“Kami Pergi Piala AFF Bukan Suka-Suka” – Fazly Mazlan

Pemain pertahanan Selangor FC, Muhammad Fazly Mazlan yakin bahawa skuad Harimau Malaya mampu melakar kejutan di pentas Piala AFF 2022. Walaupun skuad negara dibarisi ramai muka-muka baru, pertahanan kiri itu menjelaskan perjalanan Harimau Malaya di kejohanan kali ini bukan hanya sebagai pelengkap jadual malah beliau dan rakan sepasukan optimis untuk membawa Malaysia ke pentas final. […]
“Bro Saya Cedera & Saksikan Perlawanan 6 Bulan Dah” – Syamer Kutty

Perancang tengah Johor Darul Ta’zim (JDT) Syamer Kutty mengesahkan bahawa beliau kini sudah pun memasuki bulan ke-6 tanpa sebarang aksi. Pemain berusia 25 tahun itu kini dalam proses rawatan pemulihan kecederaannya selepas difahamkan mengalami kecederaan lutut sebelum ini. Setelah 6 bulan berlalu, beliau difahamkan masih lagi tidak dapat meneruskan aksinya sambil menyatakan bahawa dirinya sudah […]
“Ketepikan Kelab, Negara Nombor 1” – Faisal Halim

Pemain sayap sensasi skuad kebangsaan, Faisal Halim menyatakan bahawa tidak kira pemain itu daripada kelab mana yang penting negara adalah fokus nombor satu pemain itu. Pemain utama Terengganu itu mengakui pemain daripada Selangor yang mewakili Harimai Malaya semuanya berkualiti dan menunjukkan prestasi yang baik dalam aksi persahabatan baru-baru ini. Faisal menjelaskan setiap pemain telah bekerja […]
Christophe Gamel Harap Lee Tuck Perkuat Mental Beraksi Atas Nama Harimau Malaya

Bekas ketua jurulatih Sri Pahang FC, Christophe Gamel berharap agar pemain naturalisasi negara, Lee Tuck dapat mempersiapkan diri untuk terus berjuang atas nama Malaysia. Bintang kelahiran England itu merupakan pemain yang baru sahaja dinaturalisasikan bersama-sama Sergio Aguero terus mencetuskan impak yang amat besar buat skuad kebangsaan. Beliau setakat ini berjaya meledak dua gol dalam dua […]
Malaysia Raih 4.28 Mata Ranking FIFA, Pintas Hong Kong & Hampiri Lithuania

Malaysia raih 4.28 mata tambahan mata ranking FIFA untuk 2 aksi perlawanan persahabatan antarabangsa bertemu Kemboja dan Maldives sekaligus memintas kedudukan Hong Kong dan menghampiri Lithuania. Perlawanan persahabatan untuk kedua-dua perlawanan ini dimainkan di luar tetingkap Kalendar Perlawanan Antarabangsa FIFA namun Malaysia mencatat unjuran positif perkukuh kedudukan ranking semasa seperti yang dikeluarkan laman kiraan mata […]
Kim Pan-gon Mahu Pemain Berlari Seperti ‘Anjing’

Jurulatih skuad kebangsaan, Kim Pan-gon mengakui sangat berpuas hati dengan prestasi yang ditonjolkan setiap pemain dalam kem kali ini. Bagi perlawanan persahabatan yang kedua esok hari, jurulatih kelahiran Korea Selatan itu dengan tegas mahukan barisan pemain berlari mengejar bola seperti seekor ‘anjing’. “Saya gembira dan yakin dengan mereka, dan apa yang saya mahukan daripada mereka […]
Azam Azmi Ambil Peluang Dengan Ketiadaan Matthew Davies

Ketiadaan ramai pemain utama skuad Harimau Malaya dalam panggilan kem kebangsaan kali ini sedikit sebanyak akan memberikan peluang dan pengalaman kepada para pemain baharu menunjukkan aksi mereka di atas padang. Antara yang mendapat peluang tersebut ialah pemain pertahanan kanan muda negara, Azam Azmi Murad yang telah menunjukkan aksi mantap ketika aksi persahabatan menentang Kemboja tempoh […]
Lee Tuck Ikut Jejak Sumareh

Pemain naturalisasi baharu Malaysia, Lee Tuck tidak perlu menunggu lama untuk memperkenalkan dirinya kepada para penyokong Harimau Malaya apabila berjaya meledak satu gol dalam kemenangan 4-0 ke atas Kemboja di Stadium Nasional Bukit Jalil, Jumaat lalu. Dalam perlawanan tersebut, Lee Tuck berjaya mengemudi bahagian tengah dengan dua pemain lagi iaitu Stuart Wilkins dan David Rowley. […]
Thailand Dedah Analisis Khas Prestasi Harimau Malaya Bersama Kim Pan-gon

