Hamidin: Beri Pau Marti Peluang

Presiden Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM), Datuk Hamidin Mohd Amin berharap penyokong Harimau Malaya dapat memberi peluang kepada pemangku ketua jurulatih, Pau Marti Vicente. Jurulatih Sepanyol itu dipilih FAM untuk menggalas peranan berkenaan. Ini selepas jurulatih sebelumnya, Kim Pan-gon memutuskan untuk berundur sebagai ketua jurulatih Harimau Malaya pada Julai lalu. Meskipun sebelum ini menggalas peranan […]
Hamidin Puji Impak Segera Pau Marti

Presiden Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM), Tan Sri Hamidin Mohd Amin memuji impak segera yang dibawa Pau Marti Vicente kepada Harimau Malaya. Selepas diumumkan sebagai pemangku jurulatih pasukan itu susulan pemergian Kim Pan-gon, jurulatih Sepanyol itu fokus mencorak resepi terbaik untuk Pestabola Merdeka 2024. Hasilnya, skuad negara mengakhiri penantian 11 tahun bergelar juara Pestabola Merdeka […]
Faisal Halim Terharu, Terima Sumbangan Hamidin & FAM

Pemain sayap Selangor FC, Faisal Halim terus mendapat suntikan semangat apabila menerima sumbangan ikhlas daripada Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM). Sumbangan itu disampaikan sendiri Presiden FAM, Datuk Hamidin Mohd Amin kepada Faisal di Wisma FAM, Kelana Jaya pada 29 Ogos lalu. Pemain sayap berusia 26 tahun itu mengakui tersentuh dengan keprihatinan Hamidin dan FAM dalam […]
Wan Kuzain: Tunggu Masa

Pemain kelahiran Amerika-Malaysia, Wan Kuzain Wan Kamal memberi bayangan awal bakal memperkuat Malaysia. Baru-baru ini, Presiden Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM), Datuk Hamidin Mohd Amin memberitahu bahawa beliau telah berhubung dengan Kuzain secara dekat. Beliau memberi bayangan bahawa pemain berusia 25 tahun itu bakal memperkuat Harimau Malaya dalam masa terdekat. “Sepatutnya Wan Kuzain dah menyertai […]
Park Hang-seo Dalam Radar Harimau Malaya

Bekas Ketua Jurulatih Vietnam, Park Hang-seo dilaporkan berada dalam radar untuk memimpin Harimau Malaya. Perkara ini dikongsikan oleh Presiden Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM), Datuk Hamidin Mohd Amin dalam satu sesi sidang media baru-baru ini. Katanya, pihak FAM berusaha keras untuk membawa masuk pengganti Kim Pan-gon namun memberi ruang buat pemangku Ketua Jurulatih, Pau Marti […]
Wan Kuzain Sarung Jersi Harimau Malaya

Hasrat peminat bola sepak Malaysia melihat Wan Kuzain Wan Kamal menyarung jersi Harimau Malaya akhirnya menjadi kenyataan. Ini selepas Presiden Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM), Datuk Hamidin Mohd Amin mendedahkan pemain tengah berusia 25 tahun itu sedia menyarung jersi skuad negara. Sebelum ini, Wan Kuzain beberapa kali pernah menyatakan hasrat untuk menyarung jersi Harimau Malaya. […]
Hamidin Janji Cari Pengganti Lebih Baik Berbanding Kim Pan-gon

Presiden Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM), Datuk Hamidin Mohd Amin berjanji akan mencari calon lebih baik sebagai pengganti Kim Pan-gon. Terdahulu, jurulatih Korea Selatan itu membuat kejutan dengan mengumumkan peletakan jawatannya sebagai jurulatih Harimau Malaya. Pan-gon berbuat demikian atas faktor peribadi. Susulan itu, FAM melantik jurulatih Sepanyol, Pau Marti Vicente sebagai pemangku jurulatih Harimau Malaya […]
Misi Emas Olimpik, Hamidin Gesa Atlet ‘Berkorban’ Dari Sekarang

Ketua kontinjen Malaysia ke temasya Sukan Olimpik 2024, Datuk Hamidin Mohd Amin menggesa atlet negara untuk berkorban jika ingin mendapatkan pingat emas Olimpik pertama negara. Hajat Malaysia untuk mengakhiri penantian pingat emas pertama di Paris, Perancis tidak kesampaian. Ini selepas kontinjen negara menamatkan kempen Olimpik dengan dua pingat gangsa. Acara badminton menyumbang kepada dua pingat […]
“Impian Emas Los Angeles Bermula Sekarang” – Hamidin

