Matthew Davies Yakin Tak Susah Nak Tambat Hati Kim Pan-gon

Pemain pertahanan kanan skuad kebangsaan, Matthew Davies yakin tidak susah untuk beliau tambat hati jurulatih baharu negara, Kim Pan-gon walaupun kali pertama berlatih di bawah kendaliannya. Pemain kacukan Australia-Malaysia itu mengakui Pan-gon telah berjaya memberikan persepsi yang positif kepada pemainnya meskipun baru beberapa hari menyertai kem latihan pusat menjelang kejohanan kelayakan Piala Asia 2023 bulan […]
Prestasi Memukau Shahrul Saad & Khuzaimi Piee Jadi Taruhan Kim Pan-gon Sekali Lagi

Gandingan pertahanan tengah pasukan kebangsaan, Shahrul Saad dan juga Khuzaimi Piee dijangka terus menjadi sandaran Harimau Malaya menjelang perlawanan persahabatan hujung bulan ini dan juga Kelayakan Piala Asia, Jun nanti. Kedua-dua pemain ini sedang menikmati musim cemerlang bersama pasukan masing-masing apabila manjadi watak penting bagi memacu kejayaan pasukan. Shahrul yang kini beraksi dengan sangat baik […]
Peminat Tertanya-Tanya Jodoh Natxo Insa Bersama Harimau Malaya

Walaupun nama Natxo Insa berada di dalam senarai menunggu skuad Harimau Malaya namun terdapat perkara lain yang menimbulkan tanda tanya para peminat bola sepak tanah air. Natxo yang merupakan pemain Johor Darul Ta’zim (JDT) baru-baru ini disahkan mengalami kecederaan dan tidak bermain untuk pasukan JDT dalam bebrerapa perlawanan terakhir mereka. Perkara ini disahkan sendiri oleh […]
Statistik Memukau Arif Aiman Bakal Buat Kim Pan-gon Terdiam & Berfikir

Pemain sayap pasukan Johor Darul Ta’zim (JDT), Arif Aiman Hanapi dijangka bakal menjadi kunci utama dalam pasukan kendalian Kim Pan-gon menjelang perlawanan persahabatan dan juga Kelayakan Piala Asia hujung bulan ini. Beliau merupakan tunjang utama pasukan ketika ini tatkala persembahan memukaunya di atas padang sering menjadi igauan buat barisan pertahanan lawan. Anak jati kelahiran Maran, […]
Persoalan Mengenai Perubahan Mendadak Sesi Latihan Harimau Malaya Terjawab

Pemain pertahanan Harimau Malaya, Junior Eldstal berkongsi tentang perubahan yang diterapkan oleh pengendali pasukan, Kim Pan-gon yang menyuntik semangat baharu buat para pemain. Pemain berusia 31 tahun itu terpilih dalam kalangan 29 orang pemain pasukan kebangsaan kali ini dalam usaha untuk Pan-gon membentuk gandingan terbaik. Dalam satu temubual, beliau sempat mendedahkan beberapa elemen baharu yang […]
Kim Pan-gon Yakin Malaysia Mampu Tewaskan Mana-Mana Pasukan

Ketua jurulatih Harimau Malaya, Kim Pan-gon optimis dengan barisan pemain yang dipanggil kali ini dalam usaha untuk membentuk gandingan terbaik menjelang Kelayakan Piala Asia Jun ini. Pengendali berusia 51 tahun itu menjelaskan, beliau mempunyai sebab tersendiri bagi pemilihan pemain kali ini sunggubpun terpaksa melupakan khidmat Khair Jones yang mengalami kecederaan. Beliau juga telah membuat keputusan untuk […]
Darren Lok Tak Sabar Tunjuk Kemampuan Depan Kim Pan-gon

Penyerang berbisa Petaling Jaya City, Darren Lok kini sudah dua musim bersama kem latihan skuad kebangsaan dibawah kendalian jurulatih baharu Harimau Malaya, Kim Pan Gon sebelum diketepikan ekoran positif Covid-19. Pemain yang pernah disisihkan pasukan pada musim lalu ekoran kecederaan dialaminya terus membuktikan bisa selaku penggempur apabila menghadiahkan hatrik buat pasukanya PJ City ketika menentang […]
Kim Pan-gon: Kualiti Pemain Malaysia Sangat Tinggi

Pengendali skuad kebangsaan, Kim Pan-gon mengakui teruja dengan kualiti yang dipamerkan setiap pemain Malaysia, bukan seperti yang beliau ramalkan sebelum ini. Kim Pan-gon menyatakan bahawa beliau sudah mula gembira dengan suasana sebegini. Beliau juga melihat pemain mampu memberikan komitmen penuh kerana niatnya untuk membawa pasukan Malaysia lebih jauh daripada apa yang sudah pemain buktikan kepada […]
Nama Selalu Dipanggil, Namun Penampilan Sulung Kalamullah Masih Belum Tiba

