Junior Eldstal: Kim Pan-gon Guna Kekuatan Saya Sebaik Mungkin

Pertahanan tengah kebangsaan, Junior Eldstal mengakui ketua jurulatih negara, Kim Pan-gon berjaya menggunakan kekuatannya sebaik mungkin selepas mendapat panggilan ke kem latihan pusat berturut-turut. Pemain berusia 32 tahun itu kini menikmati musim cemerlang bersama kelab Indonesia, Dewa United untuk merebut tempat bersama kem negara. Beliau mengakui bahawa persaingan dalam skuad negara ketika ini amat baik […]