Persatuan Bolasepak Thailand (FAT) membuat satu analisis terperinci berkenaan prestasi semasa skuad Harimau Malaya sejak diambil alih oleh Kim Pan-gon. Hantaran tersebut memaparkan perjalanan skuad kebangsaan yang menempuh pelbagai ranjau berliku sebelum kehadiran jurulatih kelahiran Korea Selatan ini. Thailand menyifatkan Pan-gon sebagai satu pemilihan yang tepat apabila dikesan berjaya membawa perubahan berskala besar terhadap prestasi […]
Berita Perpindahan Faisal Halim Ke Selangor Tersebar Di Thailand

Spekulasi perpindahan bekas pemain sayap Terengganu, Faisal Halim ke pasukan Selangor FC mula hangat diperkatakan di Thailand. Pemain bertubuh kecil itu merupakan aset penting buat pasukan kendalian Nafuzi Zain sejak dua musim kebelakangan ini. Namun begitu, beliau difahamkan tidak akan kekal bersama kelab Pantai Timur itu dan mula dikaitkan dengan perpindahan ke sebuah kelab di […]
“Terima Kasih TMJ” – FAM Akan Bekerjasama Dengan Kelab Untuk Persediaan Piala Asia

KUALA LUMPUR, 10 Disember 2022: Timbalan Presiden Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM), Dato’ S Sivasundaram menyifatkan prestasi konsisten pasukan Harimau Malaya adalah hasil kerjasama erat daripada setiap kelab-kelab Liga Malaysia khususnya Johor Darul Ta’zim (JDT). Jelas Sivasundaram, prestasi pasukan kebangsaan yang menewaskan Kemboja 4-0 dalam aksi persahabatan di Stadium Nasional semalam, kini mendapat manfaat besar daripada […]
“Masa Depan Pemain Baharu Harimau Malaya Cerah” – Ryu Hirose

Penolong jurulatih pasukan Kemboja, Ryu Hirose memuji impak yang dibawa oleh para pemain baharu pasukan negara. Beliau dalam satu temubual selepas perlawanan menjelaskan bahawa kelibat pemajn Malaysia telah memberikan kesukaran buat pemainnya. Mengulas lanjut, jurulatih kelahiran Jepun ini mengakui para pemain yang diturunkan oleh Kim Pan-gon mempunyai kualiti dan kemampuan yang sangat besar. “Pemain baharu […]
Malaysia Mudah Belasah Kemboja

Malaysia memulakan persiapan menghadapi Piala AFF 2022 dengan langkah kanan selepas membelasah pasukan serantau, Kemboja di Stadium Nasional Bukit Jalil hari ini. Babak pertama menyaksikan permulaan seimbang kedua-dua pasukan. Tetapi Harimau Malaya yang dibimbing Kim Pan-gon lebih banyak mengasak dan hampir mendahului menerusi hantaran Lee Tuck seawal minit keempat. Bagaimanapun, hantarannya sempat ditepis penjaga gol […]
Darren Lok Teruja Dengan Percaturan Muka Baharu Kim Pan-gon

Penyerang sensasi Harimau Malaya, Darren Lok menzahirkan rasa teruja dengan percaturan muka baharu yang dibawa jurulatih kebangsaan, Kim Pan-gon. Darren ketika sesi sidang media pra-perlawanan antara Malaysia dan Kemboja pada esok hari menjelaskan bahawa skuad kali ini sudah bersedia untuk menampilkan aksi terbaik dalam setiap perlawanan. Menurut Darren, apa yang penting adalah para pemain dapat […]
Faiz Nasir Digugur Kerana Masalah Kesihatan

Pemain sayap Terengganu, Faiz Nasir menjadi nama terbaru terpaksa disisihkan daripada kem latihan skuad kebangsaan berikutan masalah kesihatan. Perkembangan itu disahkan Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM) menerusi satu kenyataan. Ketiadaan Faiz Nasir bagaimanapun dijangka tidak menganggu perancangan Kim Pan-gon yang mempunyai beberapa lagi altenatif lain di posisi pemain itu. Bagaimanapun Kim Pan-gon membuat kejutan apabila memanggil […]
Safawi Rasid Kongsi 2 Sebab ‘Tukar Haluan’ Ke Thailand

Pemain sayap pasukan kebangsaan, Safawi Rasid menjelaskan dua sebab penghijrahannya ke Thailand antaranya adalah corak permainan yang dipamerkan di dalam liga bola sepak Thailand banyak bermain ball possession dan permainannya yang laju. Jadi, bagi beliau kedua-dua sebab itu mungkin antara faktor yang terbaik untuk dapatkan kembali prestasinya yang dilihat agak merudum ketika mana beliau tidak […]