cuaca Jabatan Meteorologi Malaysia mengumumkan bahawa berlakunya hujan di kebanyakan tempat […]

Semangat Luar Biasa Zhafri Yahya Rancakkan Kem Harimau Malaya

Pemain skuad Harimau Malaya, Zhafri Yahya menyatakan keazaman beliau untuk mendapatkan tempat di skuad kebangsaan di bawah kendalian Kim Pan-gon. Pemain Kuala Lumpur City FC (KL City) itu juga mensasarkan untuk mendapatkan minit permainan bersama skuad kebangsaan. “Sasaran pertama saya adalah untuk terpilih bersama skuad Harimau Malaya dan yang kedua ialah saya nak dapatkan minit […]

Kim Pan-gon Punya Pasal, Safiq Rahim Pernah Jadi Penyerang

Sejarah telah tercatat apabila pasukan Malaysia mudah ditewaskan Hong Kong dengan keputusan 0-2 pada tahun 2017 dalam aksi Kelayakan Piala Asia AFC 2019. Hong Kong ketika itu dilatih oleh Kim Pan-gon yang kini menjadi jurulatih Harimau Malaya manakala skuad negara ketika itu dilatih oleh Nelo Vingada atau lebih dikenali dengan jolokan ‘The Professor’. Kekalahan 0-2 […]

Kim Pan-gon Buat ‘Analisis Khas’ Memahami Budaya & Masalah Bola Sepak Malaysia

Jurulatih baharu Harimau Malaya, Kim Pan-gon telah berusaha sebaik mungkin untuk belajar dan memahami budaya bola sepak tempatan sebelum mengambil tindakan yang dirasakan sesuai dengan keadaan bola sepak semasa. Pengendali berusia 52 tahun itu menjelaskan, beliau perlu meneliti sebaik mungkin mengenai segala perkara yang melibatkan pemain dan juga panggil untuk mewakili Harimau Malaya sebelum tindakan […]

Dion Cools Bakal Rebut Posisi Pertahanan Kiri Dari Corbin-Ong?

Senarai 30 orang pemain Harimau Malaya yang dibawa oleh jurulatih Harimau Malaya, Kim Pan-gon menyaksikan hanya Corbin-Ong merupakan pertahanan ’regular’ yang berada dalam senarai tersebut sungguhpun kehadiran Dion Cools mampu memberikan saingan. Corbin merupakan pertahanan utama Malaysia yang kebal mengisi tempat pertahanan kiri sejak tahun 2018 sungguhpun Malaysia mempunyai ramai pemain berbakat pada posisi ini. […]

Safiq Rahim Anggap Panggilan Ke Skuad Kebangsaan Tiada Yang Istimewa

Pemain berpengalaman Johor Darul Ta’zim, Safiq Rahim itu menyatakan bahawa kali terakhir memimpin pasukan selaku kapten lima tahun lalu mengakui teruja dapat kembali menabur bakti bersama pasukan negara. Namun begitu, pemain yang berusia 34 tahun itu menganggap panggilannya ke kem kebangsaan tiada tugas yang istimewa kerana setiap pemain yang dipilih jurulatih baharu ini sudahpun diberikan […]

Safiq Rahim Tak Kisah Lilitan Kapten Diberikan Kepada Orang Lain

Pemain Johor Darul Ta’zim, Safiq Rahim tampil mengulas berkenaan lilitan kapten pasukan yang bakal digalas skuad Harimau Malaya. Beliau tidak mahu memikirkan berkenaan perkara tersebut kerana tujuan utamanya adalah untuk membawa pasukan ke satu peringkat yang lebih tinggi. Bagaimanapun Safiq menganggap tanggungjawab sebagai ketua pasukan adalah satu penghormatan buat dirinya. Namun jika pemain lain diberikan […]

Luqman Hakim Terlalu Semangat Ke Latihan Sampai Tak Perasan Seluarnya Terbalik

Penyerang muda pasukan kebangsaan, Luqman Hakim Shamsudin kelihatan begitu teruja ketika bersama latihan pusat skuad kebangsaan sehingga tidak menyangka bahawa seluar yang dipakainya itu terbalik. Pemain KV Kortrijk berusia 20 tahun berjaya mencuri perhatian rakan sepasukan apabila beliau tidak sengaja memakai seluar dalam keadaan tersebut. Menerusi satu hantaran di Instagram Story pemain sayap pasukan Terengganu […]

Faisal Halim Gembira Dengan Semangat Lain Macam Kim Pan-gon

Pemain sayap Terengganu FC, Faisal Halim meluahkan rasa gembira dengan semangat dan kesungguhan yang ditunjukkan jurulatih baharu skuad kebangsaan Kim Pan-gon. Pemain yang berusia 24 tahun itu menjelaskan ini adalah peluang yang terbaik untuk beliau pamerkan sesuatu yang mampu memikat hati Pan-gon bermain dalam kesebelahan utama. Dalam pada itu, Faisal menyatakan bahawa rakan seperjuangannya turut […]