Walaupun namanya kerap dipanggil ke kem Harimau Malaya, namun nama Kalamullah Al-Hafiz kerap kali tersisih semasa hari perlawanan. Sehingga kini, Kalamullah masih belum membuat sebarang penampilan bersama skuad kebangsaan walaupun mempamerkan aksi terbaik beliau bersama Petaling Jaya City FC (PJ City) sejak beberapa musim kebelakangan ini. Jika dilihat perlawanan-perlawanan yang dilalui skuad negara, penjaga gol […]
Status Kapten Idaman Harimau Malaya Kembali Jadi Tanda Tanya

Peranan kapten pasukan Harimau Malaya kembali menjadi tanda tanya selepas keputusan jurulatih negara, Kim Pan-gon untuk tidak membawa Aidil Zafuan telah membuka peluang untuk rakan sepasukan memakai lilitan tersebut. Pasukan negara yang dibimbing oleh jurulatih kelahiran Korea Selatan ini masih mengekalkan para pemain senior seperti Farizal Marlias, Safiq Rahim dan juga Syafiq Ahmad. Ketiga-tiga ini […]
Ejen Bola Sepak Eropah Anggap Mutu Permainan Sukan SEA Terlalu Rendah

Ejen bola sepak Eropah yang kini berkelana di Vietnam, Jerneh Kamensek telah memberi pandangan beliau terhadap taraf kejohanan Sukan SEA yang dirasakan terlalu rendah. Beliau menjelaskan, kejohanan yang kini berlangsung di Vietnam itu tidak mencapai piawaian yang sepatutnya selain merasakan bahawa ia hanya setaraf dengan kejohanan bawah 17 tahun di Eropah. Kamensek menyatakan hal ini […]
Penyokong Vietnam Anggap Malaysia Terlalu Bagus Untuk Tak Ke Final

Para penyokong pasukan Vietnam menzahirkan rasa bangga terhadap persembahan luar biasa yang dipamerkan oleh barisan pemain Malaysia sungguhpun tewas 1-0 semalam. Malaysia turun dengan misi untuk melakar kejutan berjaya mempamerkan aksi yang mengagumkan sehingga berjaya mengheret perlawanan hingga ke masa tambahan. Kekebalan barisan pertahanan negara yang diketuai oleh Harith Haiqal selain ketangkasan Azri Ghani untuk […]
Mentaliti Juara Luqman Hakim Tenangkan Rakan Sepasukan Buat Ramai Tersentuh

Penyerang bawah 23 tahun negara, Luqman Hakim Shamsudin jelas berada dalam kelas tersendiri untuk segera melupakan segala duka yang membelenggu pasukan negara apabila tewas bermaruah 1-0 ke atas Vietnam semalam. Pemain berusia 20 tahun itu terus menjadi sandaran utama buat pasukan kendalian Brad Maloney apabila beliau diturunkan dalam kesebelasan utama pasukan untuk mengetuai jentera serangan […]
Sukan Sea: Vietnam Tundukkan Malaysia, Mara Ke Final

Vietnam mara ke perlawanan akhir Sukan Sea 2021 selepas berjaya menewaskan Malaysia 1-0 menerusi jaringan tunggal Nguyễn Tiến Linh pada masa tambahan. Nguyễn Tiến Linh terlebih dahulu menguji gawang Malaysia pada minit ke-26 menerusi tuisannya dari sebelah kiri gawang Malaysia namun sepakannya sedikit tersasar. Bersambung babak ke-2, Vietnam mula mengatur serangan bertali arus dan Malaysia […]
Kim Pan-gon Akhirnya Panggil Juga Matthew Davies

Kim Pan-gon telah membuat keputusan untuk memanggil pertahanan pasukan JDT, Matthew Davies sekaligus mewujudkan semula persaingan sengit pada posisi pertahanan kanan pasukan. Pemain berusia 27 tahun itu sedang menikmati prestasi terbaiknya sejak musim lalu apabila menjadi watak penting buat pasukan kendalian Benjamin Mora . Malah, bekas pertahanan pasukan Pahang ini juga seringkali memperagakan aksi yang […]
Brad Maloney Kagum Dengan Taktikal Vietnam

Skuad bawah 23 tahun Malaysia berpindah dari Nam Dinh ke Phu Tho pada petang 17 Mei lalu sebagai persediaan menghadapi perlawanan separuh akhir Sukan Sea menentang tuan rumah, Vietnam. Bercakap kepada akhbar Vietnam semasa menginap di Hotel Muong Thanh, Brad Maloney jelas teruja dengan corak permainan ditampilkan Vietnam. “Saya suka menyaksi skuad bawah 23 tahun […]