Ketua kontinjen Malaysia ke Sukan Olimpik 2024, Datuk Hamidin Mohd Amin menyifatkan usaha memburu pingat emas Olimpik seterusnya perlu bermula dari sekarang. Temasya Olimpik 2024 di Paris, Perancis menyaksikan kontinjen negara membawa pulang dua pingat gangsa menerusi acara badminton. Juara dunia beregu lelaki 2022, Aaron Chia dan Soh Wooi Yik meraih pingat gangsa pertama selepas […]
Hamidin Letak Sasaran Penting Lee Zii Jia Di Olimpik

Ketua Kontinjen Malaysia ke Sukan Olimpik 2024, Datuk Hamidin Mohd Amin meletakkan sasaran suku akhir sebagai sasaran yang perlu dicapai Lee Zii Jia. Hamidin meletakkan sasaran tersebut kerana mengambil kira undian yang bakal dilalui jaguh perseorangan lelaki utama Malaysia itu. Ini kerana pada satu ketika, Zii Jia perlu berhadapan cabaran pemain China atau Denmark jika […]
Hamidin Sedia Mengadap Sultan Selangor

Presiden Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM), Datuk Hamidin Mohd Amin memaklumkan beliau bersedia menghadap Duli Yang Maha Mulia (DYMM) Sultan Selangor, Sultan Sharafuddin Idris Shah Alhaj. Pada 25 Jun lalu, Liga Bola Sepak Malaysia (MFL) menjatuhkan hukuman berat ke atas Selangor FC selepas menarik diri daripada saingan Piala Sumbangsih 2024. Antara hukuman yang perlu dilalui […]
Hamidin Minta Penyokong Bersabar & Lebih Realistik

Presiden Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM), Datuk Hamidin Mohd Amin meminta penyokong negara agar bersabar dan realistik dengan kedudukan pasukan ketika ini. Ramai penyokong Harimau Malaya merasa kurang senang dengan pencapaian pasukan itu yang kurang memberangsangkan sejak awal tahun ini. Selepas tersingkir di peringkat kumpulan Piala Asia 2023, Malaysia berdepan pula ranjau sukar untuk layak […]
Hamidin Seru Semua Pihak Bantu Pulihkan Imej Bola Sepak Malaysia

Presiden Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM), Datuk Hamidin Mohd Amin menyeru semua pihak untuk saling membantu dalam memulihkan imej bola sepak negara. Sejak minggu lepas, arena bola sepak negara dikejutkan dengan beberapa insiden jenayah membabitkan pemain bola sepak. Minggu lalu menyaksikan pemain sayap Terengganu FC, Akhyar Rashid menjadi mangsa kes samun berhampiran kediamannya di Tanjung, […]
FAM Pertimbang Kembalikan Semula Skuad Harimau Muda

Presiden Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM), Datuk Hamidin Mohd Amin bersedia menimbang idea untuk membentuk kembali skuad Harimau Muda. Harimau Muda merujuk kepada pasukan Malaysia Bawah 21 Tahun (B-21) yang beraksi dalam beberapa saingan liga sebelum dibubarkan pada November 2015. Pasukan ini membuat kemunculan pertama mereka dalam saingan Liga Perdana Malaysia musim 2007/08 dan 2009. […]
Faisal Halim Terpaksa Lupakan Kelayakan Piala Dunia 2026

Pemain sayap kebangsaan, Faisal Halim terpaksa melupakan hasrat membantu Malaysia untuk baki dua aksi kelayakan Piala Dunia 2026. Ini selepas Presiden Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM), Datuk Hamidin Mohd Amin menyatakan pemain sayap Selangor FC itu perlu menjalani pemulihan selama beberapa bulan. Nama Faisal menjadi bualan ramai peminat bola sepak sejak semalam selepas beliau terkena […]
Hamidin: 3 Bulan Lalu FIFA Puji Malaysia, Orang Mudah Lupa

Presiden Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM), Datuk Hamidin Mohd Amin mengingatkan Malaysia pernah mendapat pujian Persekutuan Bola Sepak Antarabangsa (FIFA) beberapa bulan lalu. Pandangan ini dinyatakan susulan seruan beberapa pihak yang mahu melihat perubahan berlaku dalam badan induk bola sepak negara itu. Seruan ini dibuat ekoran prestasi kurang memberangsangkan Harimau Malaya di pentas antarabangsa sejak […]